KaMu HeBat

Top Comment :

Thursday, November 25, 2010

ADA aUDiTOR dI SiNi

imej : google


hari ni merupakan hari ke-3 dan terakhir para auditor ni berkampung kat opis aku
ni group auditan untuk ISO
ok sket la berbanding auditing sebelum-sebelum nih
asyik tertumpu kat kewangan jer
yang ni menyeluruh untuk sumer bahagian
fail-fail dari unit aku pun dah selamat diaudit semalam
ok kot sebab kejap jer dia tengok
jangan la ada notis lak lepas ni yang sampai
penat dah nak menjawab
audit ni banyak tertumpu untuk aspek pemfailan
part ni memang aku agak fail sket
banyak sangat aturan dia
kaler fail la, cara buat minit bagai
so, serahkan sajor kepada yang pakar
aku dok dendiam suda


Wednesday, November 24, 2010

NoW OPeN




aku dah tukar layout blog nih
ntah la
kejap rasa ok, kejap rasa tak ok
tapi  tak per... ok kan jugak buat masa nih
banyak kejer dok menunggu aku

aku baru tukar yang major
yang kecik-kecik tu pelan pelan aku buat
bukan nak tukar apa sangat pun
just nak sedondonkan kaler
tak ke pelik tetiba ada kaler hijau kat persekitaran kuning dan orange

nasib baik la jugak
tak der apa-apa yang ghaib masa proses penukaran tu
kot tak penat haku nak menjejak kasih







Tuesday, November 23, 2010

JeMU






rasa cam jemu la pulak
hari-hari bila bukak blog
tengok template yang sama jer
aku start guna template bulan mei ari tu kot
cepat nau berubah hati kan?


kali ni cam nak carik kaler teterang la pulak
hijau pucuk pisang ker.... orange ker kan?
dah penah dah mata ni asik tengok kaler hitam ngan merah


ok la
nak pegi search template cun jap
chowww

 

Monday, November 22, 2010

SaBuN SuSu BeRaS



korang penah dengar tak pasal sabun/pembersih ni
aku pun baru jer tau
tu pun secara tak sengaja terbaca kat blog mana ntah lupa lagi
macam menarik jer kan?
selalu dengar sabun susu kambing jer
ke dah lama menda ni ada kat pasaran
dah tu kat blog yang aku baca tu dia bagitau sabun tu dia beli kat kedah
uitsss, tak tau pun
dah macam katak bawah tempurung sket kadang-kadang
tu yang selalu terlepas info

pastu tadi kebetulan pulak
ada opismate yang bawakkan sabun nih
tengok jer
automatik kuarkan duit dan terus hulur kat dia
yang penting beli dulu
guna ke tak belakang kira
aku memang camni
mesti ala cam hangat-hangat taik ayam jer kang





KEBAIKAN/KHASIATNYA

menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang tanpa pengelupasan
menanggalkan kotoran, minyak dan sel yang mati, parut, jerawat dan jeragat
mengatasi masalah bau badan yang tidak enak dan menghilangkan kesan hitam bawah ketiak
menaikkan seri wajah secara semulajadi


lebih info : klik kat  sini


ada tak sesapa yang penah guna sabun nih
ok ke tak?



Sunday, November 21, 2010

SeNaNgNYa DaLaM HaTi



korang nak tau
aku sebenarnya dah lama tak bukak nuffnang ni
memang tahap nak merajuk dah pun
dah 3-4 minggu earning aku tak bergerak-gerak
bukan harapkan sangat
tapi bila nampak earning tu bergerak
walaupun 0.25 sen
memang automatik datang semangat nak meng-apdet blog
dapat kempen pun aku tak kisah sangat

tapi kan
tadi aku try la jugak dengan rasa merajuk-merajuk manja
bukak nuffnang aku
ko tau apa yang aku nampak
berdesup la pulak naiknya
sajer tau encik nuffnang nih
dari RM27.00 kira kira 3-4 minggu yang lepas
terus dapat RM36.75
wahhhh.. sukanya aku
tak pasti la samada berdesup masuk banyak cam tu serentak
ataupun dah masuk sket-sket masa aku mrajuk tak nak tengok encik nuffnang ari tu
memang aku perasan pun
lately kerap jugak la iklan terpampang kat blog hampeh aku nih

korang nak tau
sampai sanggup aku onkan statCounter ni
punyala takmo bukak nuffnang
giler sengal la kan
nasib baik aku jer yang merajuk kat encik nuffnang
kalo dia pun sama dok merajuk ngan aku
uishhhh... takmo pikir la


agak-agak korang la
bila eh nak genapkan ke angka RM50 tu
takder niat nak cashkan lagi
tunggu biar riban-riban dulu leh?
haha.. verangan !! nampak macam jauh dari jangkauan jer kan


setakat hari ni
tak penah lagi aku dapat yang BE tu
tak per la
sedar diri la sikit kan?
tahap blog hidup segan mati takmo ni
kempen jer la yang aku dapat
tu pun dah kira syukur dah orang nak kasi






Di SaNa.. PaDa SUaTu MaSa DuLu



 

kenapa eh
tetiba jer cam teringat pulak geng-geng kat RTM nun
betapa baik dan sportingnya diorang
sama-sama mengharungi alam pekerjaan yang rata-ratanya adalah pengalaman pertama dalam dunia pekerjaan nih
tapi tu lar kan
peubahan dan hijrah diperlukan dalam hidup kita semua

batch aku adalah seramai 10 orang dan campo sorang ptpo
jadinya 11 orang
masa tu melapor diri kat BPSM kementerian di Kompleks Dato Onn
alaaa.. yang dekat bank negara nun
ate.. dah namanya lapor diri
diorang dok siapkan segala dokumen
seminggu la jugak kami dok tersadai tanpa kejer kat sana nun
boring giler
tapi nasib baik la dekat ngan shopping kompleks
apa lagi.. menawaf jer la kejernya
kejap ke pertama, kejap ke sogo
kitorang bukan tak nak buat kejer tau
dah memang takder kejer masa tu
lagipun, patutnya penempatan kami kat angkasapuri




masa mula masuk kejer tu
kewangan masih lagi disatukan kat kementerian
masa tu kami ditempatkan kat tingkat 3, angkasapuri
dan ptpo yang tersesat sorang tu ditempatkan kat admin bahagian kejuruteraan
part lawak masa boss nak asingkan kami ikut unit
lepak kat bilik meeting pastu sorang2 wakil dari unit datang brief pasal kejer2 kat uni berkaitan
rasa cam diorang tengah dok promote hapa ntah
akhirnya aku pilih unit vot atau korang leh panggil unit vouge
unit tu cam jaga peruntukan la lebih kurang tapi bukan untuk major
yang major bahagian belanjawan yang jaga
yang ni kira ikut bahagian
masa tu takder lagi sistem ee nih
bayaran pun guna manual
untuk masukkan data kami kat unit vot guna sistem USPK
aku pun tak reti nak xplain sangat pasal sistem ni sebenarnya
khas untuk kewangan

suasana kejer masa tu memang superb la
masih dalam peringkat kanak kanak ribena kot
umo pun baru awal2 20an sumernya
so enjoy sangat



awal 2004
kami dipecahkan mengikut jabatan
memang sedey la masa ni
mana taknya
yang akan tinggal kat situ cuma sesapa yang incharge kementerian ngan rtm jer
yang lelain sumer kena keluar
ada yang ke Filem Negara, Jab Penerangan dan JASA
ko bayangkan kami ber10 neh
mana-mana pegi pun sesama
bekfest, lunch dan kekadang dinner pun sesama
alih-alih dah nak kena berpisah

dan sekitar mac 2004 jugak
cawangan akaun jabatan penyiaran telah diarah berpindah ke wisma radio uish, skema mak limah di sini
padahal masa awal tahun ari tu dah berpindah dari belakang ke depan
tapi masih lagi di tingkat yang sama
yang ni pulak ke wisma radio
memang dah terasa kepenatannya walaupun masih belum berpindah
kitorang dapat tempat tu kat ground floor jer
tapi pada sesapa yang penah sampai  ke angkasapuri dan wisma radio tu
tau la macam mana keadaannya
nak terus usung barang guna troli tak leh sebab nak kena naik tangga pulak pastu
kena turun ke LG wisma tv, pastu lalu terowong maut
pastu kuar ke parking
masuk ikut terowong ajaib wisma radio untuk sampai ke LG
pastu masuk lif baru sampai ground floor a.k.a foyer wisma radio
hazab memang la hazab
tapi nak buat camner kan?




tapi apapun
best sebenarnya dok kat tempat baru nih
satu - jauh dari pandangan mata-mata senior yang berlagak nak mam
pastu lak
kat depan opis ada sumber hiburan terkini berita sensasi
opis aku adalah berdepan dengan audi perdana
pantang la kan ada latihan bagai
memang kosong seketika opis aku tu
yang bos pulak, memag tau la kat mana nak mencari kitorang nih
dah 2-3 kali pun ada insiden di mana kelihatan seorang boss sedang bercekak pinggang
sambil memerhatikan anak buah yang leka pada hiburan duniawi nih
tapi tak per
boss pun sporting jugak
memang takder hal.. janji kejer siap suda


masa kat sini
antara tugas utama aku
membuat cash payment untuk artis
jangan jeless kay
bukan aku yang cari artis tau
diorang yang cari aku
cari ada makna la kan? ingat ko glamer sangat ker
sampai hartis pun nak cari ko



port glamer untuk melepak
kalo dah sangap sangat nak menunggu rakaman yang berejam jam kat audi nun
tapi bukan la untuk menjadi dj
aku jadi dj kang, abesla dj-dj lain takleh nak carik makan
tak pun langsung tutup KLfm nun


last famili untuk aku bersama rtm @ PD 2008




kawan pun dah silih berganti masa tu

tapi tetap jugak happening
opis aku lak mengamalkan prinsip sound direct
apa apa hal kasi zaasss jer terus
tak mo cakap2 belakang
sampaikan ada la part-part air mata duyung kena zasss
tapi apapun
cawangan akaun rtm memang best


sumber imej : google
last pic : koleksi peribadi

Saturday, November 20, 2010

KeSiLaPaN PaSANgaN BaRu BerKaHWiN




gambar hiasan

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.
Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1:
Tidak menguruskan hutang
Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.


Apa yang perlu dilakukan:
 Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2:
Menyingkirkan kawan
Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan:
Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3:
Tiada kepuasan seks
Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan:
Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.
Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4:
Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa
Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan :
Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5:
Bergaduh secara tidak adil
Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat :
Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

Kesilapan 6:
Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak
Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan:
Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.
Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses
 
 
 
 sumber : srikasih



Friday, November 19, 2010

SaLaH SaTU SeBaB KeNaPa AKu SuKa BeRiNtERNet




PANDUAN MENGURANGKAN TEKANAN KERJA


Beberapa panduan boleh kita jadikan amalan yang bertujuan mengurangkan tekanan kerja:







 Berwuduk
Biasakan diri anda dalam keadaan berwuduk. Amalan berwuduk memberikan ketenangan Jiwa dan segala kerja yang susah akan menjadi senang diselesaikan. Selain itu, berwuduk dapat menghindarkan diri dari gangguan syaitan yang suka menghasut apabila kita dalam berkeadaan letih dan marah.




Banyakkan Membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah s.w.t. jika umatnya membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai untuk kita membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Biasakan diri dan jadikan Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.




Banyakkan Solat Sunat
Manusia merupakan makhluk yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. maka itu kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Amalan sembahyang sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih dan sebagainya; memberikan ketenangan dan kekuatan dalam diri anda.




Berdoa kepada Allah s.w.t.
Mengingati Allah s.w.t. senantiasa ketika dalam suka dan duka. Memohon petunjuk dan keampunan agar hari-hari yang dilalui menjadi mudah. Doa yang mustajab beserta keikhlasan dan hati yang suci memohon bersungguh-sungguh akan dimakbulkan Allah s.w.t. Maka kita digalakkan berusaha supaya mencapai sesuatu hajat di samping berdoa hanya kepada Allah s.w.t. yang Esa.




 Beriadah
Aktiviti beriadah dapat mengurangkan tekanan. Badan yang sihat dan otak yang cerdas mampu membentuk peribadi yang berhemah. Segala tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan dengan melakukan aktivi-aktivit riadah. Aktiviti riadah juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika kita mengamalkan aktiviti beriadah bersama keluarga.




Pemakanan Seimbang
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh yang demikian, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Makanan yang tidak seimbang memudaratkan kesihatan dan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.




Luahan perasaan
Mereka yang menghadapi tekanan adalah digalakkan meluahkan segala perkara yang terbuku dihati. Dengan luahan perasaan ini akan dapat meredakan hati dan perasaan yang terpendam sekian lama. Luahan ketidakpuashatian pada orang lain boleh dilakukan dengan menulis atau menconteng diatas sekeping kertas, notice board atau meramas bola getah. Tindakan demikian akan dapat meredakan hati yang gundah gulana atau marah. Ada juga sesetengah mereka meluahkan perasaan dengan menangis. Menangis dengan sepuas-puas hati dapat meredakan fikiran yang kusut. Elakkan menceritakan masalah peribadi anda kepada orang ketiga sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya anda merasakan ingin meluahkan segala isi hati anda yang celaru, pastikan orang yang mendengar masalah anda merupakan orang yang boleh dipercayai dan tidak kianati diri anda.




Inisiatif
Setiap individu harus tanamkan sikap inisiatif dalam minda anda. Amalan ini merupakan tindakan positif jika anda berada dalam keadaan tertekan. Yakni anda tahu meletakkan situasi diri anda dalam keadaan yang sepatutnya dan berkemampuan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah anda. Jangan biarkan diri anda berada dalam satu kepompong jika anda menghadapi masalah. Sebaliknya ambil tindakan susulan dan perancangan rapi jika anda dalam delima.




Melayari Internet
Kaedah ini juga boleh meredakan tekanan kerja. Dengan melawat laman-laman web yang berinformasi dan laman web diskusi. Cara ini merupakan tindakan positif untuk menjana minda dan bersikap peka dalam sesuatu perkara yang berkait dengan keadaan sekeliling.




Senaman Ringan
Lakukan senaman ringan di tempat kerja sekiranya anda ketika itu dalam keadaan tertekan. Senaman ringan seperti berjalan, lunjurkan kaki dan sebagainya dapat merehatkan minda dalam seketika.





***
perhatikan part yang aku boldkan tu
ok tak alasan tu korang rasa...?




Thursday, November 18, 2010

PaHit ItU UbaT KaN?



Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama saintificnya Momordica Charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Di pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua.

Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.

Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.


Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit kencing manis ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.


Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah dihancurkan pula digunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.


Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah fungus, peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.


Walaupun peria tidak diminati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.





************************


tetiba jer kan kuar citer pasal peria nih
 bukannya apa,
sajer nak menggamit kenangan
dedulu memang aku tak pernah jamah sayur buah peria nih
tapi ntah macam mana
masa mengandung 2 tahun lepas
sayur ni yang selalu aku makan
memang la pahit
tak rasanya tak la seteruk yang aku sangka





Wednesday, November 17, 2010

MakHLuK PaLinG GLaMeR HaRi Ni









hahahahaha
rasa-rasa korang setuju tak ngan aku
hari ni kat mana-mana pun dok citer pasal dia
berapa ekor nak tumbang
dah nama pun raya korban kan?





untuk tahun ni pun
aku masih lagi tak mampu untuk korbankan seekor lembu
agak-agak kalau buat yang macam ni
kira aci tak?


ketupat lembu



sumber imej : Mr.Google



Tuesday, November 16, 2010

SaLaM AiDILAdHa





di sini
aku mengambil kesempatan
untuk mengucapkan

SALAM AIDILADHA

kepada sumer yang membaca blog aku neh
moga apa jua korban yang telah korang lakukan
akan mendapat balasan yang setimpalnya


dan
kepada sedara dan kenalan
yang berada di Tanah Suci Mekah
Semoga mendapat haji yang mabrur
dan dipermudahkan segala urusan di sana



***
bercuti selama 4 hari
sebab kedah off 2 hari untuk Raya Haji




SeDiKiT UpDaTE



ari ni datang opis cam takdak mood jer
padahal ramai jer kat opis nih
semalam dah dapat kebenaran untuk half day
harus la aku chow pukul 1.00 tengahari jap lagi
so tata sumer


ohhh,,,
hari ni cuma sempat buat pelarasan kenaikan gaji tahunan
pastu terima sedikit hasil untuk jabatan
proses 5-6 pesanan tempatan untuk pembekal
rasa cam tak buat kejer
tapi bila disenaraikan
macam banyak la pulak yang aku buat eh
ok la
tak der la istilah makan gaji buta kan


 


Monday, November 15, 2010

MaRi BeLaJaR TeNTaNG MaTaWAnG MaLaYSia



hari ni aku nak share sedikit info mengenai matawang yang digunapakai di Malaysia

mestila RM kan?
korang mestila dah expert part ni kan
itukan kawan baik disaat korang bershopping kan




Pembuatan wang kertas adalah mengunakan 100% kapas kerana dapat mengesan kesan palsu dengan cepat kecuali RM5 yang menggunakan polimer kerana ia lebih bersih dan tahan lasak

Reka bentuk wang kertas siri baru ( ketiga) adalah bertemakan Wawasan 2020 yang menggambarkan perkembangan serta pencapaian pesat ekonomi Malaysia menuju negara maju.
RM100 - sektor perkilangan
RM50 - sektor perlombongan
RM10 - sektor pertanian
RM2 -
ditamatkan pengeluaran pada tahun 2000
kerana mudah rosak pada bahagian tengah dan tidak popular
popular jer aku rasa nak-nak masa time nak raya kan?


pada masa sekarang kita menggunapakai wang syiling siri ke-3
syiling RM1 pula telah ditarik taraf sah laku pada 7 Disember 2005




ciri-ciri keselamatan wang kertas





POTRET TANDA BAYANG
dapat dikenalpasti melalui pancaran imej warna yang lebih terang atau gelap sedikit berbanding warna kertas sekitarnya. Tanda bayang ini yang memberi kesan 3D kelihatan lembut dan berbayang tanpa garis-garis yang jelas. Di bahagaian bawah tanda bayang ini dapat dilihat dengan jelas angka nilai wang tersebut.


BENANG SERAT KESELAMATAN
kelihatan berwarna merah, kuning dan biru apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu
ia ditenun di dalam kertas dan kelihatan seperti garis-garis putus berwarna perak pada permukaan belakang wang kertas. Apabila dilihat pada cahaya ia akan kelihatan seperti satu garis lurus kehitaman dengan cetakan BNM RMxx (mengikut nilai wang kertas). Benang keselamatan akan bertukar warna seperti warna pelangi apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu


PEAK (printed and embossed antycopy key)
angka [nilai wang] akan kelihatan di tengah-tengah segi empat PEAK. keseluruhan segi empat akan berkilau di bawah cahaya ultraungu. Apabila dilihat ke arah cahaya, 3 tanda pada permukaan terbuka bahagian hadapan wang kertas akan selari dengan 3 tanda cetakan pada bahagian belakang wang kertas berkenaan.


LEAD (longlasting economical anticopy device)
motif rekabentuk holograf yang ditunjukkan adalah sama seperti motif yang terdapat pada kawasan berwarna ungu. Jalur LEAD dicetak dengan perkataan RMxx dan BNM. Warna yang terdapat pada jalur LEAD akan berubah-ubah apabila dilihat dari beberapa sudut yang berlainan. Pola cetakan khusus pada kedua-dua belah jalur akan kelihatan di bawah cahaya ultraungu.


CETAKAN INTAGLIO
cetakan intaglio adalah cetakan timbul berdakwat yang dihasilkan daripada lapisan dakwat halus di beberapa bahagian sebelah hadapan dan belakang wang kertas seperti pada potret Yang Dipertuan Agong, angka denominasi, elemen hiasan dan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA".


TANDA PANDANG TELUS
apabila wang kertas dilihat pada cahaya, bunga raya di bahagaian depan akan kelihatan selari dengan bunga raya di bahagian belakang. Bunga raya ini juga akan kelihatan berkilau di bawah cahaya ultraungu.



 GARIS PANDUAN PENILAIAN WANG KERTAS CACAT
ATAU ROSAK


WANG KERTAS CACAT
Wang kertas yang keadaan fizikalnya telah berubah, sama ada secara tidak sengaja dicemari dengan air, minyak, cat, dakwat atau bahan yang serupa atau kehilangan sebahagian atau beberapa bahagian daripadanya. Ini tertakluk kepada bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu adalah pada asalnya sebahagian atau beberapa bahagian daripada satu helai wang kertas yang tunggal.


Terdapat tiga kategori nilai penebusan bagi wang kertas cacat seperti yang berikut :


(i) Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal
(ii) Nilai separuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal
(iii) Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada wang kertas yang asal.



WANG KERTAS ROSAK
Wang kertas yang terdapat padanya perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan, karikatur sama ada ditulis atau ditanda di atas permukaannya secara sengaja.


(i) Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang mempunyai kerosakan kecil.

(ii) Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang rosak dengan sebarang cara yang nyata (iaitu, tanda yang dibuat di atas potret Yang DiPertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas itu sebagai kad jemputan/pad tulis).



 KES-KES YANG MERAGUKAN
Sebarang kes yang meragukan yang menyukarkan penilaian dibuat disebabkan wang kertas itu dalam keadaan yang sudah rosak (sebagai contoh, satu helai wang kertas yang terbakar dengan teruk atau kerosakan pada wang kertas yang sukar menentukan saiznya) hendaklah dirujuk pada Bank Negara Malaysia untuk penilaian.



sumber : risalah taklimat dari Bank Negara Malaysia


Sunday, November 14, 2010

PaSaL BanJiR LaGi


aku guna-pakai gambar sedia ada

disebabkan banjir nih
berlaku la sedikit kacau bilau
bila hal-hal berkaitan bantuan diperkatakan
aku pun tak reti nak komen hapa-hapa
kang kalo salah komen
mau teruk pulak aku kena kang
ada pihak yang mempersoalkan sumber bantuan kepada mangsa banjir
ada jugak yang mempersoalkan kecekapan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir

pada aku la
dalam keadaan yang macam nih
 tak payah la nak tunjukkan siapa hero dan siapa jaguh
kan bagus kalau sumer dapat sama-sama membantu
dengan sepenuh hati dan rasa ikhlas
tanpa mengira apa identiti kita
sebab apa-apa pun
yang menjadi mangsa
akan terus menjadi mangsa
mangsa banjir dan mangsa keadaan

lagi satu
memang kerajaan akan sentiasa memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir
tapi, dalam situasi macam nih
akan wujud satu spesis manusia
yang boleh dipanggil
spesis pentingkan diri
macam kata MB Pahang kat dalam buletin malam tadi
kalau kau tu langsung tak terlibat dengan banjir
tak payah la nak suka-suki nak masukkan nama kat senarai tu
 ayat aku sendiri, maksud lebih kurang la ngan MB tu
kang yang patutnya dapat, langsung berputih mata

aku menyokong kalau bantuan-bantuan tu
terus disalurkan ke rumah-rumah
tak payah la nak letakkan kat pusat-pusat
kang yang sampai ke mangsa tak sampai pun separuh
aku bukannya bercakap kosong
tapi tu la yang famili aku hadap dulu
bukan hadap sangat pun ngan bantuan tu cakap besar di sini
tapi, sakit hati tu mestila ada kan

dah la
tak mo cakap bebanyak dah pasal nih
kang ntah hapa-hapa lak tafsiran orang nanti




Friday, November 12, 2010

HuRmmm


Rasa tak selesa pulak bila selsema ni.
 Mata pun ngantuk je rasa ~penangan ubat selsema campo ubat batuk~
 ubat batuk tu aku minum sesiap,
sebab selalunya berangkai dengan selsema.
 Part aku tu kira ok la lagi, tapi yang tak bestnya bila echa pun dah terjangkit sama ngan selsema.
 Sian dier ..
Tu jer nak update

^menangis tak beerti sedih, ketawa tak semestinya bahagia^

Wednesday, November 10, 2010

SeLSeMa La PuLaK






malam tadi, tekak aku dah start rasa lain
memang dah agak dah
bangun jer bagi tadi
tersangkut-sangkut nak bernafas
alahai
selsema la pulak
dah telan 2 bijik soluble pun macam takder kesan jerk
ada jugak aku coti besok ni



Tuesday, November 9, 2010

PeRBuaLaN SeORaNg BaYi SeBeLuM KeLaHiRaNNya



Adalah dikisahkan….
pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan
“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab
 “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi
 “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab
“Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi
 “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab
 “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi
 “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab
 “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi
”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab
“Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi
 “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab
“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan
 “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab
 “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu,
 ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu



Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.


sumber : facebook

 






KeRas HaTi






tadi sempat baca entry kat blog byna
tetiba macam ada idea nak menulis pulak



aku nih sebenarnya dalam kategori yang susah nak maafkan orang
ntah la..
mebi banyak makan batu kot, tu yang jadi jeras hati sket
bukan la bermaksud tak penah maafkan orang
kejam sangat la tu kan
tapi ada kes-kes yang memang aku susah nak lupakan
kadang-kadang, mulut memang cakap dah maaf
tapi, hakikatnya
kat dalam hati aku neh memang jelas dan nyata lagi hal tu
nak bagi contoh memang banyak sangat kot
so not good kan aku nih


ciri utama yang susah aku nak maaf dan lupakan
kalo menda tu dah terang-terang bukan salah aku
pastu sesenang jer nak mengata dan menghukum
memang sangat-sangat aku takleh nak terima la
biar la orang cakap aku ni hati kering, keras hati dan bla bla pun
hada haku kesah?
bila dah marah tu, kalau boleh la kan
muka dah takmo pandang
suara pun takmo dengar dah
tapi kadang-kadang bila terpaksa jugak mengadap
terpaksa la berlagak pro kekdahnya


ada jugak kes sampai aku bersumpah takkan maafkan dia sampai bebila
tapi setakat ni satu jer la kot
itu dah memang paling teruk aku rasa apa yang dia dah buat kat aku
menangis keluar air mata darah pun aku takkan maafkan

mungkin akan ada orang yang akan pertikaikan pendirian aku yang satu nih
sedangkan Nabi pun ampunkan umat
tapi, kata aku
aku bukan semulia dan seikhlas Nabi untuk ampunkan salah semua orang
tapi apapun aku akan terus berdoa
untuk dibukakan hati dalam memberi kemaafan kepada orang lain

ada doa atau amalan tak
macam mana nak lembutkan hati sendiri nih
meh share ngan aku




Monday, November 8, 2010

SeKiTaR BaNjIR 2010 ~ GaMBaR ~


hari ni aku dah pun start kejer
tapi opis cam masih jugak tak ramai orang
ramai yang sambung cuti sebab nak bersihkan rumah

tadi dah dapat borang cuti kecemasan
heh, lega... selamat baki cuti aku
tak der lak officer aku mintak report polis atau pengesahan dari penghulu


okeh,
takmo membebel panjang-panjang dah
meh kita tengok gambar kejadian



sekitar pekan jitra 2

dah nama negeri jelapang padi kan
dalam banjir-banjir pun sempat lagi dok menjala

stadium mini jitra

Myvi Store
tempat ni lebih kurang 3-4km jer dari rumah aku
nasib baik la kan tak kena umah

stesen petronas kat pekan jitra 2
kat sini lambat sikit surutnya sebab masa aku lalu ari jumaat pun air bertakung lagi

pekan jitra jugak
habis la rosak spare part sume tu

hero of the day kot?


lagi satu sore kereta yang teruk dilanda banjir

Sek Men Keb Jitra
korang boleh nampak ada pelajar yang stuck kat asrama neh
air banjir naik dengan cepat
memang tak sempat nak selamatkan kot