macam berat tak kalo aku letak tajuk nih?
nak membebel sikit la pagi nih
bukan apa, cuma nak menyampaikan rasa hati
rasa ralat pun yer jugak
ralat dengan sifat dan perangai sesetengah mak-nusia ni
rasa macam tak elok nak dedah-dedahkan kat sini
tapi aku macam dah rasa makin bengang
sebab tu la blog ni aku tak reveal untuk bacaan kengkawan
at least aku ada ruang bila nak luahkan perasaan
okeh, back to topic
situasi
X dan Y bekerja dalam unit yang sama dan diselia oleh Z. Y pulak mempunyai sedikit masalah dalam menjalankan tangungjawab terhadap kerja. Seringkali tidak hadir bertugas tanpa sebab. Atas sebab yang demikian, Z telah mengagihkan kerja kepada X dan Y dengan nisbah 3 : 1 .
Ada pertikaian mengenai nisbah kerja dari pihak X dan Z pula beralasan bahawa tidak mempercayai kebertanggungjawaban Y dalam melaksanakan tugas.
Maka kekal sehingga kini dengan 3 : 1.
aku nak mintak pendapat kat sini
kalau korang kat situasi X adakah akan menjalankan tugas dengan seikhlas mungkin?
pendapat Z ~ kurang memberi tugas kepada Y sebab tidak yakin Y dapat melakukan kerja dengan sempurna dan hanya memberi tugas kepada X atas sebab yang sama
relevan ker alasan Z ni?
pada aku alasan tu langsung tak masuk dek akal
bila kita makin kurangkan kerja seseorang dengan alasan tidak yakin, makin naik lemak dan menjadi-jadi la perangainya nanti kan?
sekali buat perangai, satu kerja ditarik.
akhirnya satu kerja pun tak payah nak buat kan?
orang yang dirasakan yakin, makin bertambah beban kerjanya
baik serahkan tugas macam biasa, paksa dia untuk lakukan jugak sebab dah memang tanggungujawab
dah.. tu jer nak bebel
mau sambung kejer lak
2 comments:
tak adil betoiii...tapi caper x tue. ryn ker?
hahahaha... rasa-rasa BSB?
Post a Comment