KaMu HeBat

Top Comment :

Monday, November 15, 2010

MaRi BeLaJaR TeNTaNG MaTaWAnG MaLaYSia



hari ni aku nak share sedikit info mengenai matawang yang digunapakai di Malaysia

mestila RM kan?
korang mestila dah expert part ni kan
itukan kawan baik disaat korang bershopping kan




Pembuatan wang kertas adalah mengunakan 100% kapas kerana dapat mengesan kesan palsu dengan cepat kecuali RM5 yang menggunakan polimer kerana ia lebih bersih dan tahan lasak

Reka bentuk wang kertas siri baru ( ketiga) adalah bertemakan Wawasan 2020 yang menggambarkan perkembangan serta pencapaian pesat ekonomi Malaysia menuju negara maju.
RM100 - sektor perkilangan
RM50 - sektor perlombongan
RM10 - sektor pertanian
RM2 -
ditamatkan pengeluaran pada tahun 2000
kerana mudah rosak pada bahagian tengah dan tidak popular
popular jer aku rasa nak-nak masa time nak raya kan?


pada masa sekarang kita menggunapakai wang syiling siri ke-3
syiling RM1 pula telah ditarik taraf sah laku pada 7 Disember 2005




ciri-ciri keselamatan wang kertas





POTRET TANDA BAYANG
dapat dikenalpasti melalui pancaran imej warna yang lebih terang atau gelap sedikit berbanding warna kertas sekitarnya. Tanda bayang ini yang memberi kesan 3D kelihatan lembut dan berbayang tanpa garis-garis yang jelas. Di bahagaian bawah tanda bayang ini dapat dilihat dengan jelas angka nilai wang tersebut.


BENANG SERAT KESELAMATAN
kelihatan berwarna merah, kuning dan biru apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu
ia ditenun di dalam kertas dan kelihatan seperti garis-garis putus berwarna perak pada permukaan belakang wang kertas. Apabila dilihat pada cahaya ia akan kelihatan seperti satu garis lurus kehitaman dengan cetakan BNM RMxx (mengikut nilai wang kertas). Benang keselamatan akan bertukar warna seperti warna pelangi apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu


PEAK (printed and embossed antycopy key)
angka [nilai wang] akan kelihatan di tengah-tengah segi empat PEAK. keseluruhan segi empat akan berkilau di bawah cahaya ultraungu. Apabila dilihat ke arah cahaya, 3 tanda pada permukaan terbuka bahagian hadapan wang kertas akan selari dengan 3 tanda cetakan pada bahagian belakang wang kertas berkenaan.


LEAD (longlasting economical anticopy device)
motif rekabentuk holograf yang ditunjukkan adalah sama seperti motif yang terdapat pada kawasan berwarna ungu. Jalur LEAD dicetak dengan perkataan RMxx dan BNM. Warna yang terdapat pada jalur LEAD akan berubah-ubah apabila dilihat dari beberapa sudut yang berlainan. Pola cetakan khusus pada kedua-dua belah jalur akan kelihatan di bawah cahaya ultraungu.


CETAKAN INTAGLIO
cetakan intaglio adalah cetakan timbul berdakwat yang dihasilkan daripada lapisan dakwat halus di beberapa bahagian sebelah hadapan dan belakang wang kertas seperti pada potret Yang Dipertuan Agong, angka denominasi, elemen hiasan dan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA".


TANDA PANDANG TELUS
apabila wang kertas dilihat pada cahaya, bunga raya di bahagaian depan akan kelihatan selari dengan bunga raya di bahagian belakang. Bunga raya ini juga akan kelihatan berkilau di bawah cahaya ultraungu.



 GARIS PANDUAN PENILAIAN WANG KERTAS CACAT
ATAU ROSAK


WANG KERTAS CACAT
Wang kertas yang keadaan fizikalnya telah berubah, sama ada secara tidak sengaja dicemari dengan air, minyak, cat, dakwat atau bahan yang serupa atau kehilangan sebahagian atau beberapa bahagian daripadanya. Ini tertakluk kepada bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu adalah pada asalnya sebahagian atau beberapa bahagian daripada satu helai wang kertas yang tunggal.


Terdapat tiga kategori nilai penebusan bagi wang kertas cacat seperti yang berikut :


(i) Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal
(ii) Nilai separuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal
(iii) Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada wang kertas yang asal.



WANG KERTAS ROSAK
Wang kertas yang terdapat padanya perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan, karikatur sama ada ditulis atau ditanda di atas permukaannya secara sengaja.


(i) Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang mempunyai kerosakan kecil.

(ii) Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang rosak dengan sebarang cara yang nyata (iaitu, tanda yang dibuat di atas potret Yang DiPertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas itu sebagai kad jemputan/pad tulis).



 KES-KES YANG MERAGUKAN
Sebarang kes yang meragukan yang menyukarkan penilaian dibuat disebabkan wang kertas itu dalam keadaan yang sudah rosak (sebagai contoh, satu helai wang kertas yang terbakar dengan teruk atau kerosakan pada wang kertas yang sukar menentukan saiznya) hendaklah dirujuk pada Bank Negara Malaysia untuk penilaian.



sumber : risalah taklimat dari Bank Negara Malaysia


2 comments:

puanstoberi said...

gud info yunkk!!

ryn said...

Sharing is caring right..?