KaMu HeBat

Top Comment :

Sunday, November 7, 2010

BaNJir ~ SeDIKit UpDaTE

Petang semalam, sempatla aku meninjau kawasan sekitar Jitra.
Alhamdulilah, banjir dah semakin suruh, eh..
Bukan semakin, tapi memang dah surut pun.
Tinggal 2-3 tempat je yang masih bertakung airnya.
Tapikan, sian aku nengok keadaan mangsa2 banjir neh.
Yang rumah dah tentu segala kabinet-tv-peti ais tu rosak, pastu yang kedai lak lagi la teruk.
Masa lalu kat depan kedai letrik, aku tengok bersusun peti ais-mesin basuh kat luar kedai.
Nampak macam dah rosak jer
 Yang menjual baju/pakaian pulak., aku tengok sebok dok buat sesi lelongan.
Sume jual harga borong je gamaknya.
Pagi tadi pulak, sempat la balik ke kampung aku nun.
Kalau kitorang masih kat sana, alamatnya memang teruk la.
 Umah jiran aku pun sampai ke tingkat atas airnya dan baru surut 40%.
Tapi, masa-masa camni pun masih ada cerita yang tak sedap didengar.
Masih ada jugak manusia yang pentingkan diri sendiri padahal diri langsung tak terlibat dengan banjir.
 Kesian aku mendengar kisah mangsa banjir neh.
Bantuan yang diberi oleh JKM tak sampai pun kepada yang berhak.
 Kisah macam ni dah selalu sangat aku dengar.
 Patutnya, orang yang diberi amanah dan tanggungjawab tu, harusla adil kan?
 Tak payah nak tamakkan hak orang.
Dah tu rezeki mereka Apa lagi eh nak citer?
Dengar2 jugak, kawasan sekitar alor setar pulak yang teruk sekarang ni.
Yang aku tau sekitar stadium darulaman, jalan sultanah dan beberapa tempat pusat bandar dah dinaiki air, tapi aku tak pasti sangat sebab tak berada di sana.
 Harap-harap la banjir kat seluruh kedah ni berakhir dengan cepat.



Friday, November 5, 2010

GaRA GaRa BaNJiR


Aku terpaksa EL dari rabu sebab jalan utama menghala ke opis dah dinaiki air.
Pastu disambung pulak dengan cuti Deepavali.
Maka akan bercuti la aku selama 5 hari. (tu pun xpasti la kot sampai ahad pun banjir masih tak ok lagi )Banyak menda nak cerita tapi tunggu la eh?
Tak best kalo berblogging tanpa gambar sebagai pencuci mata.
 Oh, lupa lak.. Umah aku Alhamdullilah la sebab tak kena banjir.
 Tapi macam dok kat pulau la pulak sebab tak boleh nak ke mana.
K la, nanti aku update lagi.

~ keadaan semasa.. hujan renyai renyai sekitar bdr darulaman ~



Tuesday, November 2, 2010

BaNjiR Oh BaNJiR



musim banjir datang lagi
masa nak balik dari opis semalam pun
pihak pengurusan dah siap buat pengumuman lagi
dok bagitau jalan-jalan yang dah ditutup dan dinaiki air
banyak jugak rupanya tempat yang dah selamat masa tu

masa kat umah lak
sepupu aku call nak datang stay kat umah
sebabnya, jalan nak kuar dari kampung diorang dah dinaiki air
risau kot takleh nak kuar pagi ni
dah la ada exam kat kolej
ingatkan sorang jer yang datang, rupanya si adik pun ikut sekali
ok la tu, dia belajar kat sekolah sebelah taman aku ni jer
meriah la umah aku malam tadi dek kehadiran 2 mangsa banjir tu

 
pagi tadi masa nak datang kejer pun dah jem kat simpang keluar dari umah aku
tengok ada 2-3 bijik bas dah parking kat situ
padahal stesen bas kat seberang jalan nun
tapi logiknya la, kawasan sana sedikit rendah,  risau air pun nak naik bas la kot
kat opis aku ni ada la 5-6 orang dah ambik cuti kecemasan
aku dengar kalau pegi buat report polis pasal umah kena banjir
boleh amik cuti bencana
boleh cuti tanpa rekod
betul ker para pegawai kerajaan sekalian?

bila dengar pasal banjir ni
aku teringat masa dulu
masa kami belum lagi berpindah ke rumah sekarang nih
stay kat kampung jerk
dan yang pastinya, tetiap tahun, ada la pesta air kat umah aku tu
nampak macam kolam renang olimpik jer kalau tengok ruang tamu tu dari tingkat atas
setiap tahun okeh?
dan paras air selalunya dah hai-hai pun kat tingkat atas rumah
barang-barang umah tu tak yah cakap la
dah selalu sangat rosak
ada jugak kes tahun bila ntah
air dah sampai ke tingkat atas
bayangkan, tetiap kali habis jer banjir
berlumpur satu rumah
nasib baik la ramai anak-anak angkat mak aku datang menolong
aku panggil diorang sumer abang angkat aku sebab selalu sangat ada kat umah aku
sebenarnya diorang kawan-kawan sekampung abang long
tapi kan
seingat aku la walau macam mana teruk pun banjir
famili aku tak penah sekalipun pegi duduk kat pusat penempatan banjir tu
rimass weh reramai
rela buat khemah/pondok/pangkin sementara kat tepi jalan
umah aku ni kedudukan dia dah ke bawah dari jalan
tu yang cepat jer kena banjir
pastu nanti datang la reramai orang-orang kampung dok bersembang
sudahnya dah jadi meriah kat situ
kenangan sumer tu bagi aku



ni la pemandangan kat belakang umah aku
rindu sangat kat tempat aku membesar
skrang umah tu pun dah tak der...
dah dirobohkan

banjir merupakan salah satu sebab utama famili aku nekad berpindah dari situ
mana tahan kalau tiap-tiap tahun asyik dok kira jumlah kerugian
tu tak termasuk lagi dengan kos untuk sawah bendang
yang banjir kali ni pun sama jugak
rasa sayang jer dengar ayah aku cakap pagi tadi
anak benih padi yang baru naik tu for sure akan mati kalau dah 3-4 hari terendam
pastu nak kena badai [ lebih kurang macam menggembur ] sawah tu semula
dah tu conform kena beli lagi sekali benih-benih padi tu
dugaan kan?



******
harap harap banjir kali ni kejap jer la
sian aku nengok umah-umah yang tenggelam
sebab penah merasa keadaan tu dulu



 

KaMi PenYoKoNG HeBaT




masih lagi berkisarkan pasal bola sepak
entry ke-2 dah last kot untuk tahun 2010 pasal nih
sajer nak kongsikan kat sini


malam tadi
bila bukak jer facebook, terperasan lak status nih
memula dari PSHK
pastu tengok hafizal hamad ngan HKC pun upkan status yang sama jugak
ok, malas nak membebel
kasi zaasss pic dulu











okeh
tu jer nak update
ada masa aku membebel lagi





 

Monday, November 1, 2010

TeXt CeRiA Di PaGi IsNIN


 
08.25
x : siapa nie? jangan cal dis no lagi

tetiba jerk mesej ni masuk kat henset aku
dah la tengah khusyuk-khusyuk buat kejer
aku kenal no tu
memang pun aku ada call dia
tapi tak penah nak berangkat
pastu leh plak mesej-mesej cam ni
budjet aku ni la yang salah no
boleh blahh la wei


jom kiter tengok soal balas aku ngan si polan nih
aku copipes sebijik sebijan nih


aku : u know who i am.. so, xpyh nak blakon. dah byk sgt berlakon tu, mual dah aku dengar
x : i'm not regonise u. where u get my no?
aku : ckp omputih la pulak. jgn buat aku ketawa pg2 ni la, just jaga perangai tu
x : what ever. stop 2 call dis no again..
aku : brani krana benar n takut kerana salah. Dr mula2 aku col ko dah xangkat. Means,u know me right?
x : maybe yes maybe no
aku : ok, just want to remind u... who am i. choww
x : anywhere did u have any problem with me?
aku : yerp, and u know wat is it... if u r right, just pick up my call n tell me the truth. again... brani kerana benar




aku call sebab dah tak tahan dok dengar cerita-cerita dia pasal aku
dah tak dapat laksanakan agenda jahat dia tu
lagi nak fitnah-fitnah aku
ko yer pun, buat la cerita yang logik didengar
aku call pun sebab nak tanya dia bebetul
bukan nak ajak bertumbuk pun
kalau dah tak der salah
angkat jer la phone tu
dah la asyik tukar-tukar no
macam la susah sangat aku nak cari kan


**
sajer jer nak spoilkan mood aku hari nih
aku bawak geng  pijak reramai kang...