KaMu HeBat

Top Comment :

Thursday, October 7, 2010

StReSS Di TeMPaT KeRJA


Pengurusan Stress di tempat Kerja

Pendahuluan
Stress atau tekanan perasaan adalah tindakbalas tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai
cabaran dan tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan dan cabaran tersebut mungkin merupakan
perkara-perkara yang datang dari luar, atau mungkin juga datang dari fikiran diri sendiri
(misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stress seringkali digambarkan sebagai
sesuatu perkara yang buruk. Namun dari perspektif lain, sesungguhnya setiap orang
memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.


Gejala Stress
gejala atau tanda-tanda stress di tempat kerja yang dapat disimpulkan iaitu:

a) Prestasi kerja menurun.
b) Semangat dan tenaga untuk bekerja menurun.
c) Komunikasi dengan orang lain terganggu.
d) Murung.
e) Cepat naik angin atau marah-marah.
f) Kurang potensi pemikiran yang bersifat kreatif dan kritis.
g) Mengambil keputusan secara mendadak.
h) Melakukan perkara selain kerja seharian seperti melepak.


Cara mengatasi
 pendekatan yang dapat dipraktikkan untuk mengatasi stress di tempat kerja iaitu:

a) Pendekatan rohani.

Solat dengan khusyuk.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari
baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya,
ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya
sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan
kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali)
 bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Bacalah al- quran kerana sesungguhnya al-quran adalah penawar bagi hati.
Firman Allah bermaksud:
 “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran,
ataukah hati mereka terkunci?”
(Surah Muhammad: Ayat 24)

Sentiasa senyum.
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda :
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah"
(Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Bersendirian/ bermuhasabah diri.
Hadis Qudsi yg bermaksud, "Barangsiapa yang tidak redha dengan
qadha'Ku(ALLAH), dan tidak bersyukur dengan pemberianKu, dan tidak sabar
dengan ujianKu, maka carilah Tuhan selainKu."

Sentiasa berzikir.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah”. Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati
manusia."
(QS: Ar-Raad: Ayat 28)
"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati."
[Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]

 Berkasih sayang.
Hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana
kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan
shuhada yang menyukai mereka "
(riwayat Attarmizi)



b) Pendekatan fizikal

Tarik nafas dan bertenang.
 Bersenam.
Mengurut.
Hobi.
Berehat sebentar.

c) Pendekatan individu/ organisasi

 Meluangkan masa bersama keluarga (bercuti).
Berbincang bersama isteri atau suami, teman, rakan sekerja, ketua jabatan, atau keluarga.
Berjumpa kaunselor, ustaz atau ustazah, atau doctor untuk mendapatkan
nasihat.



Sumber rujukan
http://pakarhowto.com/, surihati_ku, 10 cara mengatasi stress
Portal aku ingin sukses, 17 tips mengatasi stress dalam hidup dan di tempat kerja
Portal komuniti muslimah,  http://www.hanan.com.my/



 

Waallahu’lam…….

1 comment:

Ken Wooi said...

boleh pergi makan pun =)