KaMu HeBat

Top Comment :

Thursday, July 15, 2010

Eeiii.. SeRaM Weh!!


hohoho
kali ni aku nak citer kat korang satu pengalaman baru aku
giler gak kalau nak pikirkan balik
Takoootttttt weh
Aku ngaku wei aku ni bukanla jenis manusia yang berani tahap gaban
dengan orang ok lagi la, takat nak gaduh tu anytime jerk taiko la sangat kan? takder maknanya pun
tapi kalau masuk part-part jelmaan bukan orang ni
memang aku tak berani sangat la
sesebelum ni selalu gak aku dengar citer pasal benda-benda nih
tapi tak amek port sangat sebab bukan aku yang kena kan?
setakat munyik tapak kasut tengah malam tu penah la aku rasa
tu pun dah tahap nak-terkucil-kutahan-jebat dah pun

okeh korang...
betulkan kerusi dulu, aku nak start citer dah nih
kejadian ni masa aku on the way balik dari umah mak ndak aku
memang umah dia kat kawasan kampung la
tapi tak la jauh sangat dari umah aku, lebih kurang 20minit jer pun
pehtu kena seberang satu jambatan yang muat-muat satu keta jer
sebelum tu asben sepupu aku yang dah kena minik dia anak makndak aku ni la
masa diorang baru kawen dulu
jumpa 2 orang tengah naik motor kat tengah jalan
dah tu bila berselisih jer boleh lak terperasan kakinya takder
aku dok taip ni pun macam meremang jer bulu roma

dah.. sambung balik
kitorang gerak dari umah makndak aku tu dah dekat pukul 11mlm dah pun
masa tu memang tak banyak borak dalam kereta
mebi masing-masing dah ngantok kot
lupa lak, aku pegi ngan B, e-cha ngan mak aku jer
dah lepas jambatan ....
aku  lak sebok dok usha satu kedai pengantin ni kedai kecik depan umah ada display pelamin kat tingkat atas,
sajer nak cuci mata jap
masa tu aku dengar B cakap "eh, apa tu? "
terus toleh ke depan dan aku perasan macam nampak seketul besar objek kaler putih
giler seram masa tu, automatik aku tepuk tangan B
pastu sumer diam sampai la ke rumah
tak sempat lagi masuk ke rumah, kelam kabut aku tanya B
apa yang dia nampak
B cakap masa tengah bawak keta tu dia nampak macam ada bunga api besar melayang ke bawah
bila sampai ke tanah terus nampak cam objek putih part ni jer yang aku sempat tengok pun
pastu tanya lak mak aku, ada tak dia nampak apa-apa
dia jawab sama gak macam B tapi yang macam bunga api dia dah nampak masa kat atas jambatan lagi
hadooiiii.. nasib baik aku nampak sket jer kan

malam tu lak B ngan abang long sebok nak kuar lewat malam sebab nak pegi layan Final World Cup
Ayah aku memang duty malam tu
memang tinggal kami bertiga jer la kat umah sebab dah dekat subuh baru diorang balik
memang tak ok la kejap malam tu
sampaikan e-cha nangis nak susu pun aku boleh teragak-agak nak ke dapur
walaupun aku tak nampak full macam mak ngan B
tapi aku la yang paling takut giler

takmo dah pegi sana memalam
pegi siang takper pas ni


motif aku letak gambar nih?
sajer jer.. takkan nak letak gambar hantu lak kan
kang sesilap aku sendiri pun tak bukak dah blog nih
over kan?


*************************

selingan
nak hilangkan cuak korang
si batik
aku letak kat atas meja solek
reason sebab taknak kasi e-cha usik barang-barang
memang berkesan
sebab skrang takder la kelam kabut barang-barang kat atas tu
kalau tak pantang masuk bilik, itu la tempat pertama yang dia tuju




B yang beli masa pegi Langkawi ari tu
tak sempat nak sampai umah pun lagi
habes akak-akak opismate B usik
tu pictute kat dalam bas masa diorang on the way balik





No comments: