KaMu HeBat

Top Comment :

Wednesday, February 2, 2011

PeNtINGKan DiRI KeR KaLo MaCaM Ni




si polan itu akan cuti bersalin pada bulan Mac nanti
cuma aku tak pasti tarikh sebenarnya
ni pun aku tau masa bos aku tanya dalam meeting semalam
bila jadi macam ni
harus la ada orang yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja yang dipegangnya sekarang nih
atau disebut dalam istilah tanggung kerja
dan aku dah pun berterus terang semalam
yang aku memang taknak buat tanggung kerja tu
rasanya aku dah cukup serik nak ulang balik kesilapan tahun lepas
memang la kalau kau dah tanggung kejer
seharusnya akan dibayar mengikut amaun yang dah ditetapkan
tapi kali ni
aku dah tak pandang dah pasal duit tu
read : duit etk ni jer, duit lain ai tetap loike
hazabbb mak bedah weh masa tu
dah la main slumber badak tak datang kejer berminggu-minggu
aku ambik alih atas rasa prihatin
sebab masa tu dah sekitar penghujung september
ko giler kalau tak ambik
lagi berapa bulan jer nak closing akaun kan
buatnya dia tak datang sampai hujung tahun
tak ke hakuu jugak yang kena berpencak silat kat opis tu
pastu dengan langsung tak der niat nak claim etk bagai
nak claim etk ada beberapa prosedur yang harus diikut
kena ambik kira cuti kita
dah dia pun tak der hitam putih surat cuti
macam mana aku ni nak claim menda tu
bila dia dah masuk kejer
banyak pulak pertikaikan pasal kerja yang aku buat tu
patutnya macam ni, saya dulu kalau buat macam ni dan bla bla
pastu aku dengar pulak cakap-cakap belakang
dok menyebut yang aku sangaaaaatttt berkira nak buat kejer
perasan bagus la bagai

dah tau macam tu
tak kuasa dah aku nak menolong
susu dibalas tuba kekdahnya
dah la sepatah terima kasih pun aku tak dengar
sungguh bersopan santun kan?
lagi satu volume kejer aku untuk tahun 2011 adalah double dari tahun lepas
sekarang boleh lagi berblogging sebab pembelian belum lagi bermula
ni sumer gara-gara kejadian tahun lepas la
tapi takper
sumer kejer ni aku terima dengan penuh rela
dah nama pun pegang terma "saya yang menurut perintah"
mana sempat kalau nak tambah lagi beban kejer tu
mau ffffitammm la aku nanti
kena jaga diri sendiri dulu sebelum nak pikir hal orang lain
nak cakap aku kejam, sellfish ke...
silakan
sebab aku tak mampu nak tutup mulut orang
hanya cuma boleh untuk jaga hati sendiri saja

~ sekian ~



2 comments:

::alwaniamalini:: said...

hehe sabar sabar.. tu namanya dugaan keje n nama lagi "saya yg menurut perintah" kan huhhu.. ayat last tu sy sokong. apae2pon, kena pikir diri sendiri jugak. kang jadi ape2, kita gak yg naye..

ryn said...

hahaha... amal, tq sebab menyokong :-)))
nak tanamkan tekad nih, xmo ubah dah fikiran pasal tK nih