KaMu HeBat

Top Comment :

Tuesday, May 18, 2010

LaPaN TaHuN LoRRRR....





17 MEI 2002
Cepat betul kan masa berlalu...
Macam tak pecaya lak  yang aku dah kenal Encik B selama 8 tahun
Lama jugak la kan
Kenal pun secara tak sengaja
Waktu tu aku stay kat Serdang
Dan...
Pada hari kejadian aku memang dok plan nak pegi rumah pakcik aku kat Rawang
Aku naik komuter yang terakhir dari Serdang
Masuk jer dalam komuter, memang aku dah perasan ada tiga bujak lapuk kat dalam tu
Buat derk jer la kan...
Aku kan sesorang waktu tu
Tetiba lak Encik B datang kat sebelah
Memula cam malas nak layan
Aku bukan sombong tapi dah tak kenal, malas la aku kan?
Dah la tetengah malam dah
Pastu dia yang dok start borak-borak
Bagitau diorang dari Nilai
Nak turun KL Sentral sebab nak pegi Pudu & balik Johor
Aku? yer-yerkan jer lah
Pastu dah nak turun, Encik B mintak no phone
Memula macam tak nak bagi jer tapi last-last aku bagi jugak
Suka suki jer kan bagi no tepon ko neh. Dah la baru kenal. Takleh nak pikir sangat kot time tu. Muda belia la katakan.
Bila Encik B balik Johor [ waktu tu dia kat Johor lagi, datang KL pun kejap-kejap jer ] kerap gak la dia call aku. Memula biasa-biasa jer
Aku pun takder la pikir apa sangat, layan pun as kengkawan jer
Tapi pastu memang selalu la Encik B turun KL jumpa aku
Last 31 Ogos 2002 kitorang declare as couple
Tapi memang PJJ nyer kapel la sebab Encik B kejer kat Johor
Then hujung 2004 baru la Encik B dapat kejer baru kat KL
Baru la leh dating tetiap hari
 T___T

Then tunang 25 Disember 2006
Dalam alam pertunangan tak payah cakap la kan dugaannya
Semua orang ada kan?
Pastu selamat diijab-kabulkan pada 21 Mac 2008


** MOGA BAHAGIA SELALU **






** patutnya aku letak entry nih semalam.. baru ngam2 ngan tarikh
tapi tu lar kan...
semalam aku coti coti malaysia ngan Encik B
layan feel baru - baru nak bercinta


No comments: