KaMu HeBat

Top Comment :

Sunday, July 18, 2010

HKCLaDieS

saja nak letak jugak kat sini
patutnya pada 10hb julai aku join gath untyk HKChijaukuningdotcom@Ladies kat ulu sedim, kulim
tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, plan harus dicancel
terkilan jugak sebab aku teringin sangat nak jumpa diorang sumer especially adik comey yang diterbangkan khas dari Brunei tu
huk..huk...
kami plan benda ni pun agak lama jugak
since april lagi
tapi nak buat camner, kita hanya merancang

Alhamdulillah, aku sempat jugak jumpa zan si adik comey nih kat a/setar
tu pun jumpa masa cindarella tengah dok berlari-lari anak nak balik umah dia
hahaha.. boleh ker ayat camnih? sungguh memeningkan kepala kan??
aku jumpa zan dah dekat pukul 12tgh/malam pun
ni gara-gara B la, dia dok layan tido sebab malam sebelumnya dok sebok layan final world cup
pagi lak terus pegi kejer
lepas jer maghrib terus cover balik tido padahal aku dah book dia dari minggu sebelum tu lagi
giler, nak ajak suami kuar pun kena book ker?

kebetulan lak zan nak jumpa lagi sorang HKCLadies kat area umah aku
so, tak payah la kuar jejauh dah
kitorang lepak kejap jer sebab awal pagi besoknya dia ada flight ke KL >> Brunei
walaupun kejap tapi aku tetap puas hati


nampak cam banyak jer gelas kat dedepan tu
tapi sebenarnya aku ngan B tak minum/makan pun
tu sumer peninggalan orang-orang terdahulu
ramai sebenarnya yang bersidang malam tu tapi aku tak sempat jumpa sumer
maklum la, datang awal sangat



No comments: