KaMu HeBat

Top Comment :

Friday, December 31, 2010

WeLCoME





sama jugak macam harapan aku  masa  TAHUN BARU HIJRAH ni
impian yang sama
yang masih belum lagi tertunai
moga dapat dipermudahkan semuanya


untuk semua blogger

SELAMAT TAHUN BARU 2011
MOGA APA YANG KITA IMPIKAN AKAN MENJADI KENYATAAN
MOGA BEROLEH KEBAHAGIAN YANG BERPANJANGAN
MOGA DIMURAHKAN REZEKI



KiSaH BeRaH, ENaB DaN BaBu


pasal budak kicik ni la
kalo dah sampai masa nak tido
harus la bertemankan 3 beradik tu
kalo xder salah satu sekor?
bising ngalahkan hapa
padahal aku neh ada jer kat sebelah
dah dapat  adik beradik tu
sumer nak dimasukkan ke dalam selimut
alih-alih tuan punya selimut dah dok luar
makin membesar, makin banyak pulak perangai bebudak ni kan
tapi apapun
aku heppy jer nengokkan dia membesar dengan sihat

ni la rupa adik beradik sepertiduran echa


berah

enab

babu


****
entry adalah pendek sajork sebab ini adalah auto publish


SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA WARGA MALAYSIA

Thursday, December 30, 2010

It'S PuBLiC HoLiDaY


suke eh korang sumer
besok dapat cuti
Alhamdulillah, menang jugak akhirnya Malaysia
tapi dup dap jugak aku neh bila dah dekat minit terakhir tu
masa tu Indon dah tambah lagi satu gol
giler tak cuak
walopun game dah nak habis dalam tempoh masa 5-10 minit
tapi apa-apa pun boleh jadi kan
tapi nasib baik la
kalo tak silap aku, 2 kali kan Indonesia dapat sepakan penalti
sorry la, aku tengok celup-celup
pukul 8.30-9.30mlm aku dok layan putera katak
si e-cha minat sangat

tapikan
macam mana pulak dengan status kami yang memang bercuti pada jumaat
kalo ikutkan normal
cuti akan diforward pada ahad
tapi tadi bila aku tanya kat admin
diorang kena conformkan dulu ngan putrajaya
tak dapat cuti ahad pun takper
janji berganti jugak
tak kisah la bebila pun
kalo ahad ni cuti, kurang la sehari tempoh kami nak proses baucar
rugi.. rugi


Wednesday, December 29, 2010

AGaK-AGaK DaPaT PeRKeNaN TaK


dok gugel gugel
tergugel la imej kat bawah ni
tetiba macam terjatuh chenta la pulak kat menda alah ni
takder la canggih manggih sangat pun idaman hati aku nih
bukan la tahap sampai ke ipod, iphone pun kan
tapi ntah la
betul betul dah mengidam nih
bila dah tido malam pun asik dok ngingatkan menda nan satu ni
harus la aku cari seberapa info pasal dia kan
ok la
guna phone pun bukannya apa sangat pun aku ni
call in, call out, mesej, mms jarang sekali
pastu jengah2 facebook ngan blog kejap
tu jer la

dah survey harga
masih dalam lingkungan budget en B pepandai je aku neh
agak - agak korang kalo aku hantar permohonan
dilulus atau direject..?





KISaH TRaFiC LiGhT




pagi pagi la nak membebel kan
kan aku dah cakap
hormon aku memang tak stabil dua tiga minggu ni
bengang-sedih-marah-bengong
pagi ni nak cerita pulak kisah trafic light
jarak perjalanan dari rumah ke opis adalah lebih kurang 10 minit/9-10km
tapi korang bayangkan
hari-hari terpaksa nak lalu kat 9 trafic light
keluar dari rumah tak sampai 2 minit dah jumpa satu
tu takper la sebab nak kena keluar ke jalan utama
aku pun tak pasti kenapa kena wujudkan begitu banyak trafic light sampai macam tu
kita dok berenti kat tafic light pun dah boleh nampak trafic light lagi satu kat depan
aku rasa kerajaan negeri aku ni banyak duit sangat kot
takder kena mengena dengan politik yer statement ni



migrain aku bertambah lagi hari ni
bila masa datang kejer tadi
bertambah lagi satu bilangan trafic light yang perlu aku redah pepagi
memang la bukan aku yang bawak kereta tu
tapi sebagai co-pilot
aku rasa aku yang lebih berangin dari pilot jadinya
10 trafic light bersamaan 10 minit perjalanan
aku rasa kalo tak der trafic light tu, 5-6 minit dah pun sampai opis
bukan jalan ke opis jer aku rasa camtu
hampir semua tempat /jalan kat sekitar bandaraya ni pun camtu jugak
macam dah jadi pesta pulak trafic light ni
aku rasa majlis bandaraya kena semak semula susunan trafic nih
masuk jer town
mengeluh, bukan disebabkan jem
tapi banyak sangat nak kena berenti
nak ke bandar terdekat pun sama jugak
walhal dalam 5 minit jer tapi macam biasala
nak menyampai ke sana aku kena redah 4 trafic light


warning dari owner blog :
pastikan kadar kesabaran anda berada di tahap paling tinggi bila memandu di sekitar bandaraya alor setar dan jitra


Tuesday, December 28, 2010

TUKaR TeMPaT KeRJa




ni kat dalam gov la
sebab aku tak penah kejer kat swasta
lagipun kalo kat swasta rasanya tak istilah tukar ni
kalo ada pun cuma melibatkan company besar
yang ada banyak cawangan
kot tak istilah TUKAR tu diganti dengan istilah BERHENTI

situasi yang selalu aku dengar
selalu sangat bila berdepan dengan masalah kejer yang banyak
dan dan tu la mintak bertukar
kat sini pun dah banyak kali dan ramai yang aku dengar
keluarkan kenyataan yang sama
tapi balik-balik muka tu jugak aku nampak
dah nama pun datang kejer kan
mestila ada kejer yang perlu dibuat
takkan kau datang nak beronline jer sepanjang masa
nak rehat-rehat
silap sikit cakap nak tukar, stress jer nak mintak tukar
pening kekadang aku dok dengar
tolong la tahan sikit
tak der jati diri langsung la
bukan aku cakap aku ni baik sangat dok buat kejer
tapi tak ker hangin
kalo kita pun susah nak dealkan apa-apa
bila ada orang baru yang incharge section tu
kalu dah nama pun orang baru kan
apa apa pun mesti la dari zero
walaupun dari bidang yang sama contoh : Kewangan
tak semestinya dia buat benda yang sama masa kat opis lama
tension weh nak kena repeat banyak kali
macam aku ni
aku bertukar ke sini tahun lepas : Ogos 2009
pertama kali bertukar sebab memang dah target nak balik kampung lepas kawen, tu pun selepas 7 tahun bekerja dalam gov - motif nak bagitau?
korang cuba bayangkan dari tarikh tu sehingga hari ni
dah 3 orang berganti ketua unit aku
sekali datang yang baru
nak kena bagitau itu ini, pastu 5-6 bulan kemudian
muncul lak yang baru
kadang-kadang rasa macam sama-sama nak angkat kaki jer dari sini
aku ni dalam kategori guna-sama
mana-mana kementerian/jabatan pun boleh redah
tapi tu bukan jenis aku
tak reti la nak lompat-lompat tempat kejer camtu
biarla lama sikit
kan ada istilah melayu cakap
tak kenal maka tak cinta kan?
lagipun aku memang suka kejer kat sini
abaikan luahan perasaan aku pasal kejer selama ni, tu masa stress, sumer pun keluar
banyak benda baru yang boleh belajar
kalau kat state kat kena one man show


hari ni aku dengar lagi cakap cakap tak serupa bikin itu 
sukati korang la
rasa taknak stress kejer
dok jer rumah
~ sonangbaitu ~


TahUn BaRU



lagi 3 hari jer kita nak melangkah ke tahun baru
rasa macam kejap sangat masa berlalu
sedar-sedar jer dah hujung tahun
padahal  macam baru jer dok tengok kalendar bulan Januari
bila dah dekat awal tahun ni
mula la soalan macam ni akan kuar
" azam apa tahun ni? "
tahun baru mesti sentiasa dikaitkan dengan azam baru kan
aku tak der azam untuk tahun 2011
cuma nak settlekan azam yang tak tercapai untuk tahun 2010 jer
ada satu azam utama aku yang masih lagi belum tercapai
aku tak pasti la tahun depan boleh tercapai ke tak
usaha.. memang dah banyak pun
kena lebihkan lagi la nampaknya ni
susah betul la nak capai target yang satu ni
dah berkorban jiwa raga dah ni
macam macam misi dah dilancar semata-mata nak capai azam nan satu ni
takkan nak berenti sekerat jalan kan
harusla diteruskan sampai berjaya
berjuang hingga titisan darah terakhir
ceh, budget macam berjuang untuk negara jer kan ayat

sebenarnya
aku jarang praktikkan berazam untuk awal-awal tahun ni
tak tau la apasal
bila orang tanya azam jer, mesti aku jadi blur nak jawab
azam awal tahun ni pada aku cuma untuk bagi motivasi kat diri sendiri jer kan
kalo nak bagi motivasi kat diri
bila bila masa pun boleh rasanya
tak perlu nak tunggu tarikh tertentu

melangkah ke tahun baru
bermakna bertambah lagi satu angka pada umur
harap makin bertambah la kadar kematangan dalam diri
kalo nampak lagi muda tu takper

lagi satu
cuti tahun ni masih lagi berbaki 8 hari
 kira lagi ok dari masa dok KL dulu
memang tak der la istilah baki cuti nih
mc pun berhari-hari dah
tahun ni aku langsung tak der mc
pekerja cemerlang ni bos, sila take note untuk APC yer
tak penah dalam sejarah perkhidmatan aku langsung takder mc dalam masa setahun camni
mesti akan ada jugak walopun sehari dulu



CuN TaK Aku





lagi 20 tahun
macam ni la rupa aku gamaknya
sesajer nak bagi makan blog dulu
ada meeting jap lagi sekarang la, dah lepas kol 9 pun
takper, bilik mesyuarat depan ni jerk
orang pun tak penuh datang
selalu amalkan prinsip yang satu ni
lewat masuk, awal keluar



Monday, December 27, 2010

MaRI KiRa KaDAR GuLa













satu kiub lenih kurang satu sudu gula

ilham dari  SINI

KeBeNaRaN Tak SeMuaNYa InDaH





aku dapat tau satu kebenaran hari nih semalam sebenarnya
hurmmm.. pedih
walaupun menda tu sebenarnya dah dapat dijangka dari awal
tapi aku takder bukti kukuh
cuma gerak hati jer yang dapat rasakan
aku masih jugak menafikan hal itu
cuba untuk memalingkan dari fikiran
tapi hari ni
menda yang banyak kali aku cuba deny
benar-benar wujud kat depan mata
betul kata orang
kita sentiasa mencari kebenaran
dan tak semua kebenaran tu indah
aku kena terima jugak
walaupun ia amat memedihkan hati aku

sorry
terpaksa baca pulak luahan hati aku
aku bukan apa
cuba untuk bersifat adil
apa jer perasaan aku
akan aku luahkan kat blog nih
untuk renungan dan iktibar di masa depan
takkan nak cerita yang happy jer kan
kadang kala
kita kena akur pada lumrah kehidupan
tak selamanya kita akan gembira
dan kepada yang dilanda masalah
tak selamanya nasib kita akan terus begitu
berusaha dan berserah padaNya
Yakin pada Yang Maha Esa


malam tadi jugak

aku call hamba Allah nan sorang nih
memang kalo aku runsing
selalu call dia
tempat aku luahkan perasaan dan rasa
Alhamdulillah
ada sedikit kekuatan untuk aku berdiri
kebenaran tetap kebenaran tapi itu bukan yang sebenarnya dipinta olehnya


 
dah la
kang melalut meracau lak aku kat sini
menulis di saat jiwa sedang kacau
kang sumernya kuar
pening pulak korang nak baca kan?
cuma aku harap
tolong doakan moga aku lebih tabah kali ni

Sunday, December 26, 2010

Huhu.... AkHirNya




amaran keras dari owner blog :
kadar keriakkan adalah tinggi pada entry ini
sila abaikan perasaan itu
dan teruskan pembacaan anda sehingga noktah terkahir

 

akhirnya
aku dah boleh pun cash-outkan duit nuffnang
walopun pada tahap pengeluaran minima
tapi aku amat la berpuas hati dengan pencapaian aku yang satu nih
16 mei - 26 disember 2010 = 7 bulan 10 hari
yer, aku tau...
orang lain baru sebulan join nuffnang dah boleh earn ratus riban
tapi kira ok la kan
dah la  blog cam hapa
langsung tak menjana kecerdasan minda
sukati jer nak tulis apa
kira nasib baik la iklan nuff sudi jugak bertandang yer tak
nanti iklan2 datang la selalu kat blog ni eh?

tapi sebenarnya
takder niat pun nak cashkan duit ni
biarla dulu
aku nak nunggu jadi riban-riban dulu
boleh buat down payment rumah
sesi berangan yer kengkawan !!!
sorry la kalo korang rasa annoy ngan entry nih
aku just nak letak sebagai ingatan aku jer
nanti lupa lak kan
maklum la, kadang aku ni termakan semut banyak sangat
tu yang semedang jer lupa


KeNaPa JaDI CaMNi?

closing akaun bagi gov adalah dalam 2 peringkat
peringkat 1 ~ dalam tahun semasa di mana bil-bil sehingga November perlu diselesaikan bayarannya
peringkat 2 ~ tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) adalah bagi bil/tuntutan untuk bulan Disember di mana invois perlu dikeluarkan dalam bulan berikutnya.
Tempoh AKB akan dibuka pada 2 sehingga 6 Januari 2011
 28 - 31 Disember adalah tempoh masa bagi memproses semula baucar-baucar yang diquiri oleh JANM


besok adalah 27hb Disember 2010
hari untuk closing akaun peringakt 1
tapi hari ni kenapa ramai pulak dari unit kewangan yang EL (3/5 staff)
ishh.. tak paham la aku mentaliti sesetengah orang ni
jangan ingat kewangan sama dengan bahagian lain
memang la majoriti satff akan habiskan cuti tahun bila dah hujung2 tahun macam ni
tapi BUKAN untuk kewangan
masa ni adalah masa yang amat kritikal
semua pembayaran harus dipastikan berjalan dengan lancar
aku yang dah settle kejer pun tak bercadang nak bercuti
SIL aku bertunang pun aku tak balik tau semalam
standby kot ada kes-kes yang tak dijangka
tapi jadi hairan aku
bila diorang ni boleh jer selamba EL
tak terpikir ker kerja yang bersepah kat atas meja nun
ingat sempat ke nak siapkan sumenya by besok
jangan harap aku nak tolong hokeh
aku akan jadi seorang yang berkira kalau berhadapan dengan manusia yang berperangai sama macam tu


teringat pulak masa kat opis lama
agak happening
makan-minum semua kat opis
istilah kami dulu dulu masa closing
makan baucar, minum baucar, tido baucar
stay back sampai malam adalah normal
lagi la kalau dah sampai hari-hari terakhir
sampai rumah tepat @ selepas pukul 12 tengah malam adalah perkara biasa
sama-sama bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja-kerja
Cuti? memang semua dah sedia maklum
tiada istilah cuti pada penghujung tahun



Thursday, December 23, 2010

TiPs NaK NaIKkaN EaRNinG NuFFNaNg



tajuk macam yor yor jer kan?
kalo memula baca mesti dok pikir aku yang nak bagi korang ilmu perkasa hitam
macam mana nak naikkan earning nuffnang
lagak macam aku ni dah cash out riban riban
tapi sebenarnya
pandangan dan naluri pertama ada kalanya tidak tepat

aku yang sebenarnya nak mintak tips dari korang sumer
sebenarnya pagi ni tak der idea nak menulis
tu yang aku bukak topik pasal nuffnang ni
earning aku sekarang masih belum lagi mencecah had minima cash out
tapi ok la, bergerak la jugak dari langsung tak kan?
pastu tadi try terjah kat blog lelain
sajer nak kumpulkan tips
sebenarnya banyak lagi menda yang aku tak buat sebagaimana yang disarankan oleh otai2 blogger
jarang update survey, jarang post entry kat innit
survey memang kekadang tak sempat nak buat pun
yang post entry kat innit lak
ntah la, rasa macam entry2 yang aku tak der yang menariknya
kang kalo post kat sana
banyak dangs yang aku dapat dari nangs

okeh
untuk tidak menghampakan perasaan korang
ni aku letak jugak sedikit tips
dari blog  aina.. si bakal ibu mintak izin yer aina


TIPS
  • Pastikan kat dalam blog tu, dah ade 3 ads unit..iaitu LR (between content), LB (header) dan SS (sidebar). Sebab kebarangkalian untuk iklan keluar tu tinggi sikit..sebab ade 3 tempat kan.
  • Unique visitor = kite kira unique visitors, dan ianya akan di reset setiap jam. Jadi, kalau nak blogwalking..pastikan blog yang kite pergi tu, tuan die on9..hehee.
  • Kalau nak buffered, maintain traffic 100 above. Tapi nak best, maintain la 300++ per day. Bile macam ni, agak senang sikit nak dapat buff.
  • Earning dah cukup RM50..cash out je terus, tak payah nak tunggu lame-lame..sebab bila dah cash out untuk kali pertama, kebarangkalian untuk dapat buffered earning adalah tinggi. ecehh..pandai lak aku
  • Bile sudah ade buffered juga, sila maintain traffic anda..lagi banyak unique visitor yang anda dapat, lagi banyak la earning anda untuk hari tu.
  • Jangan hairan jika earning untuk normal ads anda agak menurun apabila anda sudah mempunyai buffered sebab tapak untuk ads tu telah di ambil oleh iklan untuk buffered ni. Tapi buff earning anda memang masyuk la kan.
  • Bintang tu? owh..yang tu merujuk kepada payment history kite, iaitu performance kite based on previous payment. Ala..buff yang dah jadi metered. Lagi banyak bintang, lagi oke lar
  • Istilah buffered campaign takde oke! ia buffered earning..dan bile dah tamat tempoh, jadi la metered earning.
ni pulak sedikit pesanan dari dia
  • Kalau korang ade buffered earning yang tengah running kat blog tu..tak payah la gatal-gatal duk letak ads lain..sebab rugi wooo..kalau dah status "geli-geli" tu bertukar kepada "ordinary"...earning yang dikira hanyalah separuh je daripada status geli-geli tu. Hari tu aku dah menangis tak berlagu dah sebab buffered earning kena potong separuh sebab letak ads lain. Padan muke ko aina kann!!! tamak le lagi. Rasakan
  • Lagi..kalau dah boleh cash out tu...tak nak belanje ke?
  • Alang-alang datang klik iklan tu...tegur la sikit,tanya kabar ke, baca entry ke, kan ke nampak sopan lagi ayu lagi macho..betol x? Kualiti first..kuantiti kemudian...ehemm

Wednesday, December 22, 2010

ToLONg AkU YaNG RaBUN IT iNi



dah beberapa hari aku dok try menda alah nih
hari ni baru boleh login sepenuhnya
portal mybayar
aku try masuk dari minggu lepas lagi sebenarnya
tapi macam benar nak loading
berkurun lama dok menunggu
last last fedup
semalam dah boleh load, bila aku try nak register
katanya aku dah register
tahun bila pun aku dah ingat masa register tu
aku just resetkan password jer la
tapi dah terhantar 2 password kat aku
bila try login, jadinya kena block
kejap tadi dengan semangat yang jitu dan padu
aku try reset lagi sekali
done !!
 usaha tangga kejayaan kan?




step ni aku dapat kat MAMPU
jadinya ikut la aku bagai yang diarahkan






okeh
dah sampai kat step daftar
tapi naper langkah 2 tu tak der eh?
macam mana nak bayar kalo amaun nak kena bayar pun tak kuar
ker ambik masa sebab diorang nak kena link pulak ke JPA
aku malas la nak tepon JPA lagi
esok la try check balik
kot dah kuar baki pinjaman kena bayar aku tu
dah try check kat SINI
boleh bayar guna mybayar ni  macam cakap ulang-ulang la pulak


sebenarnya aku nak settlekan baki loan aku tu
selama ni dok buat potongan gaji jer
macam semak la pulak aku tengok
dah alang-alang ada duit lebih sket
baik aku gunakan kepada perkara yang lebih berfaedah kan
dah tak banyak sangat dah pun
kalau tahap belas-belas ribu memang tak akan la
biar la dia semak kat payslip tu
nak bayar guna maybank2u, duit lak tak der kat akaun tu
dah jadi banyak kejer la pulak
malas nak nak pegi masukkan dah
apa guna nak beronline kalo kena jugak kuar kan?
lagipun limit maybank setakat 3 ribu jer kot sehari

baki loan aku lebih sikit banyak dari tu


kaunter untuk bayaran tunai pulak cuma ada kat
JPA Putrajaya dan Maju Junction jer
lagi la tak mungkin aku nak ke sana dengan niat semata-mata nak bayar menda ni kan
ada sesapa tak penah bayar loan JPA guna portal mybayar ni
just nak tau prosedur dia camner jer
tetiba jadi blur pulak
aku kan pengguna tegar maybank2u
dah guna portal lain ni lah jadinya


Tuesday, December 21, 2010

JiWA Aku Ni Tak StaBiL Kot




sebelum kawen dulu macam dah lama giler kawennya
kitaran kawan baik aku adalah tepat
dah boleh budget dah
genap jer 28 hari, pasti si dia menjengah
paling lewat pun sehari dua jer

tapi itu cerita dulu
sesejak lepas bersalin ni
dah jadi kacau bilau dah datangnya
lewat 2-3 minggu adalah normal
kekadang tu cuak la jugak kan
mana la tau kot e-cha bakal menampak adik
cuak sebab aku inginkan sedikit jarak
biarla e-cha puas bermanja dulu
umur pun tak sampai lagi 2 tahun lagi sebulan jer pun
pedulik la apa orang nak kata
janji aku tau apa yang terbaik untuk kami sekeluarga
e-cha menangis gulung guling aku boleh panik
lagi nak beranak reramai
( read : anak kecik ramai-ramai )
kang bebudak tak der apa-apa
aku yang lebih lebih gelabahnya
hah, kan dah termelalut pasal baby pulak
padahal nak cerita pasal kawan baik aku yang lambat menjengah
okeh, back to topic

aku dah google tadi mencari penyebabnya
sumber dari : Masalah Wanita



12 SEBAB MENGAPA HAID ANDA LAMBAT

Risau sebab haid tidak datang?
 Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang.
Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi :

Tekanan
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita
memang ada tekanan sekarang ni, kat tempat kejer. perihal perangai orang yang buatkan aku makin menyampah

Masalah kesihatan
 Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
dalam masa sebulan, dah 2 kali aku deman teruk, selsema ngan batuk-batuk. sekarang ni pun tak lega lagi batuknya.

Ubatan
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
takder pun buat masa ni. kalau makan pun cuma ubat ubat demam ngan batuk jer



Berlebihan hormon prolaktin
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
pening kepala tu biasa la tapi part susu tu idak ler pulak

Menyusu badan
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
yang ni memang tak la, aku menyusu badan pun setakat 2 bulan jer sebab tinggalkan echa kat mak masa lepas pantang. teruk kan aku nih?

Masalah tiroid
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
kekurangan berat secara mendadak? aku rasa tak penah lagi ada dalam sejarah hidup. kalo naik mungkin la ada

Gemuk
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
berat badan memang la naik kan? bak kata kawan aku, kat dunia ni.. hujan jer yang turun pun, lelain sumernya naik dan tak terkecuali la dengan berat badan. tapi rasa aku takder la melampaui batas pun kenaikannya

Terlalu kurus
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
terlalu kuruskah aku? mode : bermimpi di siang hari

Tersilap kira
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
tidak sama sekali!!
setiap kali datang bulan, aku notekan kat dalam henset sejak bertahun-tahun dulu. sampaikan masa nak pegi check pregnant dulu pun aku bukak balik note aku bila nak bagi data kat nurse. tanya la bualn brapa pun, mesti boleh dijawab dengan yakin

Monopous
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
lewat 40'an tak tapi aku lewat 20'an jer ke awal 30'an?

Pencegah hamil
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
aku amalkan kaedah semulajadi sahaja. hahahaha

Hamil
Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
kalau itu suratannya, aku terima.


MaCaM-MaCaM HaL

"Ini ayah, tolong bg credit RM30 kat no baru ayah 012-8271042, ayah lagi ada masalah kat balai polis, sekejap baru ayah call"


kawan aku upkan status ni kat facebook.
macam macam kat teknik orang nak menipu sekarang ni
yang peliknya aku nak tulis "yang kelakarnya" tapi cam tak sesuai pulak kan
macam mana la ayah kawan aku yang dah lama meninggal tu boleh pulak buat camtu
bila aku baca ayat tu rasa macam bukan ayat orang malaysia jerk
ntah la
topup pun nak menipu, kalo dah pandai guna handset tu
maksudnya kena la pandai jugak bagi dia makan topup
bukannya jadi terlebih pandai yang macam ni


Monday, December 20, 2010

20 DiSeMBER 2010





hari ni 20hb Disember kan?
tau tak apa maknanya
yeahhh.. tepat sekali
hari ni adalah hari gaji untuk sumer staff goverment
setelah begitu lama menunggu
gaji bagi November adalah pada 10hb
rasa macam lama jer kan nak menunggu the next payment
nasib baik la 1hb aritu
kerajaan dah bermurah hati bagi BKK dulu
kot tak memang sangap la  gamaknya

tapikan
memang terasa la perubahan
bila dok kat kampung ni
asal dulu, asik la dok mengira tarikh gaji
sekarang
jarang la lagi dok buat menda alah tu
memang jimat la aku rasa
nak ke mana-mana pun ikut jer jalan biasa
takder nak berhighway bagai
kalo ikut highway pun idak ler mahal bebenar
dan satu-satunya highway yang ada adalah PLUS
BKE tak termasuk la sebab aku memang tak penah lagi sampai ke Kulim nun
pastu lak
harga makanan pun masih agak murah kalo nak dibandingkan ngan KL nun
memang kurang hampir 30-40% untuk belanja dapur aku kat sini
ada orang cakap sama jer kosnya
tapi ntah la
yang aku rasa dan alami memang ada bezanya


ok, tu jer kot nak bebel pagi ni
ni aku tempek sekali jadual bayaran gaji untuk Tahun 2011
tak payah nak risau yer semua
Bayaran gaji untuk 2011 adalah back to normal
takder dah gaji awal
paling awal pun pada Disember @ 19hb
sebabnya
gaji hanya akan dibayar lebih awal sekiranya tarikh-tarikh perayaan utama jatuh pada selepas 10hb dan sebelum 25hb  untuk bulan berkenaan
tapi apapun tertakluk jugak kepada perubahan dari masa ke semasa
ni onfo yang aku dapat dari JMS tempat lama aku yer
sebarang kesilapan adalah tidak disengajakan
boleh rujuk kepada yang lebih pakar






Sunday, December 19, 2010

IdeA YaNG PraKtiKaL


hari apa ntah
kurang ingatan pulak aku neh tetiba kan
tengah belek baca paper metro
terperasan lak gift untuk kanak-kanak ribena masa kenduri
tak penah nampak lagi
tapi kalau memang dah bersepah kat luar nun idak ler aku tahu kan
tapi macam best jer tengok
aku nak buat la
masa kenduri abang long nanti
mari berangan bersama-sama

diorang gunakan alatan tulis untuk create doorgift ni
memang sesuai la untuk kanak-kanak
at least tak der yang terbuang nanti
setakat bagi gula-gula
memang akan jadi habis madu sepah dibuang akhirnya nanti kan

jom kiter tengok idea yang praktikal itu
pendapat aku la kan



bahan-bahan :
 pensil, pengasah pensil, pemadam kaler-kaler, gula-gula, kertas krap, plastik pembalut dan
dawai hijau



pemadam, pengasah pensil dan gula-gula dibalutkan menggunakan plastik lutsinar
ketiga-tiga barang tadi dicantum untuk membentuk kelopak bunga
ikat dengan kemas mengunakan dawai



kertas krap dilipat dua sedikit serong lipatannya
gunakan 2 jenis kaler untuk memberi kesan lebih menarik
satukan dengan kelopak bunga pengasah pensil, pemadam & gula-gula
bentukkan menjadi seakan jambak bunga
gunakan pulak apa-ntah-nama-benda-kaler-hijau tu untuk lekatkan kepada pensil

bertindak sebagai batang bunga



dah siap !!
sorry, pic kurang jelas. Aku snap terus kat paper jer nih




Boleh la nak bagi kat kanak-kanak nanti

bukan setakat majlis kawen jer aku rasa
sesuai untuk semua majlis
yang penting
barang-barang tadi masih boleh digunakan oleh kanak-kanak
tak membazir kan


MeMBeBeL SaJoRk

nothing to do rite now

dah setahun lebih aku kembali berada di bumi tempat tumpah darah aku ni
setelah lebih 11 tahun merantau
mencari ilmu dan rezeki kat tempat orang
memang dari awal-awal lagi aku dah setkan
masa muda adalah masa yang amat sesuai
untuk menimba seberapa banyak pengalaman
dan akan settle down semula kat negeri tercinta setelah berumahtangga
tipikal kan..

tak de sebab utama pun kenapa
aku berpendirian macam nih
tapi ntah la
sajer nak rasa dekat ngan mak ayah je kot
dari umur aku 13 tahun lagi
dah terpisah dari diorang
bukan la terpisah terus pun
aku dok hostel, jadinya 2 minggu sekali baru ada kat umah
habis SPM, terus sambung belajar
dah tu terus lak kejer kat KL
memang rasmi dok ngan mak ayah pun setakat umo 12 tahun jer la

nasib baik B paham niat aku tu
walopun kalau nak diikutkan
KL adalah tempat yang agak tepat untuk kami
berada kat tengah-tengah antara kedua-dua kampung
kedah dan johor
tak la tengah sangat pun, lagi dekat ngan kampung B
aku lebih 5 jam perjalanan, B cuma 3 jam lebih jer

tapi kan
wujud pulak perasaan semak kat dalam diri aku nih
tak baik kan?
bukan semakkan apa pun
apa-apa perbuatan kita akan menjadi perhatian orang
(read : sedara mara)
rasa macam tak best jer
terasa macam diri sentiasa diperhati dan diadili
susah dan payah jugak rupanya hidup dikelilingi sedara mara ni rupanya
kalo dok kat KL nun tak der sapa pun nak pertikaikan hidup kita
bukanla bermakna kita nak buat menda yang bukan-bukan pun
masih lagi ada kat landasan yang sepatutnya

kat opis pun sama jugak
rupanya si polan tu sedara aku
si mamat ni sepupu aku
adoiii
tak best tau bila kejer pun ada sedara mara kat keliling kita
memang nak kena berbudi bahasa sikit
padahal aku bukannya jenis yang macam tu


nak stop la
kang terbebel panjang pulak kat sini