KaMu HeBat

Top Comment :

Tuesday, February 8, 2011

Nak PeRGi CaMPiNG

dah lama giler rasanya
tak libatkan diri dengan aktiviti berkhemah nih
dedulu masa sekolah selalu la kan
katakan budak pengakap
aku join pengakap sebab abang aku ada kat situ, so takder la kena buli kan?
tapi
tahap mana sangat la bercamping atas tiket budak sekolah tu kan
paling happening pun berkhemah kat padang sekolah
pastu malam2 ayah datang tengok kat tepi pagar
risau benar nak biarkan anak nan sorang ni tido kat luar
tu sumer masa sekolah rendah la
masuk jer sekolah menengah
aku memang jadi super aktif
aktif melarikan diri dari berpersatuan
sungguh tak bermasyarakat aku neh dulu
yang tau pun
dok melepak kat food court city point layan mee ayam bersama coke
tempat tu pun dah tak der sekarang nih




aktiviti lasak kembali bermula
bila aku mendaftarkan diri kat upm nun
kursus aku memang langsung tak glamer
lagi la nama fakulti tu
tapi aku rasa memang sesuai dengan jiwa aku masa tu
pembelajaran banyak melibatkan aktiviti luar
dan adalah wajib untuk sumer pelajar
tiap-tiap bulan mesti kena pegi berkhemah kat memana ceruk hutan simpan
sebut jer la sekitar upm tu
sumer aku dah terjah
paling syahdu masa buat camp kat hutan simpan hapa ntah
sekitar sungai congkak tu
dari hari pertama sampai hari ke-3 adalah hujan renyai2
sadis giler bila diingatkan balik
dah la memalam ada night observation
memang ramai yang tido sambil berjalan la jawabnya
kitorang kan pro.. apa ada hal kan?

pengalaman yang paling aku takleh lupa
masa kena camping kat hutan simpan ayer hitam, puchong
tempoh adalah 2 minggu
peserta adalah lebih kurang 70-80 orang
lama tu wei
merasa la bermandi manda di sungai bagai
tapi korang jangan tak tau
makanan adalah sangat meletopp
tak layan la makanan dalam tin tu
siap ada burger, tomyam bagai
dah ada orang yang sanggup kuar beli bahan basah
harusla demand lebih

aktiviti macam biasa la
meneroka hutan tu sampai tahap dah jadi highway
ada satu part tu
kami diarahkan untuk melakukan absailing
aku dah mencecet lari dah masa tu
tapi nasib tak baik
berjaya jugak diberkas oleh fasi yang gareng aka paktam
giler weh nak buat absailing dari pokok tualang yang setinggi 20-30m
sampai ke atas aku dok jerit tak nak turun
dialog sengal yang aku takleh lupa masa nak escape dari buat menda tu
"bang, mak saya kata tak elok panjat2 pokok dah dekat senja nih"
ko rasa dia nak layan?
lagi kena sergah ada la
tapi tu permulaan jer
bila dah try mau buat berkali-kali
i believe i can fly



lepas 2 hari kitorang habis bercamping
ada staff yang bagitau
terjumpa sesuatu kat tapak khemah
bekas tapak kaki si dia ini
yang masih baru

*
*
*
*
*


nasib baik dia datang melawat lewat 2 hari
kalo tak
agak-agak sempat ke aku nak menulis kat blog ni gamaknya?



4 comments:

amal said...

uik.. upm fak ape? sy fak alam skitar :D penah gak ke hutan2 yg disebut tuh. budak upm nih memang selalu ke hutan tu jela kot eh eheh..
kenangan hutan simpan ayer hitam, naik bukit sampai nak pitam pastu pacat banyak gile. sampai ke belakang dia naik hoho..

ryn said...

fac forestry, dah sah2 la ke hutan kan? kat hsah tu ada satu waterfall cantik, pastu ada tempat tinggalan sejarah perang dedulu kan?
ada cousemate girl dari seorang yg penggeli terus boleh kamceng ngan pacat, saya? masih la takut giler ngan binatang yg satu tu

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam best nyer dapat menjelajah hutan macam nie...dulu2 masa bujang ada gak p camping kat pulau2, tapi dah kawin nie susah ler sikit nak tinggalkan anak kecik.

ryn said...

tu la, sebab tu ramai yg selalu pesan... nak timba pengalaman banyak2 adalah masa sblm kawen sbb bila dah kawin kita terikat dengan tanggungjawab