KaMu HeBat

Top Comment :

Thursday, May 27, 2010

Langkawi






Nampak gayanya...
minggu depan, hari rabu ngan khamis jer la aku masuk opis
esok lusa cuti weekend
ahad lak hganti cuti untuk public holiday esok nyer
isnin ngan selasa nak berlayar ceh, berlayar la pulak kan  ke Langkawi
bukan sesajer nak pegi makan angin
aku pegi dengan misi
berkhidmat untuk negara
ada kes terpencil kat cawangan
so, aku pegi untuk memberi bantuan
yer la sangat kan
padahal dok terbayang menda alah ni lebihnya

-
-
-
-
-
-


syorgaaaa coklat





so, minggu depan la aku buat liputan keh?
[ budget macam ada jer yang nam membaca blog nih ]

eh..???
apasal minggu depan lak nak update
yer..
aku ngaku la ni, mmg aku guna harta opis pun nak update blog
tak mampu lagi nak beli laptop, netbook dan yang seangkatan
sebenarnya aku rasa macam tak der keperluan sangat aku nak beli menda alah harga riban riban nih
tak tau la kot pasni kan bila dah start berblogging

ok la...
nak pegi carik menda-menda yang nak kena bawak ke sana lak
bye

SanDing Empat Kali



lawak la pulak bila aku dengar citer neh
macam ni punya orang pun ada ker
semalam tengah borak-borak dengan Encik B
Dia dok citer la pasal kampung-mate baru kawen ari tu
kitorang tak balik pun
Kira macam wedding of the year la jugak aku rasa sebab dia bersanding kat EMPAT tempat
First - kat umah pengantin perempuan
Second - kat ruma dia
Third - Rumah atuk dia kat kampung
Forth - Umah mak angkat dia pulak

Giler la ko neh
[ sorry la aku cuma tau nama MAD SHAH jer, nama minik tak tau ]
Banyak duit takper la kan
Pastu bila ada  yang tanya naper buat sampai empat majlis plus bersanding
Ni jawapan yang agak bernas mamat nih

*
*
*
*
*



" Impian lelaki kan nak bersanding empat kali
So, lepas ni tak payah la nak pikir-pikir lagi nak cari calon ke hapa
dah cukup dah quota bersanding aku "

Ada hati gak tu kan..????
Terus terang la aku cakap, kalau aku jadi minik dia tu
malas la aku nak ikut idea nih
sanding dua tempat pun tak lelap mata dok pikir
Buat tambah semak kat kepala boleh la
[ pendapat aku, korang lantak la nak bersanding 18 kali pun.... duit ko kan? ]


kepada :

 SHAH & pasangan

SELAMAT PENGANTIN BARU



Aku Salah Cakap Ke Nih?


Susah kan nak bagi sumer orang puas hati dengan kita
Pepagi lagi ni, tapi dah menda yang jadik kat aku
Miss-communication ke hapa....
aku pun tak sure sangat nak cakap
Padahal aku rasa terang-terang dah aku bagitau semalam pasal nih
berfikiran positif - mebi dia tak dengar
Alih-alih pagi ni
tak pasal - pasal aku kena sergah
Yerrr... aku tau
Selama ni aku dah banyak susahkan dia
Dia baik
willing nak tolong aku
So, bila dah banyak sangat dia tolong
terasa macam segan la pulak kan
yer lah,
asyik-asyik nak mintak tolong jer ko neh
so, pagi semalam aku bagitau la dia
yang lepas ni aku nak buat sendiri
last
aku lak yang disalahkan
kenapa tak bagitau dia & bla..bla..bla
Sumpah weh, aku dah bagitau semalam kat dia
Ntah la
tetiba hati macam rasa tak best jer
tak macam memula aku kat sini
semuanya heppy jer
apapun...
hidup kena diteruskan

********
 susah kan orang nak paham situasi kita,
yang tau
 hanya
selalu menyalahkan
tanpa memahami apa -apa





Wednesday, May 26, 2010

LaGu KiTeR

Tetiba datang lak mood jiwang pepagi nih
aku teringat beberapa lagu yang selalu Encik nyanyi untuk aku since kami berkapel-kapel
sebenarnya banyak lagi lagu dia untuk aku tapi tiga lagu ni merupakan yer, sila gunakan tatabahasa yang betul keh?  lagu favorite yang dia  selalu nyanyi
Aku lak??
Rasa-rasa macam tak penah jer bagi lagu kat dia
Lagu enjit-enjit semut ngan lagu tiga kupang leh ke Encik B?
Jiwa kayu betul kan aku nih?




Buat Sang Puteri  [spider]

Hilang mentari
Ada yang tinggal
Rembulan kegersangan

Yang meratapi
Cahaya hujung malam di kala sunyi



Hilang kekasih
Ada yang tinggal
Pemuja kesepian



Yang melayani
Puisi cinta buat sang puteri



Pedihnya hatiku yang terguris
kalau bisa terzahir ke nyata di sini
Langit nangis

Kerana dirimu duniaku terlepas
Kerana kerana kau ku bernafas
Kerana tanpamu semangat jadi tewas
Kerana kerana kau yang teratas



Segala apa
Biarpun jiwa
Aku pertaruhkan jua



Asalkan saja
Dikau bersama diriku
Selalunya


**********************************************************



Lagu Kita [Aizat]



Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu



Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya



Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,



Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta



Terciptalah lagu kita
 
********************************************************************


Relaku Pujuk [spider]



Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini



Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa mengambang walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki



Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung



Permainan darimu
Relaku pujuk



Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya



Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini



Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku



Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

Tuesday, May 25, 2010

CoNFiuSss






 
Ish.. ish...
aper jawatan aku sebenarnya nih????
PA ker financial assistant
cam confius lak tetiba dengan tugas sendiri
Adekah.....???
Rela la aku nak kira duit banyak-banyak
buat report akaun setiap hujung bulan
dari nak mengadap peel orang
skrang .......
aku ni dah seakan PA la pulak


 hurmmm .......
malas la nak menulis kat sini
kang lain lak jadinya
apapun

:
:
:
:
:
:

LU PIKIR LA SENDIRI


** kemas - kemas barang, dah nak chow **
adios


# luahan di kala hati sedang membara #





DiNneR TiMe






Lama gak rupanya aku tak kuar dating ngan Encik B.
So, semalam kitorang sajer spend masa kuar dinner kat luar
 ** berdua jerk tau, e-cha tinggal kat umah ngan tok **
Memula cam blur jer tak tau nak makan apa
Pastu terlalu lak kat depan Mama Chop Papa Grill neh, tengok cam sedap jer....
So, nak try la pulak
Aku sebenarnya tak penah makan kat MCPG ni
Dok lalu lalang jer depan kedai dia
Ari ni baik hati la pulak nak masuk



Tengok menu lebih kurang jer cam western food yang lain
so...




aku amek all time favorite lah
Black Pepper Chicken Chop with ice lemon tea
dan
Encik B lak pilih nak makan
Rib-eye Black Pepper Steak with apple juice

## ter-speaking london lak bila sebut nama menu dia ##

Lepas makan ronda - ronda bandar jap sebelum balik umah
Amek kesempatan nak berdating


Pasni aku cam teringin nak layan steamboat la pulak





Hahaha....
 ngidam x hengat,
budget biru mata hitamku,
padahal nasik juga yang ko cari nanti kang


** gambar cam biasa la kan. **
 buat rembatan kencang jer kat encik gugel neh
nak amek gambar cam segan pulak semalam

Tuesday, May 18, 2010

LaPaN TaHuN LoRRRR....





17 MEI 2002
Cepat betul kan masa berlalu...
Macam tak pecaya lak  yang aku dah kenal Encik B selama 8 tahun
Lama jugak la kan
Kenal pun secara tak sengaja
Waktu tu aku stay kat Serdang
Dan...
Pada hari kejadian aku memang dok plan nak pegi rumah pakcik aku kat Rawang
Aku naik komuter yang terakhir dari Serdang
Masuk jer dalam komuter, memang aku dah perasan ada tiga bujak lapuk kat dalam tu
Buat derk jer la kan...
Aku kan sesorang waktu tu
Tetiba lak Encik B datang kat sebelah
Memula cam malas nak layan
Aku bukan sombong tapi dah tak kenal, malas la aku kan?
Dah la tetengah malam dah
Pastu dia yang dok start borak-borak
Bagitau diorang dari Nilai
Nak turun KL Sentral sebab nak pegi Pudu & balik Johor
Aku? yer-yerkan jer lah
Pastu dah nak turun, Encik B mintak no phone
Memula macam tak nak bagi jer tapi last-last aku bagi jugak
Suka suki jer kan bagi no tepon ko neh. Dah la baru kenal. Takleh nak pikir sangat kot time tu. Muda belia la katakan.
Bila Encik B balik Johor [ waktu tu dia kat Johor lagi, datang KL pun kejap-kejap jer ] kerap gak la dia call aku. Memula biasa-biasa jer
Aku pun takder la pikir apa sangat, layan pun as kengkawan jer
Tapi pastu memang selalu la Encik B turun KL jumpa aku
Last 31 Ogos 2002 kitorang declare as couple
Tapi memang PJJ nyer kapel la sebab Encik B kejer kat Johor
Then hujung 2004 baru la Encik B dapat kejer baru kat KL
Baru la leh dating tetiap hari
 T___T

Then tunang 25 Disember 2006
Dalam alam pertunangan tak payah cakap la kan dugaannya
Semua orang ada kan?
Pastu selamat diijab-kabulkan pada 21 Mac 2008


** MOGA BAHAGIA SELALU **






** patutnya aku letak entry nih semalam.. baru ngam2 ngan tarikh
tapi tu lar kan...
semalam aku coti coti malaysia ngan Encik B
layan feel baru - baru nak bercinta


Sunday, May 16, 2010

Aku HappY WalauPun TaK PaSti


Walaupun belum lagi pasti..
Tapi aku tetap happy
Aku harap benda ni akan jadi kenyataan
Ya Allah, kembalikanlah kegembiraan ini untuk hambaMu
Terlalu lama aku rasakan sengsara ini
Amin

*
*
*
*
*






Tuesday, May 11, 2010

AKu ADdiCt MenDa Nih...

Hahahaha....
Satu hari tak layan memang tak sah la kan...
Game ni aku kenal dah lama dah pun.
Since 2003-2004
Tapi gilernya sampai la sekarang nih.
Penah dulu aku pegi kursus untuk sistem eSPKB [sistem kewangan orang gomen] kat JANM, Putrajaya
Bukak jer pc kat bilik traning tu, boleh pulak ada game nih kat wall dia....
Apa lagi, layan tak ingat...
Hamek ko, kursus dah ke mana dah time.....
Lagipun, trainer kursus tu orang opis aku gak... buat kat sana sebab kat opis kami takder kemudahan bilik traning bersistem camtu.

Aku tak sure la korang layan ke tak game nih...
Nama dia.....


*
*
*
*
*
*
*
*

Bola Letup
[ nih aku la yang panggil.... ]
 Nama betul Magic Lines





~ ~ Sekian ~ ~

Monday, May 10, 2010

TeAm BuiLDiNg

Entry Basi..
Ni first kursus yang aku pergi untuk tahun 2010 nih. Dah kat opis baru ni, terpaksa la kan ikut peraturan. Kalau tak awal-awal tahun mesti aku dah berazam tak nak gi memana kursus sepanjang tahun. orang awal tahun, sumenya berazam menda-menda baik lagi berfaedah.. aku?
Kat sini memang ditekankan sangat pasal jumlah hari kursus. Kat opis lama aku pun sama gak, cuma aku jer yang dok perasan senior. ikut suka hati jer nak buat apa pun.
Aku pun tak sedar ada surat panggilan kursus dari HQ, sib baik ada opismate yang bagitau kat. Bila bukak email tengok minggu depannya jer tarikh kursus tu. Okay la, tak der hal. Aku kan dah amalkan term "SYMP" - sesapa yang kejer gomen tau la kan maksudnya. Malas aku nak nulis kat sini.
Bila tengokkan nama tempat nak kena pegi tu aku tak der la rasa apa apa sangat pun. Gopeng Rainforest Resort. Dah nama pun resort kan... mestila tempat dia ok jer.
Gerak ke sana naik keta pejabat jer. Kata nak savekan budget kan? Harusla pergi kursus pun ala-ala versi rombongan che kiah ke putrajaya. Gerak dalam pukul 9pagi dari alor setar and sampai ke Gopeng sekitar 11am. Amek masa lebih kurang 1/2 jam dari pekan Gopeng untuk sampai ke resort. Giler jauh ke dalam. Jalan pun jenis yang lagi 1 kaki nak masuk gaung jer. Giler gerun weh. Dah la nyaris bertembung ngan waja kat selekoh.
Sampai jer kat resort, memula cam xder rasa apa sangat la sebab nengokkan tempat macam ok jer.




Gopeng Rainforest Resort


Rupanya tak seindah yang disangkakan. Ala-ala BTN pun yer jugak nih. Korang bayangkan rumah kampung biasa, pastu naik atas ada 2 bilik ngan ruang tamu. Pastu ada disediakan sorang 1 tilam beserta bantal dan selimut. Pakej lengkap penginapan 3hari 2malam. Tapi kan nasib baik la sebab group aku ni group yang memula sampai.. 5 perempuan & sorang hero malaya. Dapat la amek bilik untuk 5 orang kat umah panjang yang berasingan. Tak la ramai sangat kan compare nak dok kat banglo untuk 20 orang tu. Lega satu part.
Bila selidik-selidik lagi rupanya resort ni hanya mempunyai 3 bilik air dan 3 tandas untuk kegunaan semua peserta. Hambek ko!! Aku tengok list peserta pun dah dekat 50 orang. Ngeri nak bayangkan. Time tu rasa cam nak ikut jer driver yang antar kitorang tu balik. Macam tak sanggup nak tempuh jerk. Tapi tu, apapun hidup harus diteruskan. Aku kan datang dengan misi khas untuk negara. Mana boleh patah semangat.
Kat atas tu gambaran untuk permulaan jer, bila dah start jer jadual petang tu, aku rasa macam tak lah teruk sangat. Mebi disebabkan team consultant yang best tahap gaban. Pastu owner resort tu pun betul-betul jaga dioarng nyer pelanggan. Memang superb la layanan.
So, Misi untuk lari balik secara automatik dibatalkan. Gila ko nak balik.. nak naik apa? Nak ke pekan Gopeng pun 6km dah. Kalau jalan biasa xper la, ni kan bergaung bagai. Rela x balik camtu.


Ni antara gambar sepanjang kursus tu.. Layanzzz




Ni sesi ice-breaking. Korang nampak kan meja ni?
Kat sini la sesi pembelajaran dan kat meja ni jugak la kami makan.
Kat belakang tu la yang aku bagitau pasal banglo tu.




Ni lak acara perbarisan sebelum "war game"
Ayat cam gerun tapi sebenarnya main baling-baling peluru air kat attacker jer.
Dah siap kena conteng-conteng muka lagi. Dah la air kena catu.


Yang ni sesi "malaysia cergas" a.k.a senaman pagi
Korang nampak kan umah panjang kat belakang sebelah kiri tu...
Kat situ la group aku stay untuk 3h 2m kat sana.





Ni aku tak ingat lak apa nama game dia, tapi yang pasti ada la nama samurai kat situ. Gerun gak time nih. Dah la dok dalam gelap, pastu tetiba jer datang sorang dari belakang, kunun2 samurai. Dah la garang giler tapi memula jer la, dah tau sapa dia hilang la sumer kecut perut.

dan....


Ini yang paling aku bangga kat diri sendiri. Aku berjaya jugak buat menda nih. kalau korang nak tau aku ni memang fobia air bebanyak nih sebab 5-6 tahun lepas aku nyaris lemas kat PD..
korang mesti tau kan yang aku ni tak tau berenang.
Tapi ntah camner, ari tu aku macam nak jugak buat body rafting nih. Siap pesan kat mamat riverbug tu lagi, nanti bila aku dah baring atas air, terus lepas jer, jangan tanya-tanya aku dah ready ke hapa..
Kalau tanya conform aku tak leh nak buat aksi kamikaze nih..
[ ni bukan gambar aku tau... pic aku diorang tak upload pun kat facebook.
Nak tunggu ntah bila la pulak aku nak dapat, so guna jer la pic nih ]


Final...
Gambar sekitar kem tersebut










MaRi BeRSaRAPaN


Alhamdulillah...
baru jer selesai sarapan..
Bukannya sebab busy aku lambat breakfast tapi memang selalu pun makan time-time camni.
Sesejak bertukar kejer kat alor setar bulan Ogos lepas, aku dah terbiasa lak ambik nasik untuk sarapan. layak dipanggil brunch sebab sekali harung makan untuk tengahari.
Tapi kan, aku mula menyedari, cewah cewahhhh.... yang berat badan aku mula menunjukkan prestasi yang agak baik. cepat jer ko naik kan? Maka menu untuk brunch aku haruslah dikaji semula.
Maka dengan azam dan semangat yang jitu,....
Ni lah sarapan aku sejak dua minggu yang lepas....


Roti Bakar
[ ni aku order jer kat cafe depan opis, bukan malas nak home-made tapi aku suka makan bila pepanas... Rangup jer rasanya ]


Sandwish telur - mayonis - salad
[ ni lak bila tetiba aku jadi rajin, pepagi lagi dah bangun siapkan sarapan untuk bekal pegi opis ]

Dan yang pastinya, walau macam mana berubahnya menu sarapan aku, air kegemaranku takkan dilupa @ ditinggalkan sama sekali.....


Nescafe ais
 wallah....

Harap harap aku mampu la bertahan dengan menu - menu nih
Chaiyok.. chaiyok

*** picture sumer aku mintak kat encik google jer... bukan imej sebenar
sekian....
Adios, batista


Sunday, May 9, 2010

ChOCOLaTE MaKiNg



Nih edisi test diri sendiri
Semalam, dok umah jer..
 takder gi memana pun...
memula dok layan citer2 kat TV,
 tapi macam tak best jer..
alih2 teringat lak ader lagi bahan bahan coklat kat dalam peti ais....
Boleh buat nih, dah xder kejer sangat kan....
Tak lama pun nak buat coklat nih....
Penat kat nak double boil jer
Tapi kan...
aku lupa lak nak snap gambar...
dah sesiap kuarkan dari mol baru teringat
Buat guna mol roses jer..
Malas nak campor campor
Ni jer la gambar yang ada.....












dan.....


E-cHa

Ini la "trouble maker" pada hari kejadian
siap panjat panjat kerusi lagi untuk menjayakan misi
penat aku weh...
abes sumer dia nak pegang....
dah la coklat tu panas..
Dalam aksi tepis-feel the choc tu
aku lupa......
nak masukkan badam kat dalam coklat aku tuh
padahal dah siap pun goreng...
next time la...
pasni nak guna white choc la pulak
Boleh buat kaler - kaler

Wednesday, May 5, 2010

AkU StReSS Di SaaT INi..






Gila ahh... makin hari makn tak dapat dibendung rasa hati aku nih
dedulu, act tak la lama sangat pun, sekitar tahun lepas sumenya macam ok jer, apa-apa hal sume dikongsi bersama. tapi hari ni,.... arghhhhhhhhhhhhh
tapi apasal sejak kebelakangan ni, aku rasa kemesraan tu dah semakin menghilang. dah wujud seolah-olah 'klik' kat sini.
Xper la, selagi boleh bertahan, aku layankan jer. Nawaitu aku berada kat tempat ni pun untuk mencari rezeki untuk keluarga.
just forget about it.. boleh ker?

Tuesday, May 4, 2010

KaD PeRaKUaN NikAH PiNTaR


Ari tu dah baca tapi lupa lak nak bertindak [boleh ke eh perkataan nih]
Ni baru aku teringat balik. Kedah baru jer lancarkan KPNP nih, negeri lain rasa-rasanya dah lama pun ada kad ni. Tapi xkesah la kan... dari tak der langsung
Skrang ni baru dok berkira-kira nak pi amek gambar sebab diorang nakkan 2 keping gambar seorang. aku tak der dah stok gambar ukuran pasport yang terbaru. Last amek gambar jenis ni masa nak masukkan data HRMIS kat opis lama dulu. Kalau tak silap tahun 2008 kot... giler lama tuh. Stok pun tinggal sekeping jer lagi. Harus la kena amek yang baru. Kad tu kan nak dibawa ke mana-mana.
Kat web MAIK xder lak dia bagitau berapa lama tempoh kad tu dapat disiapkan. Harap2 tak la lama sangat. Aku dah lama dok berangan nak ada kad ni. Sumer kawan-kawan dari negeri lain dah ada. Gila jakun kan?
Budget dalam minggu ni boleh kot siapkan gamabr tu, minggu depan boleh la pegi MAIK isi borang. Kena pegi ari ahad la nampaknya sebab Encik B just cuti satu hari tu jer. Aku? kejer tapi boleh la setakat nak keluar sejam dua tu. Kan ni pun urusan rasmi jugak.
So, kepada semua pengantin expired cam aku ni yang mempunyai sijil nikah dari Negeri Kedah boleh la beramai-ramai  menyerbu Pejabat Agama Daerah yang terdekat.

Nak kuRuS...

Macam x boleh nak diterima jer nih... aku sekarang dah makin gumukks... adoi la nasib
giler lak aku rasa bila satu persatu baju kurung aku dah terasa semakin menyempit
aku tau, aku tau... dah ada sorang anak & memang normal la kan kalau badan nak naik.
tp usaha harus dilakukan...
sebenarnya aku xbrapa nak confident amek ubat bagai tu.. takut ada side effect lak kang, terus hilang kisah kurus, episod lain lak yang timbul.
tapi kan, ari tu ada la opismate aku bgtau yang dia baru jer amalkan minum SLIMM & FIRMM  Atika Beauty. nampak macam ok tapi ntah la kan. aku nak try la... what say u?


ni aku letakkan dia nyer produk. ni bukan iklan tau, xdapat apa2 pun. just nak letak kat sini kot2 ada sesapa yang boleh respon.



SLIMM & FIRMM (350ml)

SLIMM & FIRMM membentuk semula tubuh badan

kita dalam jangkamasa PENDEK dan

MENGEKALNYA dalam jangkamasa panjang.

 

SLIMM & FIRMM merupakan terapi PHYTO (tumbuhan) dihasilkan melalui Bio-Aktif NANO dengan sebatian tulen 100% terapeutik dan TANPA KESAN SAMPINGAN. SLIMM & FIRMM telah berjaya memecutkan penyingkiran lemak degil dengan lebih mudah, mengurangkan lemak tubuh badan disamping mengekalkan tenaga & keseimbangan kadar metabolisme badan, menyingkirkan lemak berlebihan, menentang selulit dan yang penting sekali MENGETATKAN BADAN atau KULIT.



Faedah / Kesan SLIMM & FIRMM

Menguraikan lemak tertakung dan degil (Tisu Adipose) - Lipolisis - Membina otot tanpa lemak dan menghalang penakungan lemak.

Memanjangkan kesan pembakaran lemak dan menukarkan lemak kepada tenaga. - Menyelaraskan metabolisme tubuh badan kepada paras yang sesuai sekali untuk membakar kalori, tanpa menghasilkan kesan sampingan negative ke atas sistem saraf dan sistem kardiovaskular.

Membantu merangsang gerakan usus dan menambahkan nutrien dan penyerapan air di dalam usus kecil dan besar.

Membantu mengurangkan kolesterol didalam tubuh badan.

Membantu menyelaraskan pH didalam tubuh badan.

Meningkatkan sistem keimunan dan peredaran darah.

Menguatkan hati dan menyingkirkan toksin tubuh badan.

Membekalkan tubuh badan dengan Vitamin A, C, E, B 1, B2, Niacin (B3), B5, B Kompleks, Asid Pantotenik dan 15 jenis Asid Amino, Mineral: Kalsium, Manganum, Besi, Selenium, Kalium, Magnesium, Fosforos. Kompaun tambahan: Asid Lemak, Klorofil, Flavonol, Polifenol, Antioksidan.

Menyegarkan dan memulihkan daya hidup muda kulit.

 
SLIMM & FIRMM adalah sesuai untuk semua dewasa kecuali yang menerima rawatan, atau ubat, sakit jantung, darah tinggi & kanak-kanak yang umur 16 ke bawah.

Kami cadangkan bahawa langkah-langkah berikut diamalkan untuk mencapai kesan kelangsingan dalam masa yang lebih singkat

 
Cara Penggunaan

Goncang dahulu sebelum di minum, ambil 15 ml, minum 2 kali sehari dengan menggunakan cup sukatan yang disediakan, selepas sarapan pagi dan tengahhari.

Info aku amek kat sini  SliM & FiRm