KaMu HeBat

Top Comment :

Tuesday, November 2, 2010

BaNjiR Oh BaNJiR



musim banjir datang lagi
masa nak balik dari opis semalam pun
pihak pengurusan dah siap buat pengumuman lagi
dok bagitau jalan-jalan yang dah ditutup dan dinaiki air
banyak jugak rupanya tempat yang dah selamat masa tu

masa kat umah lak
sepupu aku call nak datang stay kat umah
sebabnya, jalan nak kuar dari kampung diorang dah dinaiki air
risau kot takleh nak kuar pagi ni
dah la ada exam kat kolej
ingatkan sorang jer yang datang, rupanya si adik pun ikut sekali
ok la tu, dia belajar kat sekolah sebelah taman aku ni jer
meriah la umah aku malam tadi dek kehadiran 2 mangsa banjir tu

 
pagi tadi masa nak datang kejer pun dah jem kat simpang keluar dari umah aku
tengok ada 2-3 bijik bas dah parking kat situ
padahal stesen bas kat seberang jalan nun
tapi logiknya la, kawasan sana sedikit rendah,  risau air pun nak naik bas la kot
kat opis aku ni ada la 5-6 orang dah ambik cuti kecemasan
aku dengar kalau pegi buat report polis pasal umah kena banjir
boleh amik cuti bencana
boleh cuti tanpa rekod
betul ker para pegawai kerajaan sekalian?

bila dengar pasal banjir ni
aku teringat masa dulu
masa kami belum lagi berpindah ke rumah sekarang nih
stay kat kampung jerk
dan yang pastinya, tetiap tahun, ada la pesta air kat umah aku tu
nampak macam kolam renang olimpik jer kalau tengok ruang tamu tu dari tingkat atas
setiap tahun okeh?
dan paras air selalunya dah hai-hai pun kat tingkat atas rumah
barang-barang umah tu tak yah cakap la
dah selalu sangat rosak
ada jugak kes tahun bila ntah
air dah sampai ke tingkat atas
bayangkan, tetiap kali habis jer banjir
berlumpur satu rumah
nasib baik la ramai anak-anak angkat mak aku datang menolong
aku panggil diorang sumer abang angkat aku sebab selalu sangat ada kat umah aku
sebenarnya diorang kawan-kawan sekampung abang long
tapi kan
seingat aku la walau macam mana teruk pun banjir
famili aku tak penah sekalipun pegi duduk kat pusat penempatan banjir tu
rimass weh reramai
rela buat khemah/pondok/pangkin sementara kat tepi jalan
umah aku ni kedudukan dia dah ke bawah dari jalan
tu yang cepat jer kena banjir
pastu nanti datang la reramai orang-orang kampung dok bersembang
sudahnya dah jadi meriah kat situ
kenangan sumer tu bagi aku



ni la pemandangan kat belakang umah aku
rindu sangat kat tempat aku membesar
skrang umah tu pun dah tak der...
dah dirobohkan

banjir merupakan salah satu sebab utama famili aku nekad berpindah dari situ
mana tahan kalau tiap-tiap tahun asyik dok kira jumlah kerugian
tu tak termasuk lagi dengan kos untuk sawah bendang
yang banjir kali ni pun sama jugak
rasa sayang jer dengar ayah aku cakap pagi tadi
anak benih padi yang baru naik tu for sure akan mati kalau dah 3-4 hari terendam
pastu nak kena badai [ lebih kurang macam menggembur ] sawah tu semula
dah tu conform kena beli lagi sekali benih-benih padi tu
dugaan kan?



******
harap harap banjir kali ni kejap jer la
sian aku nengok umah-umah yang tenggelam
sebab penah merasa keadaan tu dulu



 

4 comments:

harzharun said...

hi dear...i dulu, ms kecik2, dua kali duk pusat pmindahan...tp ingt2 lupa je..1st time masa darjah 1..2nd ms darjah 4...pastu, xjd mangsa dah..hehe

ryn said...

Kenangan kan? Ari ni dan mebi esk, terpaksa el sebab jalan ke opis dah tenggelam. Pastu ahad lak dapat cuti ganti deepavali. Uishh.. 5hr lepak2 kat umah

PUANSTOBERI said...

Aku rasa mmg leh dpt cuti tnpa rekod la weh..tp kena ada surat sokongan dr tok ketua ke penghulu ke camtu la aku rasa.

Ya..aku pun rasa sedih dgn nasib pesawah2 ni..tp apa lagi..pi la mintak kat Adun korang ke YB tpt korang tu..sure menimbun bantuan dpt.. teheheheh

ryn said...

Pasal cuti aku pun rasa cam boleh je off record neh. Report polis pun ok kot. Reen, bantuan utk pesawah ni memang ada tp ntahla, rasa kesian tu masih jugak ada. Penat wehh nak buat sume tu. Aku pun x sanggup