KaMu HeBat

Top Comment :

Wednesday, June 30, 2010

MaRi BerSaraPan

Banyak menda yang aku nak tulis kat sini
Tapi takder idea lak nak mengarang
Nenanti la, kot idea dah datang baru  boleh bikin lirik aku tulis
[ takder idea pun still gak nak update blog haku neh, so tajuknya pun ntah-hapa-hapa-ntah la kan ]

Ari ni aku nak tayang lak breakfast aku pagi nih
Sambil tulis entry sambil mengunyah la ni
Seawal pagi pagi la sangat aku dah setia berada kat dapur
Memula aku goreng dulu 2 keping hash brown sekali ngan jejari kentang untuk e-cha hash brown untuk haku ok
Sesambil godak telur nak buat sandwish
Letak sket bawang besar sebab takder stok salad
Lagi satu aku suker campor ngan sos lada hitam dah katanya penggemar tegar lada hitam kan?
Baru terasa kick
Last campor ngan mayonis
Aku guna roti ni sebab takder stok roti biasa
 memang resepi asal ada jer nih.


Zasss......
Seberapa pantas yang boleh
Akhirnya
Tadaaaaaaaaaaaaa
*
*
*
*
*
*





banyak eh aku tapau
2 set sandwish ngan 2 keping hash brown
aku tak amek lunch, malam kang baru aku makan nasik


Dan takkan dilupakan
All time favorite
*
*
*

nescafe ais
tapau khas dari cafe depan opis
ngeh.ngeh.ngeh


dah abes dah wei
korang boleh gi sambung kejer lak
Bye




Monday, June 28, 2010

PerLu Ker?



Memula plan nak letak kat status FB aku tu
Tapi kang, lain lak jadinya
Tapi aku still gak nak luahkan
Ni la kot tempat paling sesuai

Pada pendapat korang la kan...
Perlu ker kita meminta-minta untuk diberi ganjaran bila dah buat sesuatu
Ni situasi sekeliling aku okeh?
Macam aku ni kejer cikai jer...proses claim staf kat sini
Pada aku la, tak perlu dah nak meminta - minta
Sebab...
tu dah memang tugas hakiki aku
Dan aku memang diberi gaji bulanan khas untuk buat kejer ni
Yang aku jadi tak paham
Ada la orang nih..
Dah kejer tugas ko kena buat menda tu
Naper bila orang lain dah dapat apa yang diorang patut dapat
Dia pulak yang kelam kabut mintak dibelanja
Kononnya sebab dia yang proses
kan dah memang kejer ko pun
Aku tak kisah kalau orang tu kat tempat lain
Tapinya....
Ayat-ayat glamer yang selalu aku dengar

" dah dapat dah adjustment tu, leh la blanja pizza nanti"
"bila nak blanja saya KFC nih"

Jadi rimas la wei
Dah la nama aku pun dikait sama
macam ayat akak yang sorang ni masa terserempak ngan aku tadi

" ryn, nanti akak belanja sekali eh? "

Mungkin takder niat apa-apa
Tapi aku still tak suker
Nanti apa lak kata orang lain

" ooo... kalau masyuk baru nak pulun buat "
" ko kat bhgn kewangan, mesti best kan? selalu orang belanja makan "

Aku dah kejer bahagian kewangan ni since 2002
Dari tarikh tu, aku cuma terima RM50 jer
Memang aku taknak mulanya
Tapi orang tu yang berkeras nak bagi jugak
Sebab
Tetiap minggu bila dia habis record program
Muka aku ngan lagi sorang opismate ni jer yang dok setia bagi payment kat dia
Yerlah, selalau recording ari ahad, saper yang nak tunggu..
dah la program tu boring ya amat

Korang rasa macam mana eh?

***
ayat pun dah tunggang langgang dah
Jiwa kacau sat


KuRsUs

Hai babe
Dah 2-3 hari aku tak membebel kat sini
Nak buat camner kan, masa yang tak berapa nak izinkan
maklum la, aku kan cuma berblogging dari opis

Hari rabu aku ada refresh course pasal eTerimaan kat AG
Taklimat setengah hari jer pun, pukul 8.30pg - 1.00tghari
Tapi telah berjaya buatkan aku mengantuk tahap gaban
Macam biasa la, tetiap kali ada kursus memang penyakit ni setia menjengah




e-Terimaan ni salah satu sistem kewangan elektronik dalam gov
Banyak betul kan aplikasi e skrang ni?
Untuk bahagian kewangan jer, ada 3 e yang digunapakai kat opis aku
eSPKB - untuk modul bayaran
ePerolehan - khusus untuk perolehan/belian barang
[yang ni boleh jer kalau guna eSPKB tapikan kerajaan nak galakkan aplikasi elektonik untuk semua, so apa2 quatation/invois semua boleh online jer antara gov ngan vendor/pembekal]
eTerimaan ni lak digunapakai untuk terimaan wang /hasil
Kat opis aku kalau ada pun hasil just untuk bayaran kompaun, bon, jualan barang rampasan, pemfailan tuntutan ngan lesen jer.
Takder la sampai tahap juta-juta pun
Kalau ada tahap puluh ribu pun dah menggeletar tangan dok mengira duit
Mau hilang /short ke duit tu naya lak aku kan
Petang aku stay kat opis sebab nak siapkan claim orang2 yang tak berapa nak paham bahasa lak
Dah berpuluh kali bagitau pun sama jugak
Aku nak diorang antar sebelum 10-15hb
Dah lepas 20hb baru dok terhegeh-hegeh nak bagi
Tak buat kang sian lak


Khamis lak aku tak masuk opis sebab ada lagi satu kursus kat luar
aku kursus kat sini


Yang ni pasal HRMIS pulak
Ini sistem untuk bahagian HR
Kira macam ganti buku servis la nanti
Semua pasal SKT, cuti, rekod perobadi & bla.bla.bla
Ada kat dalam nih.
Aku nak citer pepanjang pun tak reti sangat
Memang langsung takder tokoh jadi cikgu kan?
Sebab tu lar dulu aku buat donno jer bila ayah aku sebok2sebok nak ambilkan aku borang maktab
Kang kalau aku jadi cikgu tak pasal lak muka aku masuk TV ngan paper
Sian anak orang aku kerjakan nanti




Ok la kot...
Nak sambung kejer lak
Entry ni sebenarnya aku taip semalam tapi tetiba idea kontang lak
Tu yang baru publish ari nih.


***
B balik dengan wajah yang muram malam tadi
England dah out dari World Cup
Kena titik dek Jerman
Hahahaha..
 aku suka

 



Wednesday, June 23, 2010

BudAk KiCiK Ini




Hai sumer...
Nama saya aisya syazwina
Mama ngan papa panggil saya e-cha
Tapi kalau saya selalu lasak-lasak mama jadi hilang sabar dan dia panggil saya Atan
Tok ngan tokwan lak selalu panggil saya adik
Pak Long lak panggil saya Siti
Masa saya lahir, dia suka sangat nama ni
Dah tu mama saya degil tak nak letak nama Siti
Jadi dia pun sama degil la, masih gak panggil saya ngan nama tu
Bukan Paklong jer pun, kawan-kawan dia ngan sedara mara pun sama gak panggil saya Siti
Tapi saya aiman tak kisah
MakLang baik.. dia panggil saya E-cha
Sama ngan mama panggil
Saya ni cucu sulung tok ngan tok wan tau
Anak sedara pertama maklang ngan paklong
Sebab tu saya suka manja-manja ngan diorang

Sebelah nenek ngan atuk pun panggil saya Aisya
Saya jarang balik sana
Tapi saya sayang kat diorang jugak..
Sama macam saya sayang tok dan tok wan

Ari ni umo saya genap satu  tahun lima bulan
Saya dah besar tau...
Jom layan gambar-gambar saya k..??



















Monday, June 21, 2010

Hari Minggu Punya CiTer


Entry lapuk
**
bosan lak aku 2 entry sebelum nih ~ ~ langsung tak der gambar kan?


Aku tak der aktiviti khusus weekend nih
Memang jarang ada plan pun
Macam yang selalu aku bagitau kat sini
B cuma cuti pada hari ahad dan aku lak cuti jumaat & sabtu
Korang boleh nampak la kan memang cuti kami tak sama
Memang agak susah la nak plan apa-apa melainkan salah sorang haruslah bercuti [apply cuti maksud aku]



Memandangkan ari jumaat tak der apa-apa aktiviti
So, aku ngan mak pegi ke kedai langsir ari tu untuk pilih kain
Diorang dah lama pun datang ambik ukuran
Tapi kitorang jer yang tak buat follow up pasal material
Nak pegi malam mak aku taknak
Mak aku cakap nanti tak dapat tau bebetul kaler fabrik sebab ada effect dari lampu
Kena la pegi siang katanya
Kitorang pegi pun dah agak lewat, dalam pukul 4ptg dah
pusing-pusing kedai, last mak aku tukar lak design curtain dia
Ok la jugak pada aku, sebab still tak nampak semak sangat
Dah settle pilih kain, kira-kira budget sumer & done



Pastu kitorang gerak lak ke kedai perabot
Aku plan nak beli almari baju
Almari kat bilik tu super sendat dah aku rasa
Hari jumaat, tak banyak la kedai yang bukak
Terus pegi ke kedai perabot yang baru bukak kat pekan aku tu
Memang cecantik la design perabot dia
Mak aku pun dah berkenan sangat ngan satu almari untuk letak pinggan mangkuk nih
Tapi budget tak mengizinkan la pulak
Aku masih lagi dengan tujuan asal
Nak beli almari baju
Dah pilih-pilih, last aku berkenan dengan yang satu nih
Kaler pun lebih kurang jer ngan set bilik aku [gelap banyak sebenarnya]
Ada banyak compartment untuk letak pakaian berlipat
Wajib ada sebab nak letak jeans B
Harga pun ok la pada aku.. RM300 + +
Deal.





abaikan meja solek aku yang bersepah tu

Dalam pukul 8mlm, almari tu dah selamat pun sampai kat umah aku
Nak mengemas baju lepas tu memang hazab la sket kan
Aku mengemas sensorang,
memang sengaja soh B dok luar jaga e-cha
Kang kalau aku mengemas ngan dia lagi haru biru
B ni cuma boleh bagi tugas basuh ngan sidai baju jer, part lipat-lipat memang dia fail



Tak sempat pun kemas malam tu..
Ada lagi baju-baju kat dalam kotak yang belum dikeluarkan
[ bukan taknak kuarkan sebenarnya, tapi kang lagi semak bilik aku sebab takder tempat nak letak ]
B dah sebok-sebok ajak aku kuar.
Takper la, aku sambung kemas ari sabtu lak



Keluar pun takder pegi memana sangat pun
Pegi mall kat pekan jer
Plan,
 B nak beli hadiah kawen untuk opismate dia
Dah settle barang dia, turn aku lak nak menyoping
Hahahaha
Takde plan gak aku pun nak beli apa
Last, bila naik kat tingkat 2, boleh lak terlalu kat depan satu kedai jeans ni
Dari luar macam best jer sebab korang boleh nampak satu kedai yang penuh dengan seluar jeans
[ aku lupa nak snap gambar kedai tu ]
Memang boleh tergoda la
Bila aku tengok brand, rupanya ni local brand, company dari Perlis
Gr Jeans... korang boleh tengok web dia kat sini
Tetiba jer rasa nak try jeans tu
Harga pun tak la mahal sangat, korang leh tengok kat web dia
B cakap ok, so haruslah aku sambar kan
Pastu dapat lak beg dia yang cantik.









Ari sabtu, lepas B pegi kejer
Aku teruskan misi mengemas bilik sampai la ke petang
Haaa.. tipu jap, macam mana tak sampai ke petang...
kemas-rehat-kemas-tido-kemas-makan, macam mana tak menyampai ke petang kan?

Tu jer la kot aktiviti hujung minggu aku
Dah abes dah



Sunday, June 20, 2010

NewBoRN

Teruja lak tetiba ari ni
Tadi tengah dok bermesej-mesej ngan adik aku kat JB nun
Ada berita gembira katanya

Finally
Adik aku peknen
Dah 5 minggu pun
Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga aku
Dijangka bersalin dalam bulan Februari 2010

Diorang berkahwin pada 31 Mei 2008
Setelah 2 tahun dalam penantian
Akhirnya makbul jugak doa korang kan dik
Tu la, Allah takkan hambakan setiap doa hambanya

Kepada korang-korang yang masih menunggu kedatangan buah hati
Bersabar dan bertawakal kepadaNya
Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya

**
Minggu lepas aku dapat tau cousin aku peknen
Sungguh tak diduga sebab anak bongsunya dah 8 tahun sekarang
Tahniah




UpDate sket....



Aku nak letak entry pasal weekend aku
Tapi...
Gambar lak lupa nak snap, nenanti la eh?
Takde pun aktiviti menarik
Cuma sesi habiskan duit je pun

Ari ni macam lemau jer nak buat kejer
[ tetiap minggu kalau ari ahad jer mesti lemau ]
Di kala kamu kamu  sedang bergumbira beristirehat di rumah
Aku lak dok melepak kat meja opis
ari jumaat aku lak yang cuti kan
Dah la malam tadi cousin aku yang sengal tu dok suruh aku EL jer ari ni
Nak ajak pegi padang besar
Tetiap kali balik kampung mesti nak ke sana
Ntah hapa yang dia borong pun aku tak tau
Kot yer pun nak ajak pegi bagitau la awal-awal
Dia ingat ni company aku kot
Malam ni katanya nak buat sesi girl's outing
Girl la sangat kan, dah sama-sama ada sorang anak pun
Plan nak pi tengok wayang
B dah bagi green light pun kat aku
E-cha boleh tinggalkan kat dia...
Wahh.. heaven


Aku nak pegi deting ngan B jap gi
Dia cuti
Cepat la pukul 12 [erk, bukan rehat kol 1 ker]
Sesekali takper kan aku asah skill pencilokan nih


**
 berpusing merata kedai nak cari no phone baru
     tapi tak jugak jumpa no yang berkenan di hati.
KIV lagi la nampaknya plan nak tukar no phone tu




Friday, June 18, 2010

FolloWer




Sebenarnya banyak blog aku yang aku suka sangat baca
As a silent reader,
tapi kadang kala ada jugak topik yang membuatkan aku teruja untuk memberikan komen
Kalau boleh, aku nak jadi follower kat semua blog tu




Tapi aku tak pasti apa yang dah menting-tongkan pc aku nih
Aku tak boleh nak view untuk kolum follower samada kat blog kamu-kamu atau pun kat blog aku sendiri.
Macam ni jadinya

*
*


Cuma kadang-kadang jer part ni boleh dilihat.
Betul weh, part ni aku memang dah tahap buta IT dah.
Sebab tu bila PnStoberi bagi aku award untuk follower ari tu,
Aku jadi blank jap.
Sebab aku pun tak sure bila aku follow dia
[ walaupun aku tak klik kat situ tapi memang dah lama tau aku baca blog ko, rasa-rasa dari blog cikstoberi lagi kan ]

Tapi, memang ikhlas dari hati
Ada 4,5,6,7,8 blog yang wajib aku bukak dan baca kalau aku free
Ada sesapa tak tau macam mana part follower aku tu boleh jadi camni ??

HELP ME PLEASE !!
**

lupa lak
Blog adalah diblock kat opis aku ni [ erkk, paham tak ayat nih?]
hanya boleh on facebook jer
tapi aku gunakan "hotspot shield" untuk bukak juga blog-blog kamu semua
[ hahaha, jahat kan  aku? ]
Last but not least

** pesanan dari penaja **
 




Thursday, June 17, 2010

Demam BoLa







Sana sini orang sebok dok bercerita pasal world cup
Tak terkecuali dengan B, semangat betul dia
Sanggup berjaga sampai ke pagi semata-mata nak tengok game ni
Pastu sesekali pulak keluar melepak di mapley
Baru feel katanya kalau layan bola ramai-ramai camtu
Kadang aku boleh jadi super sporting untuk lepaskan dia ke mapley cehh, ayat
Tapi ada jugak ketika aku tak suka dia melepak cenggitu
Tapi, kalau dah nama pun hidup berumahtangga kan
Harus la ada tolak ansurnya
[bila masa-masa macam ni aku selalu dok pikir, kan ker bagus kalau laki aku ni langsung tak minat bola...
Tapi impian tu sekadar impian la nampaknya...]

Atas sebab itu jugak, pepagi lagi aku dah gigih dok search jadual game kat  RTM
rumah aku takdak astro lagi, harap maklum.
bukan taknak pasang tapi mak aku tu fobia betul kalau sampai bil banyak-banyak kat umah.
Kalau ada pun bil air ngan elektrik jer.
Boleh la nanti dia layan jer bola kat umah.
Tapi setau aku,
Untuk world cup 2010 ni, banyak game ada kat ASTRO.
RTM kena la budget sebab untuk dapatkan hak siaran bukanlah sesuatu yang murah
[aku pernah kejer ngan rtm, so tau lah tahap mana mahalnya nak dapatkan title "penyiar berlesen" tu]

Selalu jugak B ajak aku pegi melepak menonton bola ngan dia
Tapi
 dengan nada angkuh selalu ayat ni yang aku jawab
"tunggu masa final jer la, dah sah-sah team favorite lawan nanti"
Giler confident jer aku nih kan???

Aku ngan B memang langsung tak sependapat dalam memilih pasukan pilihan.
Tunggu jer la nanti, team mana yang lagi ok
[kot tak, dua-dua kandas]

Ni team pilihan aku


jangan memain tau..
aku ada main dalam team ni
tapi worl cup tahun ni terpaksa direhatkan atas sebab-sebab tertentu


Dan
Yang ni pulak pilihan Mista B


aku taknak komen pasal pic ni bleh????



Korang lak sokong team mana tahun ni?

*
*
*
*

 T_T
World cup ni sebenarnya berkait rapat jugak dengan permulaan hubungan kami
Tengok la
Kalau ada feel aku membebel citer kat sini
[ hada korang kesah ke aku citer ke tak kan....??]



Wednesday, June 16, 2010

haishh





Jam kat desktop aku dah tunjukkan pukul 5.15ptg
Tapi aku still lagi kat opis..
Why hah?
Memang dah standart aku balik kul 5.45ptg
Tunggu B pick-up aku kat sini sebab dia habis kejer kol 5.30ptg
Entry ni memang bukan entry ilmiah
Aku menaip ni pun sebab dah takder apa nak buat
yer ker? banyak kejer sebenarnya tapi MALAS

Takper la...
Aku just nak buat rumusan ceh! ayat.... tetang politik semasa kat opis aku minggu ni
Pening bila dipikirkan balik
Kisah ditukarkan dan taknak bertukar
Si A dah bulat hati hati nak kuarkan Si B dari sini
alasan, prestasi tak sebaik yang diharapkan
Si B pulak masih mengharap simpati untuk terus berada di sini even surat & pengganti telah ada
[pengganti pun berat hati jugak nak masuk ke sini]
Dan
Hal ni masih ting-tong tanpa ada keputusan yang mutlak
Si B ni bos untuk unit aku & Si A the big bos

Masalahnya sekarang dah jadi macam pepatah melayu
" gajah sama gajah bergaduh, pelanduk yang tersepit kat tengah"
[ aku tau susunan ayat peribahasa ni dah tunggang langgang ]

Tu lah situasi aku sekarang ni sama gak ngan levelmate aku la
Nak buat kejer pun dah takder mood
Kang sapa lak nak proofkan kejer-kejer aku nih?
Sebab tu lah hari prestasi kejer aku adalah sekitar 15% sahaja
[alasan paling best dan logik kan]
Dari pagi aku asyik dok blogwalking, facebooking jerk

Harap-harap esok adalah keputusan yang baik.
Malas la nak jadi pakar kaunselor kat sini
Mana aku reti nak khusyuk2 teliti dok dengar luahan hati orang nih

Ok lah, till then....
Nak kemas-kemas barang dah..
Chowww



Aduhh..!! Nak tukar ke?



Tetiba aku macam nekad jer nak tukar no phone.
Sebenarnya dah banyak kali pun dok plan nak tukar no nih.
Tapi aku sayangkan no aku sekarang. camner nih?
Cantik la jugak susunan nombornya
Dan yang paling penting, ramai kengkawan aku ada no ni.
Memang la boleh kalau aku nak bagi semula no baru tu karang
Tapikan...
Ada sesetengah kawan tu aku dah terhilangkan contact diorang
Think positif.... facebook kan ada?


Malam ni dah plan ngan B nak pegi carik no cun.
Hahaha
Jadi ke tak, tak tau la kang.
Maklumla kan, pendirian aku cam lalang jer
Kejap kiri, kejap kanan...




Macam mana tetiba aku jadi nekad ????
Malam tadi tengah dok melepak bergumbira menikmati bihun sup kat kedai makan
Aku terima lagi text dari yang budiman itu
Tapi aku macam rasa si badigol soot tu jer yang taip text tu
Ayat dalam mesej tu telah berjaya membuatkan aku mengeluarkan air mata duyung.
emosi lak tetiba kan..?
Sedih sebenarnya terlebih bengang sangat masa tu.
Masa tu aku tak bagitau apa-apa pun kat B
tapi dia macam boleh rasa ada yang tak kena, yerla.. elok2 dok bergelak ketawa tetiba leh jadi super silent mode
Dah la bila sampai umah ada lak tetamu, pendamkan lagi. "sigh"
Pastu elok lak B dok mintak-mintak kat aku nak kuar pegi layan bola kat mapley
awalnya dia tak perasan yang team portugal ada game, kalau tak memang takder la asyik dok melepak kat kedai makan nun
Lagi la aku jadi sentap... dah perasan aku moody lagi mau keluar ker encik suami oiii
Nasib baik bila tengok mood aku yang tak betul, dia terus cancell plan.
Malam tadi baru la aku citerkan sumer kat dia
Bermula dari sini.
Ingatkan nak pendam sensorang tapi aku macam tak mampu jer.

** sekarang pun aku rasa down sangat bila ingatkan balik mesej yang aku dapat malam tadi **

Pesan B pada aku....
" Biar diorang jer yang sakit jiwa, tak payah nak layan orang-orang macam tu "

Khas buat si badigol soot a.k.a beruk
aku tau ko memang takkan baca apa yang aku tulis kat sini sebab ko tu buta IT
tapi aku nak bagitau jugak..
Jangan jadi hipokrit, bermuka-muka,
depan orang ko tunjuk engkau la manusia paling baik, bersopan santun, cakap lelembut tak macam aku yang terjerit-jerit bila marah.....
Tapi sebenarnya engkaulah manusia yang paling busuk hati yang penah aku jumpa sepanjang hidup aku.
Sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan apa yang ko nak walaupun hakikatnya tu bukan hak ko.
Dan aku tahu, Allah akan sentiasa bersama orang yang ikhlas dalam perbuatannya.
Apapun yang kita buat, ada balasannya.


** doakan semoga aku tabah selalu **





Tuesday, June 15, 2010

Hilang mykad





Korang penah hilang mykad tak..?
Aku memang banyak la jugak dapat sejarah part ni
Tiga kali mykad aku hilang.
Gilerr ah bila pikirkan balik

First
Kalau tak silap aku around 2001.
Masa tu stay ngan pakcik aku kat Sungai Besi, kejer lak kat Plaza Pengkalan, Jalan Ipoh
Memang aku ulang-alik naik LRT jer.
Satu hari tu, aku balik awal sket dari biasa, lebih krang kul 3 petang kot.
Naik cab dari opis and berenti kat area Tabung Haji Jln Ipoh sebab aku nak pi amek LRT Pekeliling.
Aku pakai sling bag masa tu tapi just sangkut kat bahu jer.
Tengah jejalan kat tepi bangunan tu lar aku kena ragut.
Memang kuat jugak la dia tarik beg aku tu, sampaikan aku tersungkur jatuh.
Yang aku ingat 2 orang naik motor yang ragut aku tu.
Dalam beg tu ada handset, cermin mata [dah tau rabun, tapi spek letak dalam beg] ,mykad, kad ATM & yang lelain aku tak ingat sangat sebab bukan barang penting.
Nasib baik la duit-duit aku letak dalam poket seluar tapi memang tak banyak la.
Yang sedihnya  mykad aku tu baru jer aku collect kat JPN hari sebelumnya [masih panas lagi]
Yang tu bukan hilang tapi aku tukar dari i/c lama yang buat masa Form 1.
Giler panik sampai tak tau nak buat apa dah.
Nasib la ada sorang abang teksi datang & bawak aku gi Balai Sentul buat report.
Dah sampai balai boleh lak diorang taknak terima report aku sebab ada luka kat badan dan suruh pegi check-up. tak teruk pun luka tu sebenarnya.
Dah tu, pegi la Balai Polis Dang Wangi, baru boleh buat report.
Nasib baik la abang teksi tu sedia membantu.
Dah settle kat balai terus dia antar ke stesen LRT, aku nak balik Sg besi.
Sarjan kat Dang Wangi tu siap bagi aku duit lagi buat tambang balik.
Bila buat semula mykad  free kalau tak silap aku


Second
Masa tu nak balik kampung ngan opismate aku, Shida.
Tahun 2003 kot.
Kitorang ambik bas kat Puduraya.
Silap aku kot, boleh pegi letak beg duit dalam beg sandang belakang tu.
Sambil tengah dok berebut rebut  beratur nak naik bas tu aku memang rasa macam ada orang pegang beg aku tu tapi bila pandang takder pun. So, ignore jer la.
Bila dah lama kat atas bas tu, baru terasa nak check beg duit.
Aku bukak jer beg, tinggal beg duit shida jer kat dalam tu.
Beg aku dah yilek pocik.
Bengang memang la bengang tapi cam boleh gelak lagi la masa tu.
Bukan apa, dalam beg duit aku tu ada RM50 jer, padahal dalam beg shida tu ada RM300
Salah target la ko wahai pencurik.
Pastu burn lak duit aku RM50 masa pegi buat mykad baru.
Sebab dah kali ke-2.
Padahal bukan salah aku kan?


Third
Ni jadi dalam tahun 2005-2006 aku dah tak brapa nak ingat dah
Yang ni memang aku tak perasan langsung bila hilangnya.
Ada satu hari tu tergerak hati nak godek-godek beg duit aku.
Nak buang apa yang tak sepatutnya.
Masa tu la aku perasan mykad aku takder.
Memang dah tak boleh nak ingat dah kat mana aku letak.
Besoknya, masa pegi buat report pun memang text yang sama aku bagi kat encik polis tu.
Hilang ingatan jap.
Lepas tu bila pegi JPN, memang lagi banyak la denda yang aku kena bayar.
RM80-100 kot... dah tak ingat dah amaun dia tapi yang pasti memang kena bayar la.
Kali ke-3 dah wei.
Sampaikan akak kat JPN tu cakap kat aku....

"lepas ni hati-hati sikit dik, ni dah kali ketiga dah, takut nanti kena syak jual mykad kat warga asing lak"

Lepas akak tu cakap camtu baru aku terpikir.
Memang ada kemungkinan jugak kan benda tu jadi.
Tapi kes aku ni memang betul-betul hilang pun.
So, nothing to worry [ayat nak sedapkan hati sendiri jer nih]
Part yang paling menghampehkan pada aku.
Ada satu hari tu aku demam, so pegi la ke klinik yang biasa aku pegi tu
Nak register kan kena bagi mykad
Bila minah yang jaga kaunter tengok jer mykad aku, terus dia cakap cenggini

" larr.. akak pegi buat i/c baru ker? i/c akak ada kat kitorang la. Naper tak datang ambik? Dah lama pun simpan kat sini tunggu akak datang ambik"

Jadi blurr jap aku.
Aku rasa lepas hilang mykad tu ada gak la 2-3 kali aku ke klinik tu.
Tapi tak der la pulak diorang bagitau apa-apa kat aku or display jer la kat cermin tu kan?
Kalau aku tak pegi, mebi kengkawan aku boleh nampak.
Kot tak pun, tolong la poskan ke alamat mykad tu.
Dah kalau aku tau menda tu ada kat korang, idak ler aku rela nak membuang duit kat JPN nun.
Betul la hampagas jadinya.


*****************
Pagi tadi B bagitau kat aku yang dia nak pegi tukar i/c yang baru.
Cip mykad dia dah rosak.
Memang problem la jugak.
Ari tu pegi maybank nak tukar kad ATM yang rosak pun tak boleh
Dah la takder buku akaun.
Aku pun cam berkira-kira nak tukar jugak la tapi perlu ke tak eh?
reason aku sebab muka nampak tembam jer... boleh ker
hahahaha... lagi mau tukar ka?

Monday, June 14, 2010

MaRah,SeDiH,GeRaM

Mood aku hari ni agak tak berapa nak betul.
Memang macam tajuk entry nih la lebih kurang
Aku rasa cam susah jer nak citerkan sume kat sini
Yer lah
Ni melibatkan ramai pihak
Kena la jaga jugak hati orang lain.
Walaupun sedikit sebanyak hati aku ni tercalar.



*
*
*

Seawal pukul 6 pagi aku dah terima satu mesej dari seseorang yang jauh.
Pelik...
naper lak mesej tu boleh sampai kat dia padahal sepatutnya khas untuk seekor beruk.
Memang ayat aku sungguh berbudi bahasa dalam text tu.
Jangan ingat aku boleh berbahasa bagai mau meminang anak dara orang bila perangai ko mengalahkan binatang.
Seseorang itu jugak text aku dengan ayat nih...
"naper bagi mesej macam tu kat dia?"

Weehhhhh...
Walaupun kau antara orang yang sangat aku hormat tapi aku memang tak rasa langsung bersalah dalam hal ni
Memang beruk patut dibahasakan macam tu.
Aku tak tahu apa motif beruk tu ke sana
Wahai insan budiman, kamu tak tahu ker yang dia ada agenda lain kat sana.
Kononnya sakit, kenapa perlu merantau beratus-ratus kilometer untuk meraih simpati
Famili beruk tu kan ada?
Naper korang pulak nak kena kisahkan pasal dia??
Tak terpikirkah memang ada udang di sebalik mee...
Mulut memang manis tapi sebenarnya hati beruk tu hitam macam arang.
Takkan ko langsung tak tahu perangai beruk tu,
 padahal aku rasa dah banyak kali kau kena ngan dia.

Marah
Memang aku marah sangat sangat
First
Untuk beruk - ko tak reti nak bertaubat ker? tak abis-abis nak menghancurkan orang lain
Untuk insan budiman - melayan tetamu tu baik tapi pada aku beruk tu bukan tetamu tapi hantu

Sedih
Untuk insan budiman
Bertahun-tahun korang kenal aku, tapi macam senang jer korang pecayakan beruk tu. Kalau benda tu betul takper la jugak tapi kalau dah namanya pun beruk kan....

Geram
Aku tak pasti pada saper yang patut aku geram tapi memang aku tengah geram.



 ***************
 aku tau korang memang takkan paham entry aku yang nih
  just untuk lepaskan tekanan perasaan.