KaMu HeBat

Top Comment :

Friday, July 23, 2010

SaTu TaHUn ENaM BuLaN


Cepat betul kan masa berlalu...
hari ni e-cha dah pun genap 1 tahun 6 bulan
alololo..
 takleh nak sambut pun, si e-cha still lagi kat JB

Teringat balik masa aku nak bersalin dulu
Masa tu aku kejer kat KL lagi
Plan pun nak bersalin kat sana jer, pastu baru balik kampung berpantang
Dua bulan sebelum due aku dah start check-up kat PPUM
Memang plan nak bersalin kat situ sebab tak jauh sangat dengan umah


Aku ingat lagi
1hb januari, mak ngan ayah datang dari kampung untuk temankan aku kat sana
Ok la kan.. nanti leh terus balik sekali
Tapi, nak dijadikan cerita pulak sebelum tu
Abang long aku dimasukkan ke hospital dia kat kampung sebab berlaku kemalangan masa tengah bertukang kat depan rumah
konon-konon nak buat kerusi la kat depan rumah aku tu untuk port melepak
Mata kanan abang long tersusuk paku
aku rasa ngilu lak masa tulis nih
Dah la masa tu dia sorang jer kat rumah
Nasib baik la jiran2 dan kawan ada di sekeliling
Diorang la yang banyak membantu
Hantar ke hospital, temankan, bawakkan makanan

Yang sedihnya, kitorang cuma dapat tau pasal ni seminggu selepas tu
Sebab kat semua orang dia dah pesan jangan bagitau kat mak ngan ayah aku
sebab utama - mak aku ni tak boleh dengar berita mengejut, dia akan jadi cam orang sesak nafas
Pandai pulak diorang simpan rahsia
Padahal hari-hari mak aku call abang long
Cakap macam tak der apa apa jer yang jadi kat dia

Lepas mak aku tau jer cerita ni, terus la kelam kabut balik kampung
Tak silap aku sekitar 18hb januari kot
Aku pun dah tak pikir banyak dah masa tu, terus jer cuti sebab nak balik sekali ke kampung
Sib baik la tak teruk sangat lukanya
Dan sampai skrang pun masih lagi kena ulang alik ke hospital untuk rawatan susulan
ho..ho..ho...
walaupun itu menda sedih tapi kami satu sekuarga masih gak happy sebab cinta sudah berputik di hospital
abang long aku ni spesis tak penah teringin nak berkapel-kapel dari dulu

Aku balik sorang jer dulu sebab B kejer kan
Takkan nak sama-sama bercuti ngan aku pulak

*

*

*



Patutnya aku due pada 21hb Januari 2009 hari rabu yer kengkawan !!
Tapikan, hari tu aku rasa cam biasa jerk
takder apa-apa pun
bila aku tanyakan kat akaknurse depan umah aku tu, dia kata kalau tak rasa apa-apa tak yah la pegi spital
dah yang cakap tu nurse, aku ikut jer la
Lepak-lepak kat umah tapi masa tu memang tak brapa nak selesa dah pun
jalan dah ngalahkan itik ni B yang cakap, betul tak sayang mulut dia tu
Pagi khamis tu masa aku nak mandi baru aku perasan dah kuar darah sket-sket
selalu kalau nak bersalin kan orang akan kuar air ketuban, tapi aku kuar darah lak
Bagitau B ngan mak, terus kelam kabut diorang ajak pegi spital
Ikutkan jer
Sampai hospital, dah check2 sumer diorang soh balik dulu sebab bukaan baru 1cm dan datang balik dalam pukul 6ptg nanti
Sib baik la jarak umah aku ngan HSB tu tak jauh sangat, dalam 15minit dah boleh sampai
Sebelum balik ada nurse tu pesan kat aku camni
" dik, nanti datang petang pakai kain batik/sarung dah la "
pagi tu aku pegi hospital pakai suar ngan bloues, susah kot nak check-up


Memang rasa cuak jer nak sampai ke petang tu sebenarnya
Makan pun dah tak lalu
Petang, pegi semula ke hospital tapi bila check bukaan sama gak macam pagi tadi
Memula doktor soh aku balik dulu tapi masa tu aku dah mula berkeras gak
Bukan xnak balik tapi kalau boleh aku nak terus stay kat sana
Kang kalau apa-apa jadi senang sket
Lagipun kan patutnya semalamnya aku dah bersalin
Bla..bla.. bla, aku pun terus dihantar ke wad
Giler excited masa tu sebab sebelum ni aku tak penah masuk wad
last masa aku lahir dulu, tu pun sebab lahir tak cukup bulan

Memang dah tak rasa apa dah masa tu sebenarnya
Dengan senanag hati aku suruh B, mak ngan ayah aku balik umah
Sian lak aku tengok diorang
Malam tu sebenarnya tak best langsung
Bukan sebab sakit, tapi asyik kena pegi bilik depan
Nurse nak monitor denyutan jantung baby
Pagi tu, masa sarapan boleh pulak diorang bagi aku makan pil tu
aku tak ingat lak nama apa pil tu tapi selalu kalau check up kat KK memang selalu dapat la, cam vitamin ke hapa tu
Aku tak pernah makan sebenarnya sebab kalau makan jer mesti aku uwek uwek
Dedulu masa dapat kat KK pun aku simpan jer, makannya tidak
Aku cakap kat nurse tapi dia soh telan jugak
Takper, i follow u jugak
Masa tengah periksa denyutan jantung kat bilik depan, terus la aku uwek uwek
Hambek,
aku dah cakap takleh telan ko suruh jugak
Tak pasal-pasal kena cuci buangan aku
Nasib baik diorang tak marah dan aku pun still lagi la mintak maaf budi bahasa budaya kita

Dalam pukul 4ptg aku dah start rasa sakit tapi sket-sket jer
Bagitau kat doktor dan bila check bukaan baru 2cm
masa tu aku dah macam.... Hadoiii, bila la nak bersalin nih


Memang tak rasa sangat sakit masa petang tu
Cuma aku jadi cuak dok pikir bila la aku nak bersalin nih
Borak-borak ngan nurse dia cadangkan aku soh jejalan dulu
Ikutkan jugak, diorang kan lagi berpengalaman
Masa tu tinggal aku sorang jer kat bilik tu sebab lagi 3 orang dah selamat bersalin & kuar dari hospital
ohh.. lupa nak bagitau, aku dok kat bilik yang 4 katil tu

Mak aku dah macam dapat rasa aku akan bersalin malam tu jugak
Sebab dah takder pesakit lain, dia pun mintak nak stay ngan aku
Tapi kan, nurse ngan mak pengawal tu tak bagi la
Masa tu memang mak aku dah berkeras sangat dah nak stay
Dah siap bertekak ngan pengawal tapi memang tak dapat jugak nak stay ngan aku
Yerlah ko, takkan nak tinggalkan aku sesorang pulak kan
Bila dah tak dapat tu memang mak aku cakap ngan diorang
Kalau apa-apa jadi kat aku, diorang la yang mak aku carik dulu
giler samseng mak aku masa tu

Memang dengan berat hati diorang kuar dari wad
Tapi tak balik, stay jer kat bawah
sebak aku masa tu tau

B lak berkali-kali call aku tanya ok tak....
Padahal masa tu aku ok jer, sakit tu ada sikit-sikit jer
Bila dah pukul 9mlm baru lak aku rasa makin sakit
Bila nurse datang diorang cakap lambat lagi nak bersalin
Alih-alih lebih kurang 9.30mlm aku macam terasa ader menda keluar dah kat situ
Panik wei, dah la takder sesapa masa tu kat bilik
Nak panggil nurse, kaunter diorang jauh kat hujung nun
Caller kat hujung katil lak boleh tak berfungsi padahal elok jer masa panggil aku petang tu
Nasib baik la ada sorang pekerja lelaki datang antar sorang pesakit kat bilik aku
Cepat-cepat dia panggilkan nurse
masa tu aku dah budget nak baling jer mug ke lantai, biar nurse dengar

Bila nurse sampai dan check rupanya aku dah bersalin pun tapi full kuar la baby aku tu
Hahahaha...
gelak kat diri sendiri jap sebab sendiri bersalin pun tak perasan

Terus panggil doktor, sekali jer push
Settle.. Tak sangka lak aku terberanak atas katil
Tapi kat atas katil tu tak yah cakap la
Darah di mana-mana
ni kalau mak aku tengok, sure dia dulu yang pengsan

Dah selesai kat situ, terus diorang antar aku ke dewan sebab nak kena tengok balik kot ada luka ke hapa
Dah sah la ada kan sebab aku bersalin sesorang
takder sapa pun yang guide
Dah la anak sulong lak tu
Lebih kurang 2 jam aku kat sana baru settle sumer
Tapikan bila dapat tengok dan pegang baby macam hilang jer sumer sakit tu
tipu.. mana ada sakit sangat pun
bersalin pun ko tak perasan


Tapi kalau korang nak tau
Dalam masa 2jam aku kat dewan tu
Mak ngan ayah aku dah ngamuk giler-giler dah kat luar nun
Ngamuk sebab biarkan aku bersalin sesorang
Aku tau pun sebab ada sorang nurse ni bagitau
Risau diorang kot aku letak kat Harian Metro
Ishhh.. tak la sampai ke situ pun fikiran aku nih
Dah memang ditakdirkan aku bersalin kat atas katil kan?
Lagipun sumer nurse yang jaga aku kat wad tu baik-baik jer
Takkan la aku nak aniaya diorang lak

Diorang antar aku balik semula ke wad lebih kurang pukul 12.30mlm dah
Masa tu baru B, ayah ngan mak aku dapat tengok baby
excited mak ngan ayah aku
tu kan cucu sulong diorang
B lagi la,
reaksi sama cam lepas nikah dulu
" anak kiter eh.. anak kiter eh?? "
Lepas diorang balik aku langsung takleh tido sampai ke pagi
Borak-borak kejap ngan B kat tepon
 last aku mesej sumer kengkawan aku bagitau aku dah bersalin
Giler poyo ayat aku
sekali ngan bos aku pun dapat text yang sama
Lebih kurang camni la ayat aku tu
" salam, dah selamat lahirkan baby girl @9.38pm. Berat 3.1kg. Nama tak decide lagi tapi plan nak letak Angelina Jolie"
Sampai skrang ada sorang akak ex-opismate aku ni panggil si e-cha ni Angel


Pagi esoknya tu pun ada gak kejadian berlaku
Masa doktor datang melawat pagi tu aku tak mandi lagi
Rasa tak boleh nak bangun sebenarnya
Macam nak pitam, mebi sebab banyak sangat darah yang keluar kot
Doktor tu pulak boleh ugut-ugut aku soh pi mandi
kalau tak dia taknak sign bagi aku balik umah
Nasib baik bilik air dekat, selang satu katil jer dari tempat aku
Tapi boleh la aku pitam kat dalam bilik air tu
Takder sapa pun perasan sebab pintu berkunci
Bila aku sedar, dah terduduk pun kat atas lantai
Bila try bangun, aku jadi cam pening balik, sedar-sedar dah kat tepi pintu
ntah bila masa aku bukak pintu pun aku tak tau
Nasib baik ada sorang doktor ni doktor yang lain, bukan yang ugut aku tadi tu ni perasan
Terus panggil nurse tolong pimpin aku ke katil
Dah pukul 11 lebih baru aku cam ok sket
Mak aku pulak, dari pagi sampai ke petang dok mencari nurse yang halang dia semalam
Nasib baik tak jumpa, kot tak, tak tau la apa yang dia nak cakap
Yang mak pengawal tu pulak 2-3 kali datang minta maaf kat mak aku.
Mak aku tu gertak jer lebih
Dah dok mintak maaf camtu, cepat jer cair

Petangnya,
Lebih kurang kol 6.30ptg aku dah boleh kuar pun dari hospital



SaYoNaRa
HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH



ni la puteri kesayangan aku ngan B


AISYA SYAZWINA
* e-cha *
23 JANUARI 2009
9.38pm




No comments: