KaMu HeBat

Top Comment :

Monday, December 13, 2010

DaUN KeTUM

Daun Ketum @ Mitragyna Speciosa

korang kenal tak daun ni?
glamer tau kat kawasan utara
ni adalah daun ketum atau jugak dikenali sebagai daun biak
dedulu daun ni digunakan untuk mengawal ketagihan terhadap dadah
dan juga meningkatkan tenaga untuk bekerja
hanya air rebusan daun ketum yang diminum
aku penah tengok air daun ketum nih, ingatkan air tebu sebab kaler dia seakan-akan air tebu
harus tak diminum kan?
air rebusan daun ketum ni jugak digunakan sebagai alternatif
dalam merawat penyakit secara tradisional
seperti lenguh-lenguh badan dan jugak merawat demam

tapi itu cerita dulu-dulu
sekarang pokok ketum dah diharamkan penanamannya
apabila dah disalahgunakan oleh sesetengah pihak
dah jadi gian pulak bila tak dapat air ni
tapi sepanjang pemerhatian aku
banyak lagi sebenarnya pokok ni kat kampung-kamung ataupun rumah rumah
mungkin terlepas pandang oleh pihak berkuasa kot
ada tu siap jadikan business keluarga lagi
menjual air rebusan daun ketum
mahal gak la kan?
RM2 untuk satu plastik
padahal modal adalah zero
aku rasa satu hari mau beratus-ratus untung kot
nasib tak selalunya baik kan?
kan tak pasal-pasal kena tangkap
yang sedihnya bila yang ditangkap tu makcik @ pakcik yang berumur
sedih jer aku tengok
tapi sendiri punya salah





sedikit info untuk dikongsi bersama :

Mengikut sejarah, daun ketum mula digunakan di Thailand sejak berkurun dahulu. Ia amat popular di kalangan orang biasa (bukan penagih) kerana kesan penagihannya yang minima selain dapat mengekalkan tenaga sepanjang hari terutama kepada mereka yang melakukan kerja berat.

Boleh menghasilkan dua tindak balas berbeza, daun ketum dianggap sejenis tumbuhan yang unik kerana ia jarang dijumpai pada bahan lain.
Kesan seperti mengambil morfin akan menyebabkan seseorang berasa mengantuk sama seperti selepas meminum arak atau ubat tidur
Manakala kesan seperti mengambil kokain pula akan menghasilkan tindak balas yang merangsangkan.
Ramai yang ambil untuk mendapatkan kesan kokain terutama orang kampung yang melakukan kerja-kerja berat.

Golongan penagih biasanya menggunakan daun ketum dalam bilangan yang banyak iaitu 8 hingga 10 botol sehari bagi mengurangkan rasa gian kepada heroin.

Bagi golongan bukan penagih pula, mereka memerlukan sebanyak satu tin minuman ringan rebusan daun ketum untuk mengekalkan tenaga ketika bekerja sepanjang hari.
``Golongan bukan penagih tidak akan merasai kesan gian malah boleh berhenti meminum air ketum pada bila-bila masa,''

.

jangan tanya kenapa tetiba aku dok bercerita pasal daun ni
ni hanyala sekadar dari pemerhatian pada alam sekeliling




No comments: