KaMu HeBat

Top Comment :

Thursday, March 24, 2011

Hai


hai
lama giler tak memblog
korang ingat lagi tak aku neh?
sebok sket dengan masalah sekeliling sampai tak der mood nak menulis kat sini
ada lak 2-3 orang yang bertanyakan pasal kilang basikal yang aku citer dulu tu
sorry, tak sempat nak menjawab
pada yang bertanya
kilang tu terletak kat kawasan bukit pinang
lebih kurang 10 minit dari Airport Alor Setar
berdekatan dengan kilang perabot Big Ship


nanti ada masa aku update lagi okeh?
korang jangan tak baca lak nanti tau
bye


Wednesday, March 2, 2011

Aku DaH DaPAt TaRAf WaRGaNeGARA

hahahhaa
okay tak letak tajuk cam kat atas tu
bukannya hapa pun
sebelum ni kalo tengok kat "jejak mereka" tu
mesti aku punya konon-konon datang dari obersi
mungkin la sebab penggunaan hotsport jalan belakang aku tu
klik kat CeRITA TraFIk AKu untuk bacaan lanjut

*
*
*

2-3 hari ni aku perasan
yang blog dah boleh diaccess kat opis aku
tak pasti kalo dia masih on-off / ataupun terlepas dari kawalan
sebab tu dah tunjukkan yang aku ni dari malaysia
betul la tu kan
dah kira macam baru dapat taraf kerakyatan la





KoNtaNG

aku rasa macam dah terkena sumpahan lak sekrang ni
dah lama tinggalkan blog ni sampai berabuk
bila ada masa nak update
terus idea hilang ntah ke mana

dah berapa hari dah aku tak jalankan rutin maya ni
berblog walking
rasa dah banyak citer yang tertinggal kot
takper
nanti kalau sempat aku khatam blog kamu-kamu okeh?

lagi satu
hari isnin lepas
aku telah dikhabarkan satu berita gembira
walaupun tak brapa nak conform
tapi kemungkinan yang pasti adalah agak tinggi
harap-harap ia jadi kenyataan
walaupun ada sedikit ralat dulu
harap ni boleh jadi pengubat
apa eh berita tu?
nanti la aku war-warkan kat sini
biarla ada hitam putih dulu
huhhh, kecoh jer kan aku ni
padahal nak tunggu cornformation mebi dalam bulan mei jun nanti gamaknya




Tuesday, March 1, 2011

SiKit jEr

macam dah terkubur jer aku rasa blog nih
ntah bila la boleh update cam biasa balik
kerja adalah terlalu banyak
nanti citer pepanjang eh

*
*
*

aku nak anjurkan satu contest
senang jer
agak-agak ada sesapa nak join tak nanti?
lagi satu
boleh tak cadangakan hadiah yang korang nak
tapi bawah rm100 leh?
budget ketat la weh




Wednesday, February 23, 2011

PsSSSttt....




semalam
tak sempat nak update
kerja adalah sangat banyak
dari pagi membawak ke petang non stop
sempat rehat pun dah pukul 4.30ptg
tadak mood dah nak update masa tu


^
^
^
^
^
^

pepagi tadi dapat photo tag kat facebook
pasal orang-orang dalam bulan air ni
dah penah baca pun kajian ni
tapi tengokkan gambar dia
macam menarik jer
meh aku letak jugak la kat sini eh?
khas untuk warga Aquarius



ada yang terkena ngan peribadi aku
dan yang tak dapat dipastikan lagi kadar ketepatannya

Monday, February 21, 2011

DaPaT INi

ni macam first time kot
aku dapat ang pow
selalu dapat duit raya jer
tak pun kalo CNY just dapat limau atau hamper
tak sangka eh
dah ada anak sorang pun still lagi boleh masyukkk

semalam
aku sorang ketua cawangan ni datang opis aku
dia ni the one and only KC berbangsa cina kat sini
lelain sume Melayu
walopun cina, dia ni memang baik
cakap melayu pun agak fasih
sepanjang berurusniaga dengan dia ni
memang tak penah la bikin hati panas
dulu ketua kat Kulim, tapi start awal tahun 2011 dah bertukar ke Sungai Petani
aku ni sebenarnya tak berapa suka nak terima menda2 macam ni
yer la, aku kan kejer kat akaun
takut disalahertikan
tapi dia macam bersungguh nak memberi
katanya memang untuk sumer staff kat admin dia bagi
cuma mungkin dalam jumlah yang berbeza kot
just sebagai reward sebab banyak tolong dia
ambik jer la kan, orang dah bagi
kang menolak tuah pulak
duit tu pun balik rumah terus masukkan kat dalam dana si echa

:
:
:
:
:
:







Sunday, February 20, 2011

Aku KaN GLaMeR

kejadian adalah bermula sekitar 2 minggu lepas
aku dihujani dengan berpuluh-puluh miscol
rasa macam glamer giler
 aku rasa dari pemanggil yang sama
dah saiko gamaknya
ni pun ada lagi saki baki miscol dari dia
ke main number aku lak tu
mengganggu betul
dah la tak kira masa
aku rasa mesti lagi 2-3 hari jadi giler la caller tu
yer.. tahu! tak baik nak doakan orang macam tu
tapi apahal punya perangai ntah
yang peliknya
bila aku call balik lepas tu
off pulak nombornya

tak kira
ni aku nak listkan jugak nombor2 tu

*
*
017-8485724
012-5504228
014-2318194
014-7389338
017-6371527
017-6519372




tapi
tak kesah la
yang pasti
i really miss him

*
*
*





Saturday, February 19, 2011

MeMBaCa AMaLaN MuLIa



dah lama rasanya aku tak membeli dan membaca novel
padahal tu la hobi aku dulu
pantang ada buku baru, sumer aku beli
ada jugak novel-novel yang aku beli kat forum
ofcos la dengan separuh harga
sebab tu novel terpakai
masa pregnant lak aku giler meminjam kat library kat opis lama
memang selalu update novel terbaru
sampaikan akak library tu tolong simpankan novel baru untuk aku
dah aku baca baru dia letak kat rak untuk orang lain pinjam
salah guna kuasa betul kan aku nih
sekali pinjam maksimum 3 buah
tak sampai sehari pun aku leh habiskan sebuah novel tu

tapi sekarang
makan berhari-hari nak habiskan satu novel
kena tunggu si echa tu tido dulu
kot tak, dia yang sebok nak membacanya
read : menjahanamkannya

ahad hari tu sempat pegi ke kedai popular
dah ke sana conform la ke bahagian novel
dah la kat depan depan kaunter
menggugat iman betul la
memula plan nak sambar 2-3 buah
tapi bila pikir balik
yang sebuah ni pun ntah bila habisnya
aku taknak la jadi orang tamak
so, beli satu suda
update : baru jer selesai semalam membacanya





novel yang aku beli
cinta 3 suku ~ lawak citer ni
aku tak brapa suka layan citer heavy kalo kepala tengah kus-kus ni
ABC tu untuk echa
ala-ala flash card tapi versi buku


Thursday, February 17, 2011

CRaVinG


tetiba macam terbayang-bayang la menu ni
lupa lak bila aku snap
ni masa pegi lunch ngan B kat city plaza
nengokkan rupa macam tak der la mengancam sangat
serve pun kat dalam pinggan plastik biasa tu jerk
tapi bila makan memang sedap
grilled chicken plus coslow plus roti bakar


Wednesday, February 16, 2011

LaGi KiSaH DoNut

entry pendek
aku nak siapkan gaji untuk bebudak kontrak ni kejap
waran dah sampai
harus la kena zaaasss
kot tak tak bergaji la diorang nih
walopun aku cukup berbulu dengan perangai diorang yang perahsan bagus ni
tapi kena la jugak proses gaji dorang kan


kelmarin
dah try beli dan makan
KFC fish donut tu
rasanya ok la
diorang kasi mayonis untuk sos cicah
beli 1 kotak jer which ada 5 ketul donut
ingatkan hampeh rasanya
suka pulak aku bila ada letak bijan tu
cam rangup-rangup jer


"agaknya mak dia donut, pastu ayah dia ikan kot"
suka aku ngan ayat masa iklan fish donut ni



Monday, February 14, 2011

TamBaH SaTu AngKa

update pantas 


hari ni aku cuti
bukan sebab nak sambut valentine day tau

hari ni
14 februari 2011
adalah birthday aku yang ke 31
muda lagi kan?

okay la. babai
pasni nak pegi tengok wayang jap
citer  Green Hornet


 

Sunday, February 13, 2011

DaH TeRPiKaT


okay tak tajuk aku hari ni
ala-ala dah mula dilamun cinta kan
 
*
*
*
*
 
sebenarnya
aku bukanla penggemar donut
tak kisah la donut jual tepi jalan atau pun kat cafe
tapi masa bercuti weekend bebaru ni
macam terasa jer nak mencuba donut kat big apple
wahhh
sedap rupanya
selama ni aku set dalam kepala
kalo makan donut mesti rasa muak jer
tapi yang ni cam lain jer
tak sama ngan danki donut tu
sampai 2 kali aku membelinya
 
 
 

 
lepas ni boleh la selalu singgah kat Big Apple ni
nasib baik la ada kat Alor Setar ni
kot tak kang
dah mencapai status ngidam pulak kan
 
 
nenanti la aku upkan entry pasal percutian tak dirancang aku tu
takleh nak transfer gambar ke PC
tak perasan bateri kamera adalah kong tadi
 
 

Wednesday, February 9, 2011

BerCuTi JoM


plan asal
nak ke Terengganu awal bulan depan
tu pun ada sebabnya
ada kawan yang akan berkahwin
sesambil boleh lajan-lajan racik kaman
tapi yang ni nak join ngan kawan aku kat ipoh nun
kira 2 famili la
kepada Norfazlina
InsyaAllah kalau tak der hal
sampaila kami nanti ke Marang

bila cerita pasal Terengganu
mesti aku automatik teringatkan sata
memula macam pelik tengok
lepas tu terus berkenan
sampaikan masa preknen pun ngidam nak makan menda alah tu
nasib baik kebetulan berkursus kat Kuantan
dapat apa yang dihajati



tapi rasanya sekarang ni
aku memang betul-betul memerlukan cuti
banyak sangat kacau bilau kat kepala otak aku nih
terbaru, dapat tau akan ada audit dari HQ nak datang
padahal baru jer lepas naziran dari AG Negeri

yang pastinya
aku dah pun isi borang untuk bercuti besok
ke mana eh gamaknya
bercuti tak semestinya beratus-ratus kilometer dari rumah kan
dalam negeri pun kira ok gak
tak lama pun
cadang nak pegi 2 malam jer
korang rasa-rasa ke mana hala tujuan aku kali ni?
bagi hint sket




Tuesday, February 8, 2011

Nak PeRGi CaMPiNG

dah lama giler rasanya
tak libatkan diri dengan aktiviti berkhemah nih
dedulu masa sekolah selalu la kan
katakan budak pengakap
aku join pengakap sebab abang aku ada kat situ, so takder la kena buli kan?
tapi
tahap mana sangat la bercamping atas tiket budak sekolah tu kan
paling happening pun berkhemah kat padang sekolah
pastu malam2 ayah datang tengok kat tepi pagar
risau benar nak biarkan anak nan sorang ni tido kat luar
tu sumer masa sekolah rendah la
masuk jer sekolah menengah
aku memang jadi super aktif
aktif melarikan diri dari berpersatuan
sungguh tak bermasyarakat aku neh dulu
yang tau pun
dok melepak kat food court city point layan mee ayam bersama coke
tempat tu pun dah tak der sekarang nih




aktiviti lasak kembali bermula
bila aku mendaftarkan diri kat upm nun
kursus aku memang langsung tak glamer
lagi la nama fakulti tu
tapi aku rasa memang sesuai dengan jiwa aku masa tu
pembelajaran banyak melibatkan aktiviti luar
dan adalah wajib untuk sumer pelajar
tiap-tiap bulan mesti kena pegi berkhemah kat memana ceruk hutan simpan
sebut jer la sekitar upm tu
sumer aku dah terjah
paling syahdu masa buat camp kat hutan simpan hapa ntah
sekitar sungai congkak tu
dari hari pertama sampai hari ke-3 adalah hujan renyai2
sadis giler bila diingatkan balik
dah la memalam ada night observation
memang ramai yang tido sambil berjalan la jawabnya
kitorang kan pro.. apa ada hal kan?

pengalaman yang paling aku takleh lupa
masa kena camping kat hutan simpan ayer hitam, puchong
tempoh adalah 2 minggu
peserta adalah lebih kurang 70-80 orang
lama tu wei
merasa la bermandi manda di sungai bagai
tapi korang jangan tak tau
makanan adalah sangat meletopp
tak layan la makanan dalam tin tu
siap ada burger, tomyam bagai
dah ada orang yang sanggup kuar beli bahan basah
harusla demand lebih

aktiviti macam biasa la
meneroka hutan tu sampai tahap dah jadi highway
ada satu part tu
kami diarahkan untuk melakukan absailing
aku dah mencecet lari dah masa tu
tapi nasib tak baik
berjaya jugak diberkas oleh fasi yang gareng aka paktam
giler weh nak buat absailing dari pokok tualang yang setinggi 20-30m
sampai ke atas aku dok jerit tak nak turun
dialog sengal yang aku takleh lupa masa nak escape dari buat menda tu
"bang, mak saya kata tak elok panjat2 pokok dah dekat senja nih"
ko rasa dia nak layan?
lagi kena sergah ada la
tapi tu permulaan jer
bila dah try mau buat berkali-kali
i believe i can fly



lepas 2 hari kitorang habis bercamping
ada staff yang bagitau
terjumpa sesuatu kat tapak khemah
bekas tapak kaki si dia ini
yang masih baru

*
*
*
*
*


nasib baik dia datang melawat lewat 2 hari
kalo tak
agak-agak sempat ke aku nak menulis kat blog ni gamaknya?



Monday, February 7, 2011

RaHSia AiS DaN AiR SeJUk

 
 
tengahari tadi
masa rehat, tak keluar ke mana pun
sebab dah ambik heavy breakfast
isi masa lapang dengan baca paper metro
belek-belek terbaca tentang rahsia ais dan air sejuk
try google
jumpa lak sebijik sebijan macam kat dalam paper tu
so, kasi letak kat sini
saper kata ais tak elok ?
 
 


 
 
Rahsia ais dan air sejuk

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

credit to : bluediamondfaizah

Sunday, February 6, 2011

SeDiKiT InGaTaN


4 golongan lelaki ke neraka

Pertama:- 'Ayahnya' 
 Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' 
 Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' 
 Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' 
 Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."



Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.


Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
AMIN YARABBALALAMIN


ihsan - facebook


Saturday, February 5, 2011

SaAT MeNuNGGu


semua orang kat umah aku
tengah berdebar-debar
campor gembira
menunggu kehadiaran orang baru
dijangkakan pada pertengahan Februari nanti
kalo ngam-ngam kat 14Februari lagi cantekk
nanti boleh sambut birthday sekali ngan makngah eh?








sungguh teruja mak ngan ayah aku
nak menyambut cucu kedua
yang juga dikhabarkan gugurl
hohoho
tergugat la echa nanti kan
sebab dah tak menjadi the one and only lepas ni




Friday, February 4, 2011

TeTiBA


tetiba
aku jadi orang yang suka shopping
bukan sebab dah terlebih kaya
tapi ntah la
mungkin untuk tenangkan sedikit perasaan ni
bukan shopping ke mana pun
kat sekitar wisma ni jugak
jangan tak tau
kalau dah tiba hari mengundi.. ehhhh hari gaji
makan bermacam-macam jenis gerai jualan
yang akan kelihatan kat foyer tu
dan selalunya
aku bolayankan jer
tapi hari tu angin hapa ntah yang masuk kat badan nih
sampai 5 pasang kain aku rembat
tak termasuk lagi tudung ngan keronsang
kononnya nak bagi kat mak ngan adik
tapi sampai sekarang dok terperam lagi kat dalam plastik tu
ntah bila nak menjadi baju pun aku tak tau





padahal ada benda yang lebih
yang patut aku dahulukan bulan ni
wahai roadtax keretaku
naper la ko mati kat tengah bulan
kan bagus kalau on kat 25hb jerk




~ sekian ~


Thursday, February 3, 2011

NaSi LeMuNi


bila asyik dok pikir hal kat tempat kejer nih
aku jadi rindu kat opis lama
kat sana boleh dikatakan sumernya ok
kebanyakan opismate adalah sama-sama merantau
jadi keserasian cepat wujud
ada kakak-kakak yang menjadi tempat bermanja
yang selalu melayan selera tekak kami
dan salah sorangnya
cukup dikenali dengan panggilan mummy
mesti korang boleh agak asalnya kan?
dia selalu bawakkan nasi lemuni ke opis
aku pun memula macam jakun jer nengok nasik tu
tak penah ku kenal sebelum ni
sama la macam kes nasi kerabu ngan nasi dagang
sedap ko
dimakan bersama kerabu kacang botol/daun selom
stok daun lemuni bila-bila pun ada
tumbuh kat sebelah opis aku
kat tengah2 wisma radio ada satu taman kecik
tapi sekarang tak pasti la wujud ke tak lagi pokok ni kat sana




cilok gambar kat Mysweetprincess


aku malas nak copipes resepi
korang carik la sendiri eh?




ni pulak sedikit info tentang khasiat daun/nasi lemuni
klik untuk sesuatu yang lebih besar



Wednesday, February 2, 2011

KiSaH DuNia SeKaRANg


mesti ramai yang dah tau pasal cerita sorang akak ni kan
aku pun dapat tau dari blog AhkakGeLI
memang terus carik link blog akak tu
sian dia
yang jadi orang ketiga tu pulak
ntah la.. susah nak cakap
tak terkena kat batang hidung
sedap la ko nak bersorak bagai

selalu pun aku dengar cerita-cerita macam ni
dah penah jugak terjadi kat diri sendiri
kalo aku letak gambar that girl kat sini
mau pitam korang nanti nengoknya
bak kata ahkah geli
nak jadi perampas tak semestinya cun macam fasha sandha

kenapa la nak jadi perampas kan?
suka gamaknya menyakitkan hati kaum sejenis ni


PeNtINGKan DiRI KeR KaLo MaCaM Ni




si polan itu akan cuti bersalin pada bulan Mac nanti
cuma aku tak pasti tarikh sebenarnya
ni pun aku tau masa bos aku tanya dalam meeting semalam
bila jadi macam ni
harus la ada orang yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja yang dipegangnya sekarang nih
atau disebut dalam istilah tanggung kerja
dan aku dah pun berterus terang semalam
yang aku memang taknak buat tanggung kerja tu
rasanya aku dah cukup serik nak ulang balik kesilapan tahun lepas
memang la kalau kau dah tanggung kejer
seharusnya akan dibayar mengikut amaun yang dah ditetapkan
tapi kali ni
aku dah tak pandang dah pasal duit tu
read : duit etk ni jer, duit lain ai tetap loike
hazabbb mak bedah weh masa tu
dah la main slumber badak tak datang kejer berminggu-minggu
aku ambik alih atas rasa prihatin
sebab masa tu dah sekitar penghujung september
ko giler kalau tak ambik
lagi berapa bulan jer nak closing akaun kan
buatnya dia tak datang sampai hujung tahun
tak ke hakuu jugak yang kena berpencak silat kat opis tu
pastu dengan langsung tak der niat nak claim etk bagai
nak claim etk ada beberapa prosedur yang harus diikut
kena ambik kira cuti kita
dah dia pun tak der hitam putih surat cuti
macam mana aku ni nak claim menda tu
bila dia dah masuk kejer
banyak pulak pertikaikan pasal kerja yang aku buat tu
patutnya macam ni, saya dulu kalau buat macam ni dan bla bla
pastu aku dengar pulak cakap-cakap belakang
dok menyebut yang aku sangaaaaatttt berkira nak buat kejer
perasan bagus la bagai

dah tau macam tu
tak kuasa dah aku nak menolong
susu dibalas tuba kekdahnya
dah la sepatah terima kasih pun aku tak dengar
sungguh bersopan santun kan?
lagi satu volume kejer aku untuk tahun 2011 adalah double dari tahun lepas
sekarang boleh lagi berblogging sebab pembelian belum lagi bermula
ni sumer gara-gara kejadian tahun lepas la
tapi takper
sumer kejer ni aku terima dengan penuh rela
dah nama pun pegang terma "saya yang menurut perintah"
mana sempat kalau nak tambah lagi beban kejer tu
mau ffffitammm la aku nanti
kena jaga diri sendiri dulu sebelum nak pikir hal orang lain
nak cakap aku kejam, sellfish ke...
silakan
sebab aku tak mampu nak tutup mulut orang
hanya cuma boleh untuk jaga hati sendiri saja

~ sekian ~



Tuesday, February 1, 2011

CeRiTa OPiS


sehari dua ni sebok sikit kat opis
ada naziran dari JANM Kedah
awal tahun lagi dah terjah opis orang eh
nasib baik tak banyak yang kena
biasa la kan, nama pun manusia
kang kalo langsung takder salah
dikatanya group naziran tu tak buat kejer pulak kan
diorang berkampung selama 2 hari kat opis
semalam pukul 3 petang baru buat exit

biasa la kalau dah lepas kena naziran
harus la ada meeting
tak suka aku sebenarnya bermesyuarat bagai nih
macam buang masa jerk
kalau dapat pengerusi yang straight to the point kira ok la
lagi hazab kalo dapat yang asik berpusing sana sini
boleh settle dalam masa sejam
dah membawak ke berejam-jam



meeting adalah dari 1030 - 1230 sajor




ni pulak
baru lepas siapkan perubahan program untuk akaun pukal
penat seh
tetiap tahun mesti bagi program lain-lain
terpaksa la submit borang ke AG untuk buat perubahan
lepas ni xmo dah camni
HQ, sila take note
owhhh lupa nak bagitau
bayaran pukal ni adalah bayaran yang dibayar secara auto oleh pejabat pembayar
macam kat sini
pejabat pembayar adalah JANM Kedah
ko register jer bil-bil utiliti
pastu bulan-bulan dah tak payah nak pikir
sumer bil akan terus sampai kat AG dan  terus dibuat bayaran
senang kejer kami kat PTJ
lagi satu takkan ada istilah bil tertunggak dah nanti
kat opis aku
bil-bil yang dipukalkan adalah dari syarikat
tnb, telekom, sada, airasia dan mas
kalau ikutkan sumer pun aku nak pukalkan
so setiap hari
adalah hari bergoyang kaki
sesi berangan lagi
dah takder kejer harusla kena berenti kejer kan
 
 

Monday, January 31, 2011

SunYi DaH

rasanya
minggu adalah minggu yang agak sunyi sepi kat KL nun
wah wah.. cuti sakan eik korang sumer
mentang la ada double celebration kan
kalo kat sana lagi, mesti aku pun berkobar-kobar jugak nak bercuti camni
sapa tak nak kan
apply cuti dua hari jerk, dapatnya sampai sembilan hari




kat sekitar Jitra dah jem pun malam tadi
sumer tempat ramai orang
itu tandanya dah ramai warga kota yang selamat tiba kat kampung terchenta gamaknya






bestkan jadi rakyat malaysia
banyak betul cuti umum
tiap-tiap mesti ada
tapi kalo dapat cuti berterusan yang macam ni baru best
mesti penuh dah sumer tempat-tempat bercuti popular nih
kami pun mulanya bercadang nak ke langkawi
ke sana jerk kejernya, mentang la dekat kan
tapi bila dipikirkan
baik pegi weekend biasa
tak selesa pulak kalo sumer tempat penuh dengan manusia
lagipun aku bercuti empat hari jer
sebab kat sini tak dipanggil wilayah kedah
yang ada pun cuma wilayah celcom




AKu PeRLuKaN ELaUN KRiTiKaL


dalam badan kerajaan
elaun kritikal cuma diberikan kepada pegawai yang menjawab jawatan yang agak berisiko
contohnya badan penjaga letrik jentera
ni jer contoh yang boleh aku bagi sebab aku tak ingat
mana-mana penjawat awam yang kerjanya kat dalam opis
memang gelap la harapan nak dapat elaun ni
tapi kan
boleh tak kalo kiter try apply elaun nih?
ko jangan ingat kejer kat dalam opis takder bahaya
baru tadi bahaya nak menimpa aku
so, korang
sila berhati-hati semasa kejer yer?

naper??
tak cayer ker aku dapat minor accident tadi
meh aku kasi bukti
nak jugak ambik gambar
senang nak claim insurans nanti


sila abaikan kegedabakan tangan aku tu
fokus kat target utama


dah selalu sangat menda ni jadi kat aku
terkena penjuru fail kulit keras, kena kertas la
bukannya sedar pun
alih-alih rasa pedih jer bila terkena air
tu tak termasuk la tersepak kerusi bagai
bak kata orang kedah
aku ni spesis loq-laq sikit


Sunday, January 30, 2011

HisHhhh

kenapa hidup kita terlalu kompleks untuk diharungi






Wednesday, January 26, 2011

LePaS SaTU BeBAN

isnin lepas
balik jer dari kejer
terperasan ada satu surat untuk aku elok terletak kat atas TV
tengok sampul ada tulis "urusan seri paduka baginda"
comform la berkaitan ngan badan-badan kerajaan
masa tu langsung tak teringat apa-apa pun
bila buka  rupanya surat dari JPA
kiranya memang sampai on time la kali
bagus dah staff gov nih edisi masuk bakul sendiri angkat
klik kat sini untuk cerita dahulu






semalam
dengan semangat jitu dan padunya
semalam jugak aku dah berjaya selesaikan proses perberhentian gaji
katakan tukang proses gaji staf, harusla diutamakan yang sendiri punya
Alhamdulillah
bermula Mac 2011 nanti
kurang satu lagi list kat sebelah kanan payslip aku tu
pelarasan gaji untuk tahun 2010 pun aku masukkan kat Mac jugak
hah kau.. orang lain dah dapat gaji baru 2011, aku baru nak merasa yang 2010