Lama giler kan
Baru nak buat entry pasal nih
mengikut perancangan asal
kami [aku, B dan e-cha] akan bergerak balik ke Batu Pahat pada 15 Oktober 2010
tapi atas hal-hal yang tidak dijangka
aku terpaksa berada di Kedah pada tarikh tersebut
manakala B pulak harus berada di Batu Pahat pada 16 oktober sebagaimana yang dirancang
macam di sana menanti di sini menunggu la gayanya
dah la last minute lak tu halnya
terpaksa la buat keputusan drastik
petang khamis terhegeh-hegeh aku ker airport nak carik tiket ke KL
sebabnya
B ngan e-cha gerak dulu ke Batu Pahat mengikut perancangan
dan aku akan bergerak kemudian
aku malas nak staright amik bas ke sana
giler jauh rasanya
kalau ada geng tak per la jugak
ni sensorang mau dekat 8-9 jam
Pepagi sabtu tu
lebih kurang 7pagi, aku dah pun sampai kat LTSAH
sib baik la dalam 10 minit jer dari umah
tak der la liat sangat nak ke sana
Flight aku puku 8.35pagi
tu pun nasib baik la tak delay
kul 9.35 dah selamat sampai kat LCCT
masa dalam flight tu sempat lagi berborak ngan orang sebelah
dia nak balik ke Bangi
dari Perlis sebab suami kerja kat sini
sementara dia pulak kejer kat UKM dan pada masa yang sama
PHD student kat UIA
PJJ dah jadi perkara normal kan sekarang nih?
samada atas tuntutan kejer ataupun belajar
plan asal aku
nak naik Airport Liner ke KTM Nilai
yang ni aku siap search lagi kat internet
pastu terus ke Seremban, ambik bas ke Batu Pahat
aku malas la nak ke Bukit Jalil nun
cam berpatah balik jer
lagipun tak reti nak naik bas dari LCCT tu
kalo teksi tu memang la banyak tapi kalau dah area airport tu
sandiri mau ingat la harganya nanti kan?
Tapi
masa lalu kat kaunter-kaunter tu
terperasan lak ada bas Transnasional terus ke Melaka
malas nak pikir panjang, terus jer aku beli tiket
tapi lambat sikit la nak bertolaknya
pukul 11.30pagi
masa tu baru dekat pukul 10pagi
maka berkampung la aku kan food garden tu
sementara nak tunggu masa berangkat
alang-alang belum lagi breakfast
memula cam cuak jugak nak membeli makanan
sebabbb
kalau korang nak tau, aku ni tak reti dan tak penah sekalipun
makan sensorang kat tempat awam
kat umah tu biasa la
macam-macam aku dok pikir sebelum nih
apahal la minah ni makan sensoranf, tak der kawan ker
sian kan minah tu makan sensorang
macam-macam kan?
tapi kali ni cam nekad jer nak lakukan
tambah pulak peruk aku dah start buat sound check
menu sarapan aku
bubur nasi ngan ice lemon tea
wahhh
heaven jugak eik makan sensorang nih
sesambil leh jugak cuci mata
pukul 11.30pagi
bas bergerak ke Melaka dan sampai lebih kurang kol 1.30tgh/hari
terus cari tiket ke Batu Pahat lak
korang nak tau
puas aku tawaf kaunter tiket tu
tapi takder la pulak tiket ke Batu Pahat
memang cuak kali ke 2 la aku
call B, dia soh ambik tiket ke Muar
okay la
tanya tiket kat kaunter
bas ada kul 2.30ptg
ok la tu, tak der la lama sangat nak menunggu
aku sampai ke Muar jer dah ada sepupu B dok nunggu
B tak sempat nak datang, tunggu aku kat umah jer
Sampai umah lebih kurang 5petang kot
huishhh
hari yang betul-betul memenatkan
malamnya lak
sajer je nak layan feeling muda-muda
mau ronda-ronda bandar Baru Pahat
tapi memang ditakdirkan kot
16 oktober 2010 adalah hari yang meletihkan bagi aku
masuk jer bandar, sana sini jem
aku kira-kira dekat 2 jam la jugak
ada perayaan apa ntah untuk kaum cina
dah puas mencilok pun, masih jugak terperangkap dek jem itu
last, balik umah dengan perasan hampa
No comments:
Post a Comment