KaMu HeBat

Top Comment :

Monday, January 31, 2011

SunYi DaH

rasanya
minggu adalah minggu yang agak sunyi sepi kat KL nun
wah wah.. cuti sakan eik korang sumer
mentang la ada double celebration kan
kalo kat sana lagi, mesti aku pun berkobar-kobar jugak nak bercuti camni
sapa tak nak kan
apply cuti dua hari jerk, dapatnya sampai sembilan hari




kat sekitar Jitra dah jem pun malam tadi
sumer tempat ramai orang
itu tandanya dah ramai warga kota yang selamat tiba kat kampung terchenta gamaknya






bestkan jadi rakyat malaysia
banyak betul cuti umum
tiap-tiap mesti ada
tapi kalo dapat cuti berterusan yang macam ni baru best
mesti penuh dah sumer tempat-tempat bercuti popular nih
kami pun mulanya bercadang nak ke langkawi
ke sana jerk kejernya, mentang la dekat kan
tapi bila dipikirkan
baik pegi weekend biasa
tak selesa pulak kalo sumer tempat penuh dengan manusia
lagipun aku bercuti empat hari jer
sebab kat sini tak dipanggil wilayah kedah
yang ada pun cuma wilayah celcom




AKu PeRLuKaN ELaUN KRiTiKaL


dalam badan kerajaan
elaun kritikal cuma diberikan kepada pegawai yang menjawab jawatan yang agak berisiko
contohnya badan penjaga letrik jentera
ni jer contoh yang boleh aku bagi sebab aku tak ingat
mana-mana penjawat awam yang kerjanya kat dalam opis
memang gelap la harapan nak dapat elaun ni
tapi kan
boleh tak kalo kiter try apply elaun nih?
ko jangan ingat kejer kat dalam opis takder bahaya
baru tadi bahaya nak menimpa aku
so, korang
sila berhati-hati semasa kejer yer?

naper??
tak cayer ker aku dapat minor accident tadi
meh aku kasi bukti
nak jugak ambik gambar
senang nak claim insurans nanti


sila abaikan kegedabakan tangan aku tu
fokus kat target utama


dah selalu sangat menda ni jadi kat aku
terkena penjuru fail kulit keras, kena kertas la
bukannya sedar pun
alih-alih rasa pedih jer bila terkena air
tu tak termasuk la tersepak kerusi bagai
bak kata orang kedah
aku ni spesis loq-laq sikit


Sunday, January 30, 2011

HisHhhh

kenapa hidup kita terlalu kompleks untuk diharungi






Wednesday, January 26, 2011

LePaS SaTU BeBAN

isnin lepas
balik jer dari kejer
terperasan ada satu surat untuk aku elok terletak kat atas TV
tengok sampul ada tulis "urusan seri paduka baginda"
comform la berkaitan ngan badan-badan kerajaan
masa tu langsung tak teringat apa-apa pun
bila buka  rupanya surat dari JPA
kiranya memang sampai on time la kali
bagus dah staff gov nih edisi masuk bakul sendiri angkat
klik kat sini untuk cerita dahulu






semalam
dengan semangat jitu dan padunya
semalam jugak aku dah berjaya selesaikan proses perberhentian gaji
katakan tukang proses gaji staf, harusla diutamakan yang sendiri punya
Alhamdulillah
bermula Mac 2011 nanti
kurang satu lagi list kat sebelah kanan payslip aku tu
pelarasan gaji untuk tahun 2010 pun aku masukkan kat Mac jugak
hah kau.. orang lain dah dapat gaji baru 2011, aku baru nak merasa yang 2010



Tuesday, January 25, 2011

CuBaAN YaNg Tak BeRaPa Nak MeNJaDi

hari tu tengok ada stok tembikai yang banyak  kat umah aku
terus terpikir nak buat watermelon smoothie
potong kecik kecik terus simpan kat tempat beku
ikut resepi simpan 4-5 jam jer
tapi aku bantai simpan sampai 2 hari sebab lupa nak beli susu segar ngan yogurt
semalam baru agenda dapat dilaksanakan


sama tak dengan resepi asal smoothie ni korang rasa?
abaikan ketogelannya
tak kuasa nak berdeko-deko bagai

*
*
*
*
*



imej dan resepi adalah dari
MYRESEPI


pasni kita tukar selera pulak
memandangkan sekarang memang akan ada banyak stok buah seperti gambar kat bawah ni
kita kasi tukar perasa lak
jangan ada yang sakit perut dah la nanti
amacam..
ada berani tak?




Monday, January 24, 2011

TeRiNGaT MaSA Tu





gambar 1st - buku merah
kejadian adalah sekitar 2 plus tahun lepas
macam terbayang-bayang lagi masa dok peknenkan si e-cha ni
dok ulang alik ke klinik kesihatan medan jaya untuk check up
memang la hazab sebab 2-3 jam dok menunggu kat sana
jadi best bila dah start check up kat ppum
1/2 jam dah settle
pastu selalu doktor2 kat situ offer kat aku mc sampai 2 hari
tapi atas hal yang tak dapat dielakkan
aku akhirnya selamat bersalin kat hospital sultanah bahiyah
si echa nak jugak jadi orang kedah gamaknya

gambar 2nd - scan
aku memula scan dah agak lewat masa tu
first time scan dah tau pun jantina baby
memang sah la girl
masa aku peknen B penah mimpi yang kami dapat girl
pastu lagi dia suka sangat pakai baju kaler pink
sekali ngan aku diharungnya beli
ishh.. bukan kaler aku la tu
nasib sekarang ni echa pun tak brapa ngan kaler pink
apa-apa mesti cakap kaler merah
merah takper.. pink takmo hokeh


gambar 3rd - tanda gerak baby
aku tak ingat actual time start buat ticking ni
tapi ko kena buat hari-hari
sekali baby gerak, tick jer kat jadual tu
pastu tulis pukul brapa untuk gerakan ke-10 tu
ni kadang-kadang kalo dah kat opis mesti aku lupa nak tanda
nasib ada sorang akak-baik-cantik ni yang selalu ingatkan aku pasal ni


alhamdulillah
sepanjang tempoh mengandung
aku takder alahan yang teruk
cuma 2 minggu jer kot datang loya-muntah tu
pastu dah ok
perut lak adalah tecit sampai bos aku pun confius aku ni bebtul peknen ke tak
tak der satu pun uniform mengandung yang aku beli sebab aku boleh pakai baju kurung walopun dah dekat nak due save budget laki aku
lagi satu, dah dekat nak due pun boleh selamba badak naik bas balik umah
ni gara-gara bengang ngan B lewat amek aku kat opis
menakutkan bila dipikirkan balik
nasib baik aku tak terberanak kat dalam bas tu
kot tak nanti kat tempat lahir tu nak letak apa eh?
ngam-ngam sebulan sebelum due aku
sempat lagi pegi majlis bertandang pnstoberi
reen ~ ko ingat lagi tak?
berpusing pusing aku ngan chomby cari umah ko
dah jumpa memula tu tapi dengan confidentnya aku cakap kat chomby tu bukan ko
muka ko lain sangat masa tu
balik dari majlis reen
sempat lagi berdating ngan kawan aku kat amcorp mall
sebab dia ada berita hot nak digussipkan
masa tu B kejer, memang aku pegi sensorang la ke sana
lagipun apa barang kan nak gussip ajak laki
adalah tidak best kan?
kesan dari peristiwa hari tu
 terus kena perintah berkurung
boleh keluar hanya kalo B ada sekali jer


Sunday, January 23, 2011

HePPy BiRtHDaY


sticky post
sehingga 23 Januari 2011



AiSYa SYaZWiNa
23 Januari 2009 @ 9.39pm




Selamat Hari Lahir
Semoga anak papa dan mama jadi orang yang berguna nanti
dah dapat pun hadiah
aku ngan B belikan dia subang
 ke anting-anting eh? aku tak reti nak beza antara 2 perkataan neh
dah lama pun pegi tembak telinga tu
bulan Julai/Ogos lepas
pastu bagi dia pakai yang jenis paku
tapi macam tak ok sebab selalu tercabut
pastu kalo tak selalu tengok jadi macam terbenam masuk dalam isi


MeH SiNi NaK BaGITaU

tajuk macam ntahapahapa jer kan?
padahal bukan nak bagitau apa sangat pun
aku cuma nak share ngan korang
2 jenis makanan yang aku suker sangat sekarang nih
dan yang pastinya
aku cuma boleh jumpa menda ni kat kedah jer kot
tak tau la kot ada kat tempat yang aku tak tau


buah kerkob /rekob




sekarang memang tengah musim buah nih
rasanya kelat-kelat manis
kat umah aku memang la takder pokok nih
slalu kalo tiba musim aku selalu pau kat umah jiran makcik aku
sekali pergi
satu plastik besar aku bawak balik
kalo yang kurang masak tu sedap kalo dicecah dengan colek
colek orang utara dipanggil garam belacan - garam, belacan, gula & cili diblend bersama biar sebati
ada dijual jugak kat pasar pagi
tapi jarang la kot nak jumpa


kuih dangai



aku tak pasti bahan-bahan untuk buat dangai nih
tapi kalo makan yang panas-panas tu
memang la sedap
terasa harum kelapa parut
tapi sekarang ni macam susah jer nak dapat even kat pasar malam pun
tak ramai kot yang tau nak buat kuih nih
dedulu masa kecik aku panggil ni kuih gerek basikal
kan ke bentuk dia cam tempat kita pijak nak kayuh basikal tu kan?


tambahan info

sagon


owwhh
semalam dah diadakan gotong royong kat umah aku semata-mata nak buat sagon nih
ni sumer angkara jiran aku la
dok merengek kat mak aku nak makan yang homemade punya
padahal umo dia dah 40an dah pun
aku rasa ni la first time tengok mak aku nak masak menda nih kot
kitorang yang anak ni pun tak penah nak demand
apa lagi
laki bini la dikerah sediakan bahan-bahan dan jadi tukang kacau
mak aku mana boleh pegang sudip
katakan master chef
tak susah rupanya
kasi blend beras untuk dijadikan tepung
kelapa parut
kasi goreng tanpa minyak asing-asing sampai masak
pastu bila nak makan campor ngan sedikit gula & garam
tetiba teringat zaman kanak-kanak dulu
sagon ni dijual kat dalam plastik ais malaysia
pastu tersembur-sembur bila makan

TiPaH TeRTiPu


di suatu petang yang hening
tiba-tiba datang seorang ofismate menanyakan password untuk HrMIS aku
bila ditanya kenapa
dijawabnya untuk diberi kepada penilai le-2 nak view SKT aku
masa tu aku tengah sibuk menyiapkan perubahan gaji kakitangan
tanpa banyak soal aku pun bagi la password tu
sebab yang mintak tu memang orang yang incharge Hrmis kat opis

semalam masa kat rumah
baru terdetik balik pasal benda nih
eh, apahal pulak penilai ke-2 kena bukak satu-satu SKT staff
bukan ker bila penilai pertama hantar
automatik jer kuar list tu kat dia
pastu pagi tadi kebetulan terserempak dengan penilai ke-2 tu kat depan opis
malas nak tambahkan serabut kat dalam kepala
aku pun terus la tanya kat dia
jawapan yang memang dah aku jangka
takder la pulak dia mintak katanya
hah.. kan betul firasat aku
si polan tu tengah siapkan SKT dia masa hari kejadian
sebab baru jer putus sandang kat opis lama
okay, kali ni aku dah betul-betul hangin satu badan
kot yer pun nak tengok contoh
mintak la elok-elok kan
tak payah la dengan cara menipu camtu
bukannya aku tak boleh bagi
 memang ada pun aku buat draf simpan kat dalam pc nih
untuk buat rujukan

apa yang dia buat ni buat aku makin menyampah
agak-agak korang boleh terima tak perangai macam nih?



Friday, January 21, 2011

LeMPaNg Nak?






kalo tak puas hati
baik cakap depan-depan
tak payah la nak perli perli kat orang lain
masa meeting pun boleh cakap
ni bila tanya, takder masalah
tapi bila keluar jer
macam macam yang dibebelkan

tahap lagi kelakar
boleh pulak pertikaikan kerja yang aku buat yadda yadda..
padahal tu kejer dia
aku sekadar tolong sebab dia MIA missing in action masa tu
bukannya tugas hakiki aku pun lagi
please la.. 2011 baru aku take over secara rasmi
patutnya cakap la terima kasih
pasni bila ko meletup nanti
jangan harap la aku nak tanggung kerja tu
setakat dapat RM400 tapi derita jiwa raga buat apa kan
dah katanya serba boleh
aku pun boleh.. boleh jalan la !!


***
mintak hampun mintak mahap
kadar kepanasan adalah tinggi untuk entry kali ni


Thursday, January 20, 2011

CeRiTa SeMaLaM


tengahari semalam dah set nak kuar lunch sesama
bukan dengan saper pun
adik-adik ex-kontrak kat opis aku neh
sajer nak blanja sebab nak tebus tak pegi masa kenduri dia awal Disember ari tu
malas pikir nak carik hadiah
blanja makan suda
tadi berdating la kami bertiga kat Kenny Rogers
kan aku dah cakap, mesti lari punya angan-angan semalam nak makan prosperity McD tu
all time favorite aku kalo makan kat KR neh




try order tropica paradise lak
selalunya asal masuk sini mesti minum iced lemon tea

pastu on the way balik
singgah jap kat ASNB Alor Setar kat Shabah Perdana
nak settlekan urusan bukak akaun untuk si kicik e-cha
ari jumaat lepas dah datang pun
beria-ia dah nak bukak akaun tu
tapi ntah camna boleh lak terlupa bawak sijil lahir dia
padahal dah set kat kepala dah nak pi bukak akaun




kalo kanak-kanak diorang cadangkan untuk bukak akaun ASW2020
boleh rujuk kat  SINI
yang buku ASB tu pulak mak aku yang punya
mintak tolong updatekan
aku punya dah update pun ari jumaat ari tu
lega dah settle bukak akaun untuk kicik nih
kot tak asyik bertangguh jer
mak aku la jadi mangsa tukang simpan duit dia
kalau bagi aku simpan, kot aku simpan kat mall la jadinya nanti

ok la
tu jer aku nak membebel pagi nih
kepada korang yang bercuti ari ni sempena Thaipusam
aku ucapkan

SELAMAT BERCUTI
waaaaa.. apasal kedah tak bagi cuti hari ni

Tuesday, January 18, 2011

MeRiAH





analisis keywords kat nuffnang aku minggu ni
meriah la pulak aku rasa
selalunya ada dalam 2-3 ketul jer
kesian la sesapa yang terjerumus ke lemah hina blog aku nih
mesti tak dapat info yang dihajati
tapi apapun kira ok la
at least pak cik google telah menjalankan tugas dengan jayanya
terima kasih la yer
sebab kasi up aku nyer traffic
hasrat hati nak kumpul riban2 guna nuffnang tahun nih
kira macam azam selebet aku di tahun 2011 la
agak-agak korang tercapai tak impian dan azam aku ni?
pasni aku nak selitkan la dengan entry-entry ilmiah kat blog ni
biar kita sumer jadi orang-orang yang cerdik pandai pasni
yang dah sedia cerdik tu, mesti akan jadi super genius lepas baca blog aku
tak pasti la tahap ilmiah tu cam mana nanti
kot tahap *mengabihkab boreh* tu
maapkanla tuan tanah yang serba kekurangan dan kedaifan ni

TeRinGiN

tetiba macam teringin jer nak makan menda alah nih
tetiap tahun pun mesti nak jugak
sebab dia cuma muncul sekitar CNY jer
walopun aku dah menda lain yang rasanya lebih kurang sama
tapi tetap jugak nak makan menda nih




bukannya tak boleh nak pegi ke McD ni
tapi bila dah balik umah tu cam malas jer nak keluar
lagipun aku tak pasti
kenapa McD ni tak der kat Jitra
kalo fast food lain bersepah pulak aku tengok
KFC jer dah 2 tempat, pastu dengan RFC la
SR, Pizza...
tapi apasal ntah tak wujud pulak McD ni kat sana

Dah la B tak minat sangat ngan burger2 neh
tak per la
esok dah set ngan geng-geng gussip nak keluar lunch
boleh la pegi layan McD kot
kott.. takut selera berubah dalam perjalanan


Monday, January 17, 2011

Aku SeBOk ISi SKT


dapat email suruh isi SKT dari pegawai IT aku
dari ahad lepas lagi kalo tak silap
dah katanya due date 16hb
sempat lagi la nak melengah-lengah
lupa pulak yang 16hb tu cuti umum untuk negeri Kedah
sempena hari Keputeraan Sultan Kedah ke-83
hari ni la baru nak terhegeh-hegeh buat
bila dah ramai yang online nak settlekan SKT
kadar kelembapan line adalah sangat tinggi
nyaris tak berjanggut nak menunggunya loading
tu lar kan
saper suruh buat kejer last minit
beginila jadinya
tapi takper
baru kejap tadi aku telah selesaikan misi ini dengan jayanya
aku ni tahap PYD jer, sikit jer la nak isi
maunya ke tittle PPP ke
penat jugak weh nak menunggu line yang lembab nih
tahun ni nak start cuti pulak via hrmis ni
tak tau la cemna nanti
pnstoberi.. sila beri komen anda


DAh SeMBiLaN TaHUN


patutnya entry ni aku letak pada
ari Jumaat lepas





14 Januari 2002 - sekarang
tak sangka eh
dah dekat 10 tahun pun aku berkhidmat untuk negara
dan menggunapakai terma "saya yang menurut perintah"
macam-macam pengalaman yang aku dapat dalam tempoh tu
pahit manis payau masin masam
semuanya ada

tapi rasanya sekarang ni
aku tengah hadapi masa yang payau kot
tak berkenan langsung la
masa ko takder boleh jer aku ambik kejer ko
apahal la ko dah ada, berkira sangat part kejer
dah la jadi batu api satu hal
kalo datang kejer tu
sucikanla hati sket
kejer dengan ikhlas hati
kan ker lebih berkat duit tu
dah la pepagi ni aku dapat tau lagi satu berita hot
ada hati rupanya
tapi takper la
mana boleh paksa-paksa orang
kalo dah takder minat nak stay kat sini kan
dipersilakan la berambus
masa nak masuk sini beria-ia janji itu ini
bila dah diterima
macam macam hal yang dibuatnya
betul kata Dr M
memang Melayu mudah lupa




Thursday, January 13, 2011

SuDaH DaPaT PeRKeNaN

ingat lagi entry aku pasal INI ?
akhirnya...
dah dapat pun idaman kalbu semalam
tapi lari sikit dari apa yang aku hajatkan
ingatkan nak beli touch screen 5250 jer
bukannya aku nak guna sangat pun kan aplikasi lelain selain dari call dan mesej
tapi setelah mengambil kira pendapat sekeliling
aku ngan B bersepakat nak ambik C6
spec dia korang boleh tengok kat SINI
ok la kot
baru jer nak cuba-cuba pakai
harap-harap panjang la jodoh phone ni dengan aku
kot tak asik nak menukar jer
memang tak terkejar la kan sebab segala macam gadget ni cepat jer bertukar
lagi satu jangan jadi macam slide phone aku dulu dah la
hancur dikerjakan dek si kecik e-cha tu
malam-malam sebelum tido mesti suruh aku onkan phone
sebab dia nak tengok gambar-gambar kat dalam tu
budak-budak zaman sekarang kan
aku dulu dah kejer baru nak merasa pakai handphone ni
kot tak pakai jer la phone rumah atau pun bergayut jer kat public nun



hoyyehh...
hadiah tahun baru 2011

Wednesday, January 12, 2011

AkiBaT GaTAL TaNGaN


ish ishh
mencik betul la
tak pepasal jer aku neh
tu lar akibatnya kalo dah gatal sangat tangan tu
tetiba lak aku terklik kat cashout nuffnang tu
ingatkan nak tunggu biar cecah ratus dulu
ni baru RM67 jer pun
boleh tarik balik tak agak-agak kalo tak mo cash dulu eh?
tapi bila pikir balik, biar jer la on kan
nak gak rasa duit hasil berblogging nih
walaupun tak sebanyak mana
tetap jugak rezeki kan





SaYa ADa BaSiKaL BaRU

weekend lepas
setelah lama tertangguh
pegi jugak mencari basikal untuk si echa nih
dah lama pun dia dok angankan basikal ni
kami bukannya takmo nak beli
tapi sajer nak tunggukan dia membesar sket
kang beli basikal yang kecik kejap jer gunanya
dah alang-alang membeli biar la lama sikit gunanya kan
kata kan nak jadi pengguna bijak

beli basikal takder nya dah kat kedai sekarang nih
terus je ke kilang kat Bukit Pinang nun
gaya macam nak memborong banyak jer kan
bukan apa, kalo ke kilang dapat la harga di luar jangkaan nanti
harga basikal ni aku dok survey kat kedai-kedai around RM150-180
korang tau brapa harga yang aku dapat masa beli kat kilang nun?
RM70 jer tau
separuh dari harga kat pasaran
huh, jimat.. jimat








keluar dari kilang
singgah pulak kat kedai gudang  perabot Big Ship
mak aku nak beli almari letak koleksi pinggan mangkuk dia pulak
kat atas tu
aksi hati riang gumbira setelah dapat basikal baru kaler pink
sempat lagi pau aku nak bangku kepala itik tu
nasib baik tak mahal sangat



PokoK VaNiLa


okay.. aku nak bagi info kat sini
dah macam makin popular pulak pokok ni kat Malaysia
semalam tengok kat TV pun dah orang yang tanam pokok ni kat sabah
kang membiak la tu sampai ke semenanjung
 ke dah ada.. aku je yang tak tau


POKOK VANILA




image : google



Vanila adalah sejenis orkid tropika yang memanjat, dengan batang yang berisi, panjang dan berwarna hijau. Mempunyai tunas akar yang melekap pada pokok tumpang. Menghasilkan bunga berwarna kuning dan oren, berjambak, satu bunga sahaja akan mekar dalam sehari selama dua bulan. Vanila adalah tanaman tropika yang tidak boleh tumbuh dengan semula jadi pada suhu yang tinggi. Untuk penanaman, vanila memerlukan pokok pelindung untuk mengawal suhu.

Secara semula jadi, vanila hanya didebungakan oleh kumbang Mexico dan burung madu yang mampu memecahkan membran yang membahagikan pistol dan stamen. Usahawan Eropah telah memindahkan vanila untuk ditanam di lokasi tropika lain tetapi tidak menghasilkan buah. Sehingga tahun 1836, apabila seorang botanis dari Belgium, Charles Morren, menyatakan bahawa bunga vanila ini tidak didebungakan dan memerlukan tenaga manusia. Pada tahun 1841, Edmond Albius seorang bekas hamba dari Kesatuan Pulau French, mengesyorkan cara pendebungaan tiruan dengan menggunakan pencucuk buluh untuk memecahkan membran dan menyapukan debunga dengan ibu jari. Cara ini telah mendorong dalam perkembangan pertanian vanila dan cara ini juga telah diguanakn hingga sekarang.

Buah vanila akan mengambil masa kira – kira sembilan bulan untuk matang dan akan mula dituai apabila hujung buah vanila mula bertukar warna kehitaman. Hingga sekarang proses pengeluaran buah vanila memang memerlukan masa yang panjang dan sangat rumit. Selepas dituai, buah vanila akan dibalut dan disimpan ditempat yang bersuhu tinggi dan kering untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Seterusnya vanila akan dikeringkan di bawah cahaya matahari selama sehari dan akan disejukkan pada waktu malam untuk beberapa hari. Pada peringkat ini buah vanila akan berwarna kehitaman, berminyak dan mudah lentur. Kemudian buah vanila akan dibiarkan mengering dalam kawasan terlindung selama dua bulan. Buah vanila kemudianya akan dipilih mengikut gred dan akan ditempatkan dalam kotak untuk proses seterusnya dalam masa tidak melebihi dua bulan.


info : vanila

Tuesday, January 11, 2011

GiLeR Ko TaK CUaK

petang semalam lepas balik kerja
lepak-lepak kat rumah
pastu ada akak depan rumah datang borak-borak
diorang ni laki bini kerja kat TUDM alor setar
dok borak-borak tu dia cakap la kejap lagi nak pegi kenduri
tengah tunggu husband dia balik
aku pun jadi pelik la jugak sebab selalu pegi balik kejer sekali
dah nama pun seopis kan
dia bagitau yang husand dia kena stay back sebab ada kapal latihan yang tak boleh nak mendarat
ada masalah teknikal
tak boleh nak bukak tayar untuk landing
kebetulan pulak ada dengar bunyi kapal
kitorang keluar dari rumah nak tengok
ada 2 buah ke bijik tengah dok berlegar-legar kat udara
akak tu cakap salah satu kapal tu la yang tak boleh nak mendarat
apahal la ko dok berlegar kat kawasan rumah aku neh
pegi la jejauh
dah la kem TUDM tu lebih kurang 7-8km jer dari rumah aku
tak tau apa jadi sudahnya
yang aku tau husband akak tu sampai rumah dah sekitar pukul 8mlm
harap-harap selamat la semuanya
ngeri wei bila dok pikir kapal terhempas nih
kang kalo lelama dok berlegar tak ke habis minyak tu

ni kalo tak silap aku jenis kapal latihan tu
pilatus ker hapa ntah nama dia

Monday, January 10, 2011

DaH SeTTLe

hari tu aku ada dok membebel kat sini
susah benar nak bayar guna mygovt tu
aku dah la buta IT kan
lagi la macam susah rasanya
hari tu aku tunggu biar diorang update dulu data pinjaman aku kat mybayar tu
tapinya bila dah update
dia cam auto lak jumlah untuk aku bayar
yang appear cuma jumlah untuk payment bulanan
pastu takleh lak nak ubah amaun kat situ
sungguh memeningkan

last aku decide nak guna jer maybank2u
senang sket
lagipun aku memang dah biasa guna maybank2u ni untuk bayar bil-bil
mesra pengguna kekdahnya
pepagi la tadi aku dah tercongok kat maybank
nak masukkan duit yang secukupnya  ke dalam akaun aku neh
balik opis try nak bayar kat JPA


nak cepat klik jer go tu
terus ke bahagian bil payment

klik kat educations loan

no bil akaun tu selalunya ada kat surat arahan bayaran balik JPA,
tapi aku punya kes surat tu ntah ke mana perginya
call terus ke JPA  jer, nanti diorang boleh semak akaun no untuk kita




dah bayar sumer
call lak kat JPA untuk diorang keluarkan surat arahan kepada majikan
untuk stopkan potongan gaji aku
fakskan sumer resit aku aku print via maybank2u sebagai bukti bayaran
memang menda tu JPA akan update tapi sebagai langkah berjaga-jaga
baik  print dan fakskan dulu ke JPA
kat sini aku memang tak bayar full amaun sebab potongan gaji masih lagi berjalan
aku ambik kira potongan gaji sehingga Februari 2011
 ni pun aku rasa mesti terlebih potong jugak nanti

***
suka pulak aku bila call JPA - unit bayar balik pinjaman ni
mesra pelanggan
call pun tak payah nak tunggu lelama
pastu takder la jadi bola kita nih
sesetengah tempat tu,
nak sampai 3-4 kali dok pass line kita ntah ke sapa-sapa
seksa dok menunggu jer lebih
bercakap langsung tak boleh




Sunday, January 9, 2011

TeRiMa KaSiH


masuk jer kejer setelah seminggu bercuti
mestila kena belek belek blog ternakan kesayangan  ni jugak kan
terperasan pada bilangan follower blog aku
uishh, dah naik jadi 25 orang la
hahaha.. kecoh jer kan
macam la dapat 2,500 follower
terima kasih la kat korang sumer eh yang sudi nak follow blog hampeh nih
aku tau, ada sesetengah blog tu aku tak follow pun balik
aku penah citer dulu sebab al musababnya
rajin tak godek carik?
takper, aku tau korang takder masa nak bukak balik entry lelama tu
meh sini aku linkkan sebabnya ------ >>  FOLLoWeR


kepada korang sumer
terima kasih banyak-banyak yer sebab selalu naikkan trafic aku neh
yang tak follow pun tapi selalu datang menjenguk
terima kasih jugak
ada silent reader tak yang baca blog aku nih?
huhu.. pun terima kasih jugak yer
nanti aku fakskan kfc eh?