hari apa ntah
kurang ingatan pulak aku neh tetiba kan
tengah belek baca paper metro
terperasan lak gift untuk kanak-kanak ribena masa kenduri
tak penah nampak lagi
tapi kalau memang dah bersepah kat luar nun idak ler aku tahu kan
tapi macam best jer tengok
aku nak buat la
masa kenduri abang long nanti
mari berangan bersama-sama
diorang gunakan alatan tulis untuk create doorgift ni
memang sesuai la untuk kanak-kanak
at least tak der yang terbuang nanti
setakat bagi gula-gula
memang akan jadi habis madu sepah dibuang akhirnya nanti kan
jom kiter tengok idea yang praktikal itu
bahan-bahan :
pensil, pengasah pensil, pemadam kaler-kaler, gula-gula, kertas krap, plastik pembalut dan
dawai hijau
pemadam, pengasah pensil dan gula-gula dibalutkan menggunakan plastik lutsinar
ketiga-tiga barang tadi dicantum untuk membentuk kelopak bunga
ikat dengan kemas mengunakan dawai
kertas krap dilipat dua sedikit serong lipatannya
gunakan 2 jenis kaler untuk memberi kesan lebih menarik
satukan dengan kelopak bunga pengasah pensil, pemadam & gula-gula
bentukkan menjadi seakan jambak bunga
gunakan pulak apa-ntah-nama-benda-kaler-hijau tu untuk lekatkan kepada pensil
bertindak sebagai batang bunga
dah siap !!
sorry, pic kurang jelas. Aku snap terus kat paper jer nih
Boleh la nak bagi kat kanak-kanak nanti
bukan setakat majlis kawen jer aku rasa
sesuai untuk semua majlis
yang penting
barang-barang tadi masih boleh digunakan oleh kanak-kanak
tak membazir kan
No comments:
Post a Comment