KaMu HeBat

Top Comment :

Thursday, July 29, 2010

Nak ReLax


okey
kengkawan sumer
aku nak pegi berhibernasi kejap
nak hilangkan saki baki stress kat dalam otak aku nih
harap-harap berkesan
jap g dah nak balik
tengah tunggu B datang amek
malam ni leh pack barang-barang
sebab pepagi esok dah nak bertolak

oohhh
tak sabar jugak nak jumpa e-cha
diorang dah on the way balik
miss u so much honey

ok, jumpa korang ari selasa nanti
heppy weekend




Wednesday, July 28, 2010

Ko Nak Apa LaGi WaHAi PeREmPUaN

semalam
balik kejer lepak-lepak kat bilik
B kuar pegi mencendol ngan kengkawan dia
Tiba-tiba
handset aku berbunyi
aku tengok no...
macam penah jer nampak tapi tak ingat dah saper
aku angkat jer la

aku : Hello, saper nih?
dia  : mmmmmm
aku : saper lak nih....
dia  : kak rin
aku : ko tetiba panggil aku kakak... saper nih?
dia  : saya la ****
aku : hah, brani ko call & panggil aku kakak... ko nak aper  [masa tu aku dah ngamuk jangan panggil aku kakak, dah lupa ayat]
dia  : saya nak cakap sket nih
aku : cakap la
dia  : ~ diam ~
aku : cakap la [ ni dah nada menengking ]
dia  : saya nak mintak maaf [ tergagap-gagap bercakap ]
aku : apa salah ko kat aku? selama ni bila aku tanya ko cakap tak der buat apa2 pun kan?
dia  : saya minta maaf
aku : baik ko pegi mati dari mintak maaf kat aku

***
 masa tu abang long aku dah bukak pintu bilik bila dengar aku memarah kat dalam
handset pun dah bertukar tangan,
aku dah x kuasa nak dengar suara pompuan tu dah

***




korang mesti nak tau kan saper perempuan nih
dia ni la yang selama ni tak renti-renti nak ganggu kehidupan aku
sejak 3 tahun lepas
banyak sangat menda yang dia dah buat yang buatkan aku tak mungkin akan maafkan


dah lama aku carik perempuan nih
tapi dia memang ligat
aku tak tau apa sebenarnya motif dia semalam tu
kalau betul-betul dah insaf
Alhamdulillah
tapi pada aku tu semua lakonan
ada agenda yang tersembunyi aku rasa
ntah la
mungkin aku ni penuh dengan syak wasangka
tapi
maafkan dia tu mungkin perkara terakhir yang aku akan pikirkan


aku takkan cerita apa yang dia dah buat kat sini
tapi kalau sesapa yang nak tau
boleh email aku

bukan nak mencanang kisah hidup
tapi aku nak korang ambik ni sebangai pengajaran
jangan sangka orang yang sopan bila bercakap
cakap-cakapnya selalu disulam dengan ayat-ayat Al-Quran
adalah manusia yang sempurna sifatnya
jangan lupa
mereka boleh ada watak kedua dalam hidup
tanpa kita sedar




MaLas

Mood masih lagi dalam keadaan yang agak ting tong
Macam malas jer nak kejer
Takper la, besok jer pun
Jumaat till ahad nak pergi berholiday kat Langkawi
with mak, ayah, adik & asben, e-cha and off cos la B
can't  wait
dah lama dah kami tak jejalan sesama camni

Langkawi
here i come



kenapa Langkawi???
agak jemu sebenarnya nak ke sana
tapi dah tu pilihan majoriti
ikutkan jer la
kalau nak kirakan budget aku rasa lebih kurang jer
sebab tiket feri pun dah rm36 seorang
 [pergi-balik dari kuala perlis]



tu jer nak bagitau
kalau rajin mood ok aku update blog nanti





Tuesday, July 27, 2010

PleaSe PraY FoR Me !!


aku tak tau camner nak luahkan kat sini
tapi yang pastinya
sekali lagi aku diduga
penyebab yang sama semenjak 3 tahun lepas
aku tak penah jumpa manusia sekeji ni
sanggup lakukan apa saja
walaupun bertentang dengan agama
demi untuk puaskan hati sendiri
tak lagi hiraukan hukum Tuhan
Ya Allah
Kau berilah keinsafan atau pengajaran pada manusia itu
dan
berilah aku ketabahan untuk menempuh hari-hari yang mendatang
aminnnnn


status :
akan bercuti dari berblogging untuk sementara waktu



PerLis & ManCiNg

jumaat ngan sabtu ari tu B cuti
Sudah lama tidak jalan-jalan carik makan

Pepagi lagi kitorang dah bangun sebab nak pegi pasar pagi dulu
Beli barang-barang dapur
aku kan adik yang baik
nak keluar pun harusla sediakan makanan untuk abang long
kalau tak nanti dia report ngan mak yang aku ni malas

Pagi pun tak pagi sangat la
masa gerak drai rumah tu dah pun pukul 10pg
aku beli ayam wajib ada nih , sotong, udang ngan sayur-sayur jer
sempat jugak sambar selai blouse

kitorang cadang nak  ngedate ke perlis @ kuala perlis
asalnya nak gerak pagi tapi last B cakap nak pegi lepas solat jumaat
senang sket
so, lepas lunch @ 3.30ptg baru gerak
tapi on the way tu ada lak insiden yang jadi
abang long call bagitau lupa bawak kunci masa kuar tadi
terpaksa la patah balik tapi separuh jalan jer la
dah sette bagi kunci baru gerak semula
Terus ke kuala perlis, nak sedut angin petang kat tepi pantai kununnya
Masa sampai sana tu air tengah surut
nampak ramai orang kat tetengah laut
B kata diorang tengah cari umpan nak memancing

Lepas lepak-lepak kat kuala perlis tu
kitorang singgah jap kat kangar
lama giler aku tak ke sana
last masa praktikal dulu
tu pun sekitar tahun 2000
masa sampai kangar nun hujan renyai-renyai dah
tak leh la nak jejalan sangat

Aku malas nak cerita banyak
jom layan gambar

gambar atas >> Orang tengah carik umpan untuk memancing
gambar bawah >>gerai yang ada kat tepi pantai tu




macam - macam jenis ada
udang, ayam rempah, ayam keju, pulut ayam, keladi
yang pink cumil tu ayam/ikan kalau tak silap
aku tak amik pun
 kami try  cucuk jer
ayam rempah, ayam pulut, ayam keju, udang sosej, dagung burger & aku dah lupa lagi satu apa dia




cute kan bangunan nih
kat kangar



ari sabtu lak aku temankan B pegi mancing
dulu memang hobi dia
tapi bila aku start peknen, dia dah berenti mancing nih
mak aku yang tak bagi

** takder mood nak citer **
layan jer la gambar kat bawah nih


aksi keboringan melampau



ikan lampam yang menjadi mangsa ari tu
sampai sekarang ada lagi kat dalam peti ais nun




~~ sekian ~~





Friday, July 23, 2010

SaTu TaHUn ENaM BuLaN


Cepat betul kan masa berlalu...
hari ni e-cha dah pun genap 1 tahun 6 bulan
alololo..
 takleh nak sambut pun, si e-cha still lagi kat JB

Teringat balik masa aku nak bersalin dulu
Masa tu aku kejer kat KL lagi
Plan pun nak bersalin kat sana jer, pastu baru balik kampung berpantang
Dua bulan sebelum due aku dah start check-up kat PPUM
Memang plan nak bersalin kat situ sebab tak jauh sangat dengan umah


Aku ingat lagi
1hb januari, mak ngan ayah datang dari kampung untuk temankan aku kat sana
Ok la kan.. nanti leh terus balik sekali
Tapi, nak dijadikan cerita pulak sebelum tu
Abang long aku dimasukkan ke hospital dia kat kampung sebab berlaku kemalangan masa tengah bertukang kat depan rumah
konon-konon nak buat kerusi la kat depan rumah aku tu untuk port melepak
Mata kanan abang long tersusuk paku
aku rasa ngilu lak masa tulis nih
Dah la masa tu dia sorang jer kat rumah
Nasib baik la jiran2 dan kawan ada di sekeliling
Diorang la yang banyak membantu
Hantar ke hospital, temankan, bawakkan makanan

Yang sedihnya, kitorang cuma dapat tau pasal ni seminggu selepas tu
Sebab kat semua orang dia dah pesan jangan bagitau kat mak ngan ayah aku
sebab utama - mak aku ni tak boleh dengar berita mengejut, dia akan jadi cam orang sesak nafas
Pandai pulak diorang simpan rahsia
Padahal hari-hari mak aku call abang long
Cakap macam tak der apa apa jer yang jadi kat dia

Lepas mak aku tau jer cerita ni, terus la kelam kabut balik kampung
Tak silap aku sekitar 18hb januari kot
Aku pun dah tak pikir banyak dah masa tu, terus jer cuti sebab nak balik sekali ke kampung
Sib baik la tak teruk sangat lukanya
Dan sampai skrang pun masih lagi kena ulang alik ke hospital untuk rawatan susulan
ho..ho..ho...
walaupun itu menda sedih tapi kami satu sekuarga masih gak happy sebab cinta sudah berputik di hospital
abang long aku ni spesis tak penah teringin nak berkapel-kapel dari dulu

Aku balik sorang jer dulu sebab B kejer kan
Takkan nak sama-sama bercuti ngan aku pulak

*

*

*



Patutnya aku due pada 21hb Januari 2009 hari rabu yer kengkawan !!
Tapikan, hari tu aku rasa cam biasa jerk
takder apa-apa pun
bila aku tanyakan kat akaknurse depan umah aku tu, dia kata kalau tak rasa apa-apa tak yah la pegi spital
dah yang cakap tu nurse, aku ikut jer la
Lepak-lepak kat umah tapi masa tu memang tak brapa nak selesa dah pun
jalan dah ngalahkan itik ni B yang cakap, betul tak sayang mulut dia tu
Pagi khamis tu masa aku nak mandi baru aku perasan dah kuar darah sket-sket
selalu kalau nak bersalin kan orang akan kuar air ketuban, tapi aku kuar darah lak
Bagitau B ngan mak, terus kelam kabut diorang ajak pegi spital
Ikutkan jer
Sampai hospital, dah check2 sumer diorang soh balik dulu sebab bukaan baru 1cm dan datang balik dalam pukul 6ptg nanti
Sib baik la jarak umah aku ngan HSB tu tak jauh sangat, dalam 15minit dah boleh sampai
Sebelum balik ada nurse tu pesan kat aku camni
" dik, nanti datang petang pakai kain batik/sarung dah la "
pagi tu aku pegi hospital pakai suar ngan bloues, susah kot nak check-up


Memang rasa cuak jer nak sampai ke petang tu sebenarnya
Makan pun dah tak lalu
Petang, pegi semula ke hospital tapi bila check bukaan sama gak macam pagi tadi
Memula doktor soh aku balik dulu tapi masa tu aku dah mula berkeras gak
Bukan xnak balik tapi kalau boleh aku nak terus stay kat sana
Kang kalau apa-apa jadi senang sket
Lagipun kan patutnya semalamnya aku dah bersalin
Bla..bla.. bla, aku pun terus dihantar ke wad
Giler excited masa tu sebab sebelum ni aku tak penah masuk wad
last masa aku lahir dulu, tu pun sebab lahir tak cukup bulan

Memang dah tak rasa apa dah masa tu sebenarnya
Dengan senanag hati aku suruh B, mak ngan ayah aku balik umah
Sian lak aku tengok diorang
Malam tu sebenarnya tak best langsung
Bukan sebab sakit, tapi asyik kena pegi bilik depan
Nurse nak monitor denyutan jantung baby
Pagi tu, masa sarapan boleh pulak diorang bagi aku makan pil tu
aku tak ingat lak nama apa pil tu tapi selalu kalau check up kat KK memang selalu dapat la, cam vitamin ke hapa tu
Aku tak pernah makan sebenarnya sebab kalau makan jer mesti aku uwek uwek
Dedulu masa dapat kat KK pun aku simpan jer, makannya tidak
Aku cakap kat nurse tapi dia soh telan jugak
Takper, i follow u jugak
Masa tengah periksa denyutan jantung kat bilik depan, terus la aku uwek uwek
Hambek,
aku dah cakap takleh telan ko suruh jugak
Tak pasal-pasal kena cuci buangan aku
Nasib baik diorang tak marah dan aku pun still lagi la mintak maaf budi bahasa budaya kita

Dalam pukul 4ptg aku dah start rasa sakit tapi sket-sket jer
Bagitau kat doktor dan bila check bukaan baru 2cm
masa tu aku dah macam.... Hadoiii, bila la nak bersalin nih


Memang tak rasa sangat sakit masa petang tu
Cuma aku jadi cuak dok pikir bila la aku nak bersalin nih
Borak-borak ngan nurse dia cadangkan aku soh jejalan dulu
Ikutkan jugak, diorang kan lagi berpengalaman
Masa tu tinggal aku sorang jer kat bilik tu sebab lagi 3 orang dah selamat bersalin & kuar dari hospital
ohh.. lupa nak bagitau, aku dok kat bilik yang 4 katil tu

Mak aku dah macam dapat rasa aku akan bersalin malam tu jugak
Sebab dah takder pesakit lain, dia pun mintak nak stay ngan aku
Tapi kan, nurse ngan mak pengawal tu tak bagi la
Masa tu memang mak aku dah berkeras sangat dah nak stay
Dah siap bertekak ngan pengawal tapi memang tak dapat jugak nak stay ngan aku
Yerlah ko, takkan nak tinggalkan aku sesorang pulak kan
Bila dah tak dapat tu memang mak aku cakap ngan diorang
Kalau apa-apa jadi kat aku, diorang la yang mak aku carik dulu
giler samseng mak aku masa tu

Memang dengan berat hati diorang kuar dari wad
Tapi tak balik, stay jer kat bawah
sebak aku masa tu tau

B lak berkali-kali call aku tanya ok tak....
Padahal masa tu aku ok jer, sakit tu ada sikit-sikit jer
Bila dah pukul 9mlm baru lak aku rasa makin sakit
Bila nurse datang diorang cakap lambat lagi nak bersalin
Alih-alih lebih kurang 9.30mlm aku macam terasa ader menda keluar dah kat situ
Panik wei, dah la takder sesapa masa tu kat bilik
Nak panggil nurse, kaunter diorang jauh kat hujung nun
Caller kat hujung katil lak boleh tak berfungsi padahal elok jer masa panggil aku petang tu
Nasib baik la ada sorang pekerja lelaki datang antar sorang pesakit kat bilik aku
Cepat-cepat dia panggilkan nurse
masa tu aku dah budget nak baling jer mug ke lantai, biar nurse dengar

Bila nurse sampai dan check rupanya aku dah bersalin pun tapi full kuar la baby aku tu
Hahahaha...
gelak kat diri sendiri jap sebab sendiri bersalin pun tak perasan

Terus panggil doktor, sekali jer push
Settle.. Tak sangka lak aku terberanak atas katil
Tapi kat atas katil tu tak yah cakap la
Darah di mana-mana
ni kalau mak aku tengok, sure dia dulu yang pengsan

Dah selesai kat situ, terus diorang antar aku ke dewan sebab nak kena tengok balik kot ada luka ke hapa
Dah sah la ada kan sebab aku bersalin sesorang
takder sapa pun yang guide
Dah la anak sulong lak tu
Lebih kurang 2 jam aku kat sana baru settle sumer
Tapikan bila dapat tengok dan pegang baby macam hilang jer sumer sakit tu
tipu.. mana ada sakit sangat pun
bersalin pun ko tak perasan


Tapi kalau korang nak tau
Dalam masa 2jam aku kat dewan tu
Mak ngan ayah aku dah ngamuk giler-giler dah kat luar nun
Ngamuk sebab biarkan aku bersalin sesorang
Aku tau pun sebab ada sorang nurse ni bagitau
Risau diorang kot aku letak kat Harian Metro
Ishhh.. tak la sampai ke situ pun fikiran aku nih
Dah memang ditakdirkan aku bersalin kat atas katil kan?
Lagipun sumer nurse yang jaga aku kat wad tu baik-baik jer
Takkan la aku nak aniaya diorang lak

Diorang antar aku balik semula ke wad lebih kurang pukul 12.30mlm dah
Masa tu baru B, ayah ngan mak aku dapat tengok baby
excited mak ngan ayah aku
tu kan cucu sulong diorang
B lagi la,
reaksi sama cam lepas nikah dulu
" anak kiter eh.. anak kiter eh?? "
Lepas diorang balik aku langsung takleh tido sampai ke pagi
Borak-borak kejap ngan B kat tepon
 last aku mesej sumer kengkawan aku bagitau aku dah bersalin
Giler poyo ayat aku
sekali ngan bos aku pun dapat text yang sama
Lebih kurang camni la ayat aku tu
" salam, dah selamat lahirkan baby girl @9.38pm. Berat 3.1kg. Nama tak decide lagi tapi plan nak letak Angelina Jolie"
Sampai skrang ada sorang akak ex-opismate aku ni panggil si e-cha ni Angel


Pagi esoknya tu pun ada gak kejadian berlaku
Masa doktor datang melawat pagi tu aku tak mandi lagi
Rasa tak boleh nak bangun sebenarnya
Macam nak pitam, mebi sebab banyak sangat darah yang keluar kot
Doktor tu pulak boleh ugut-ugut aku soh pi mandi
kalau tak dia taknak sign bagi aku balik umah
Nasib baik bilik air dekat, selang satu katil jer dari tempat aku
Tapi boleh la aku pitam kat dalam bilik air tu
Takder sapa pun perasan sebab pintu berkunci
Bila aku sedar, dah terduduk pun kat atas lantai
Bila try bangun, aku jadi cam pening balik, sedar-sedar dah kat tepi pintu
ntah bila masa aku bukak pintu pun aku tak tau
Nasib baik ada sorang doktor ni doktor yang lain, bukan yang ugut aku tadi tu ni perasan
Terus panggil nurse tolong pimpin aku ke katil
Dah pukul 11 lebih baru aku cam ok sket
Mak aku pulak, dari pagi sampai ke petang dok mencari nurse yang halang dia semalam
Nasib baik tak jumpa, kot tak, tak tau la apa yang dia nak cakap
Yang mak pengawal tu pulak 2-3 kali datang minta maaf kat mak aku.
Mak aku tu gertak jer lebih
Dah dok mintak maaf camtu, cepat jer cair

Petangnya,
Lebih kurang kol 6.30ptg aku dah boleh kuar pun dari hospital



SaYoNaRa
HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH



ni la puteri kesayangan aku ngan B


AISYA SYAZWINA
* e-cha *
23 JANUARI 2009
9.38pm




Thursday, July 22, 2010

JaLaN-JaLAn


hai babe
sajer aku nak ngengada update kat sini
Padahal takder apa la sangat

Semalam, awal2 lagi aku dah bagitau B
aku MALAS nak masak
so, nak ajak dia ngedate kat luar
kan ke e-cha masih di JB,
boleh la feeling-feeling pengantin baru jap kan
B ok jer
tapi sebelum kuar tu aku still jugak masak untuk abang long
dia ni memang spesis tak suka makan kat luar
goreng telur ngan letak kicap pun dah ok
tapi aku takla sekejam tu kan
Masak simple jer....
kacang buncis goreng,
 ayam masak kicap pedas
aku letak pedas sebab tak reti nak buat sambal belacan cam mak buat
ngan ikan pekasam
Kejap jer dah settle
Kitorang lak kuar dah dekat pukul 9mlm
Memang langsung takder plan nak ke mana
Then, B ajak pegi gerai-gerai kat perkarangan stadium
Kejap jer kat sana sebab masa tu tak banyak lagi gerai yang bukak
so, takder pun yang ditangkap kat sana

Pastu, terus ke Sentosa
Tempat ni lebih kurang cam pertama kompleks la
Semuanya jual telefon, laptop ngan cd/dvd
Takde la plan nak henset ke hapa
tapi sempat la B sambar 3dvd
murah seh, 3 RM10 - kalau kat KL 3 mau RM20 dah

on the way balik tu
sempat la aku menunaikan hajat aku yang dah lama tertangguh
hahhaha...
macam saspen jer kan
ni la hajat aku

*
*
*
*
*
*

Nak posing - posing depan Istana Anak Bukit
Tetiap kali lalu depan tu mesti akan nampak ada orang dok amek gambar
aku pun nak gak join the club
<< lupa lak nak amek view depan istana >>


pastu terus gerak ke SanThai
Konon-konon nak pegi dinner la
tapi boleh la tutup kedai tu
terjah jer la kedai dedekat situ gak
malas dah nak mencari
masa tu dah kul 10 lebih dah pun
Okeh..
tu jer aktiviti aku ngan B malam tadi
balik nanti leh buat marathon tengok dvd-dvd yang beli malam tadi






Wednesday, July 21, 2010

ALaHai EnCik B


Kang kalau aku cakap B ni sengal nampak lak very the kurengg aku nih
tapi  memang yer pun
lawak jer bila ingatkan balik
kalau korang nak tau petang isnin ari tu tetiba jer B jadi moody
padahal masa on the way balik dari pejabat ok jer
siap dok tulis tajuk-tajuk lagi bila dengar Hotfm
kunun nak join zon masyuk tu la
tapi bila umah, tetiba jer B jadi pendiam
memang pelik la sebab B dah masuk kategori mulut bising
ada jer menda dia nak cakapkan
memula cam malas la nak layan
pegi ke dapur siapkan makan malam
huhu..
kalau mak ada memang aku masak weeknd jer, balik jer opis makanan sumer dah tersedia atas meja
mak..
balik la cepat, orang masak tak sedap la

Time makan pun still lagi diam
sampai la ke malam tadi
Last aku paksa la jugak dia bagitau sebab dan musababnya cewaahh
tu pun dah main ugut-ugut baru nak bagitau
Bila dah bagitau tu, memang keras perut aku dok tahan gelak
takder la serius sangat pun halnya
plus dia pun salah tengok tarikh kat menda tu
27jun2006 la B bukan 27jun2010
aku malas nak citer full kat sini mendanya

Buang masa betul la dok moodymerajuk bagai tu
Elok-elok dah malam tadi aku nak blanjer dia makan kat SanThai tu
kan ke tolak rezeki namanya tu
pas ni merajuk la lagi
ntahapahapa jer B nih

apapun
*
*
Untuk Encik B

 Ai-Le-BiU



Monday, July 19, 2010

MiSS U

aiyarkkk
manyak windu sama ini budak kicik
dari hari jumaat ari tu ikut tok ngan tokwan pegi jb
stay kat umah maklang e-cha kat sana
28hb julai nanti baru balik
sebab 30hb plan mau cuti-cuti malaysia
can't wait

Dah alang-alang ada kat johor nun
leh la pegi melawat atuk ngan nenek sekali kat batu pahat
kan e-cha ??
wakilkan papa ngan mama
T_T



::
::
::
::

Sunday, July 18, 2010

HKCLaDieS

saja nak letak jugak kat sini
patutnya pada 10hb julai aku join gath untyk HKChijaukuningdotcom@Ladies kat ulu sedim, kulim
tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, plan harus dicancel
terkilan jugak sebab aku teringin sangat nak jumpa diorang sumer especially adik comey yang diterbangkan khas dari Brunei tu
huk..huk...
kami plan benda ni pun agak lama jugak
since april lagi
tapi nak buat camner, kita hanya merancang

Alhamdulillah, aku sempat jugak jumpa zan si adik comey nih kat a/setar
tu pun jumpa masa cindarella tengah dok berlari-lari anak nak balik umah dia
hahaha.. boleh ker ayat camnih? sungguh memeningkan kepala kan??
aku jumpa zan dah dekat pukul 12tgh/malam pun
ni gara-gara B la, dia dok layan tido sebab malam sebelumnya dok sebok layan final world cup
pagi lak terus pegi kejer
lepas jer maghrib terus cover balik tido padahal aku dah book dia dari minggu sebelum tu lagi
giler, nak ajak suami kuar pun kena book ker?

kebetulan lak zan nak jumpa lagi sorang HKCLadies kat area umah aku
so, tak payah la kuar jejauh dah
kitorang lepak kejap jer sebab awal pagi besoknya dia ada flight ke KL >> Brunei
walaupun kejap tapi aku tetap puas hati


nampak cam banyak jer gelas kat dedepan tu
tapi sebenarnya aku ngan B tak minum/makan pun
tu sumer peninggalan orang-orang terdahulu
ramai sebenarnya yang bersidang malam tu tapi aku tak sempat jumpa sumer
maklum la, datang awal sangat



Thursday, July 15, 2010

Eeiii.. SeRaM Weh!!


hohoho
kali ni aku nak citer kat korang satu pengalaman baru aku
giler gak kalau nak pikirkan balik
Takoootttttt weh
Aku ngaku wei aku ni bukanla jenis manusia yang berani tahap gaban
dengan orang ok lagi la, takat nak gaduh tu anytime jerk taiko la sangat kan? takder maknanya pun
tapi kalau masuk part-part jelmaan bukan orang ni
memang aku tak berani sangat la
sesebelum ni selalu gak aku dengar citer pasal benda-benda nih
tapi tak amek port sangat sebab bukan aku yang kena kan?
setakat munyik tapak kasut tengah malam tu penah la aku rasa
tu pun dah tahap nak-terkucil-kutahan-jebat dah pun

okeh korang...
betulkan kerusi dulu, aku nak start citer dah nih
kejadian ni masa aku on the way balik dari umah mak ndak aku
memang umah dia kat kawasan kampung la
tapi tak la jauh sangat dari umah aku, lebih kurang 20minit jer pun
pehtu kena seberang satu jambatan yang muat-muat satu keta jer
sebelum tu asben sepupu aku yang dah kena minik dia anak makndak aku ni la
masa diorang baru kawen dulu
jumpa 2 orang tengah naik motor kat tengah jalan
dah tu bila berselisih jer boleh lak terperasan kakinya takder
aku dok taip ni pun macam meremang jer bulu roma

dah.. sambung balik
kitorang gerak dari umah makndak aku tu dah dekat pukul 11mlm dah pun
masa tu memang tak banyak borak dalam kereta
mebi masing-masing dah ngantok kot
lupa lak, aku pegi ngan B, e-cha ngan mak aku jer
dah lepas jambatan ....
aku  lak sebok dok usha satu kedai pengantin ni kedai kecik depan umah ada display pelamin kat tingkat atas,
sajer nak cuci mata jap
masa tu aku dengar B cakap "eh, apa tu? "
terus toleh ke depan dan aku perasan macam nampak seketul besar objek kaler putih
giler seram masa tu, automatik aku tepuk tangan B
pastu sumer diam sampai la ke rumah
tak sempat lagi masuk ke rumah, kelam kabut aku tanya B
apa yang dia nampak
B cakap masa tengah bawak keta tu dia nampak macam ada bunga api besar melayang ke bawah
bila sampai ke tanah terus nampak cam objek putih part ni jer yang aku sempat tengok pun
pastu tanya lak mak aku, ada tak dia nampak apa-apa
dia jawab sama gak macam B tapi yang macam bunga api dia dah nampak masa kat atas jambatan lagi
hadooiiii.. nasib baik aku nampak sket jer kan

malam tu lak B ngan abang long sebok nak kuar lewat malam sebab nak pegi layan Final World Cup
Ayah aku memang duty malam tu
memang tinggal kami bertiga jer la kat umah sebab dah dekat subuh baru diorang balik
memang tak ok la kejap malam tu
sampaikan e-cha nangis nak susu pun aku boleh teragak-agak nak ke dapur
walaupun aku tak nampak full macam mak ngan B
tapi aku la yang paling takut giler

takmo dah pegi sana memalam
pegi siang takper pas ni


motif aku letak gambar nih?
sajer jer.. takkan nak letak gambar hantu lak kan
kang sesilap aku sendiri pun tak bukak dah blog nih
over kan?


*************************

selingan
nak hilangkan cuak korang
si batik
aku letak kat atas meja solek
reason sebab taknak kasi e-cha usik barang-barang
memang berkesan
sebab skrang takder la kelam kabut barang-barang kat atas tu
kalau tak pantang masuk bilik, itu la tempat pertama yang dia tuju




B yang beli masa pegi Langkawi ari tu
tak sempat nak sampai umah pun lagi
habes akak-akak opismate B usik
tu pictute kat dalam bas masa diorang on the way balik





Wednesday, July 14, 2010

CoBAaN...


erkkk...
gara-gara komen dari PnStoberi
aku dah offkan disable right click kat blog nih
dengan gigihnya pulak dari tadi aku dok try buat watermark
gigih sebab aku part-part photoshop/photoscape nih memang la zero
tak macam korang korang sumer kan?
makan kacang lagi susah dari buat watermark
eh, ada ker orang susah tak reti nak makan?
kat atas ni contoh jer pun
korang rasa camner?
ok tak???
 kalau tak ok pun jawab la ok jugak, nanti aku nangis weh
yang ni sebanarnya bukan bebetul pun
nanti aku try buat lagi
aku tingin nak buat cam logo-logo tu tapi tak tau la wei
saper yang rajin, angkat tangan cepat
leh tolong buatkan untuk aku
T _ T

apasal la bila kuar jer aku nampak dua-dua tulisan kaler pink nih
padahal kaler asal yang atas aku letak kaler purple & yang bawah tu kaler oren
dah la aku ni alergic pink
sorry la kat korang-korang yang minat pink eh? hak individu kan


Dah alang-alang letak aku nak citer la sket pasal potret kat atas nih
gambar aku tu
nampak muda tak kengkawan...??
aku upah orang lukis kat waterfront, kuching
tahun bila ntah aku pegi dulu
ada meeting kat sana
20 hengget kalau tak silap masa tu
tapi sayang.. potret sebenarnya dah hilang ntah ke mana
aku tau saper punya angkara
si gilak itu, ntah hapa punya perangai
abis gambar aku dia koyak
psycho!!!
dah, takmo citer la pasal mangkuk tingkat tu
bikin hati panas jerk
nasib baik aku sempat snap dulu
kalau tak memang lenyap terus la


***
patutnya ari nih aku ada exam PTK kat INSPIN
pukul 9.30pg - 12.30tgh/hari
tapi, ntah hapa dah jadi kat pala otak aku nih
dah pukul 4ptg semalam baru teringat
nak pegi pun rasa malas sebab langsung aku tak study
tahun depan jer la ambik
jangan lupa exam KPSL bulan depan dah la
mrngong betul la aku nih






Tuesday, July 13, 2010

AwaRd




hai babe
pepagi takder idea sangat nak membebel kat sini
just buat sesi lompatan cemerlang jer dari blog ke blog a.k.a blogwalking
dan...
terterjah la blog  FiKaRyNa
Uchh.. ada award menanti rupanya
Harusla dirembat kan kengkawan?
Award ni  ryna kasi khas untuk follower...

dah, korang cepat pegi jadi follower dia, best tau blog ryna...
citer pasal dia pegi tangkap orang jahat tau... kui,kui

cukup tak Ryna promo untuk blog kamu
** free tak payah bayar pun ai buatkan **



so, cekidout



 1) bagi pulak award nih kat 5 org yg korang rase ada nilai2 persahabatan yang
 baik dalam dunia blogging nih..
err.. ryna
ai baru jer masuk dunia blogging nih, tak ramai sangat yang kenal pun
kurang boleh
**sambil kejip-kejip mata menggoda**

i - CiK THaLha 
si bakal pengantin
ii - PnStobeRi 
si.. erkk apa aku nak gelar ko eik?
iii - CiK LeMoNaDe 
si chekgu cemerlang
iv - PnYaNie 
si pengantin baru
&
untuk semua follower aku, [bajet cam glemer jer kan?]
ambik tau, aku paksa jugak nih
tiru ryna jugak la



2) apa nilai persahabatan yg ada pada setiap pada 5 org tu? war2kan..contoh :
org no 1 : peramah, bila jumpa..cakap x henti2..best..
i - Thalha - tak penah pun jumpa tapi suka baca blog dia, excited tengok dia buat preparation majlis kawen dengan cik kanda hujung bulan nih
ii - PnStoberi - ni kenal sebab dedulu layan satu forum neh. Penah jumpa, so friendly. Masa memula jumpa akak pegi rumah dia & jamu aku stoberi cecah garam
iii - LeMonaDe - tak penah jumpa gak tapi kerap berbalas komen kat blog. Bakal cikgu cemerlang ni
iv - YaniE - pun tak penah jumpa, perhaps boleh jumpa dia nanti bila dia balik kedah
[encik B selalu bebel kat aku sebab selalu sangat ajak dia pegi blindate]


3) sila gtau apa perkara paling hebat pernah korang buat sebagai sahabat..untuk kita semua jadikan panduan dan ikutan kan..
aku takmo la citer apa yang aku dah buatkan untuk sahabat-sahabat tapi nak citer apa yang diorang sanggup lakukan untuk aku leh?
Masa aku di zaman kejatuhan, diorang tak renti-renti bagi aku semangat
Berkorban masa dan wang ringgit untuk aku
Lagi, 
sanggup bahayakan diri bawak keta macam kat litar F1 semata-mata nak pastikan aku selamat.
[tak leh nak citer panjang kat sini - P&C]
Last, selalu biarkan bilik korang jadi port lepak paling klass untuk aku
For Miza & Zimah - ai luve both of u


dan,
pada setiap orang yg korang kasi award nih, make sure depa buat tugasan di atas dgn jayanya..tau..bukan senang mahu jadi sahabat yg baik kan..mekacih n selamat berjaya!
ai..ai.. sir


**
Korang-korang yang aku sebut kat atas tu
Sila buat hokeh?
Jangan nak ngelat, tak baik!!