KaMu HeBat

Top Comment :

Sunday, October 31, 2010

SeCaRa PuKaL

update versi carca merba aka tonggang terbalik

aku rasa skrang ni
buat kejer pun ala-ala one-man-show jer
patutnya ada 3 orang
tapi dah menurun jadi 2
dan kadang-kadang akan jadi sorang
dan bersebabkan perkara yang sama
yer...
aku paham masalah korang tu
tapi naper la nak on serentak pulak
tak habis lagi dok semak kepala pasal yang lama
bertambah semak pulak bila yang baru pun positif sama
memang tak elok nak persoalkan pasal rezeki yang satu tu
tapi
aku yang menjadi dan akan menjadi mangsanya
penat la kalau camni
8pagi - 5petang
tak renti-renti buat itu ini
lunch pun main order via phone jerk
pastu makan sesambil buat kejer



dan
inilah alasan utama kenapa aku jarang sangat upkan entry kat blog nih
aku ni dah sah-sah la tak der laptop bagai tu
nak harapkan komputer kat umah tu
ntah la, dah berzaman pun aku tolak tepi
tahap nak kena lupus dah pun
dan aku tak pasti boleh connect tak ngan berukband
pastu lak
update gunakan henpon memang la tidak best
setakat nak baca entry kat blog korang ok la lagi
kalau nak buat entry memang tak la aku
sanggup berhabuk blog nih



apa lagi eik nak bagitau?

rasa cam nak bercuti-cuti malaysia jer
tapi, harus la kena cantas kaw-kaw
sebab bulan okt, nov, dis dan januari adalah bulan-bulan super sebok dan menyebok bagi aku
nak bercuti kena lak target tetengah tahun
harus merancang nih

tapikan....
 bulan apr, mei dan jun
berkemungkinan besar hanya aku jer dalam unit kewangan ni yang akan berada di opis
kot diorang gunapakai flexible 90 hari tu
mau melopong sensorang la aku 2-3 bulan kang
nak buat camner...
dah staff tiga-tiga pompuan dan dah berkahwin
harusla menyahut seruan 70 juta penduduk kan?

adoiii...
nak bercuti pun kena ambik kira hal orang
tapi, ni plan jer
kot tetiba datang angin
memang aku terus zaassss jer
takder dah nak plan-plan
pastu pikir-pikir pasal orang lain
baik jaga siri sendiri dulu kan?







CeRiTa PaSaL 16 OkToBer

Lama giler kan
Baru nak buat entry pasal nih

mengikut perancangan asal
kami [aku, B dan e-cha] akan bergerak balik ke Batu Pahat pada 15 Oktober 2010
tapi atas hal-hal yang tidak dijangka
aku terpaksa berada di Kedah pada tarikh tersebut
manakala B pulak harus berada di Batu Pahat pada 16 oktober sebagaimana yang dirancang
macam di sana menanti di sini menunggu la gayanya
dah la last minute lak tu halnya
terpaksa la buat keputusan drastik
petang khamis terhegeh-hegeh aku ker airport nak carik tiket ke KL
sebabnya
B ngan e-cha gerak dulu ke Batu Pahat mengikut perancangan
dan aku akan bergerak kemudian
aku malas nak staright amik bas ke sana
giler jauh rasanya
kalau ada geng tak per la jugak
ni sensorang mau dekat 8-9 jam

Pepagi sabtu tu
lebih kurang 7pagi, aku dah pun sampai kat LTSAH
sib baik la dalam 10 minit jer dari umah
tak der la liat sangat nak ke sana
Flight aku puku 8.35pagi
tu pun nasib baik la tak delay





kul 9.35 dah selamat sampai kat LCCT
masa dalam flight tu sempat lagi berborak ngan orang sebelah
dia nak balik ke Bangi
dari Perlis sebab suami kerja kat sini
sementara dia pulak kejer kat UKM dan pada masa yang sama
PHD student kat UIA
PJJ dah jadi perkara normal kan sekarang nih?
samada atas tuntutan kejer ataupun belajar

 
plan asal aku
nak naik Airport Liner ke KTM Nilai
yang ni aku siap search lagi kat internet
pastu terus ke Seremban, ambik bas ke Batu Pahat
aku malas la nak ke Bukit Jalil nun
cam berpatah balik jer
lagipun tak reti nak naik bas dari LCCT tu
kalo teksi tu memang la banyak tapi kalau dah area airport tu
sandiri mau ingat la harganya nanti kan?


Tapi
masa lalu kat kaunter-kaunter tu
terperasan lak ada bas Transnasional terus ke Melaka
malas nak pikir panjang, terus jer aku beli tiket
tapi lambat sikit la nak bertolaknya
pukul 11.30pagi
masa tu baru dekat pukul 10pagi
maka berkampung la aku kan food garden tu
sementara nak tunggu masa berangkat
alang-alang belum lagi breakfast
memula cam cuak jugak nak membeli makanan
sebabbb
kalau korang nak tau, aku ni tak reti dan tak penah sekalipun
makan sensorang kat tempat awam
kat umah tu biasa la
macam-macam aku dok pikir sebelum nih
apahal la minah ni makan sensoranf, tak der kawan ker
sian kan minah tu makan sensorang
macam-macam kan?

tapi kali ni cam nekad jer nak lakukan
tambah pulak peruk aku dah start buat sound check
menu sarapan aku
bubur nasi ngan ice lemon tea
wahhh
heaven jugak eik makan sensorang nih
sesambil leh jugak cuci mata

  






pukul 11.30pagi
bas bergerak ke Melaka dan sampai lebih kurang kol 1.30tgh/hari
terus cari tiket ke Batu Pahat lak
korang nak tau
puas aku tawaf kaunter tiket tu
tapi takder la pulak tiket ke Batu Pahat
memang cuak kali ke 2 la aku
call B, dia soh ambik tiket ke Muar
okay la
tanya tiket kat kaunter
bas ada kul 2.30ptg
ok la tu, tak der la lama sangat nak menunggu
aku sampai ke Muar jer dah ada sepupu B dok nunggu
B tak sempat nak datang, tunggu aku kat umah jer
Sampai umah lebih kurang 5petang kot

huishhh
hari yang betul-betul memenatkan


malamnya lak
sajer je nak layan feeling muda-muda
mau ronda-ronda bandar Baru Pahat
tapi memang ditakdirkan kot
16 oktober 2010 adalah hari yang meletihkan bagi aku
masuk jer bandar, sana sini jem
aku kira-kira dekat 2 jam la jugak
ada perayaan apa ntah untuk kaum cina
dah puas mencilok pun, masih jugak terperangkap dek jem itu
last, balik umah dengan perasan hampa



Sunday, October 24, 2010

AwaRd DaRi PnStoBeRi




OnLiNe BeSt FriEnD AwaRd

award dari pnstoberi aka reen
ko tau jer kan blog aku dah tahap berhabuk
bagus, ada bahan nak diupdatekan
anyway.. TQ la eik bagi aku award ni
bila nak banjer aku stoberi cecah garam lagi wei tetiba




okeh, jom kita tengok apa lak tugasan untuk award kali nih



1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this
  • orang kuale kangsar dan berkahwin plak dengan orang PJ
  • kejer kat kraftangan, itu pasal la asik dok promote batik tak renti-renti
  • peramah walaupun first time jumpa
  • anak bongsu tapi tak pasti la manja ke tak pnstoberi sila jawab
  • sekrang ni tinggal kat kampung baru sementara nak dapatkan kunci mansion di atas kayangan

2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby...
[ ni cam susah jer sebab aku tak reti nak nilaikan diri sendiri ]
  • kejer gov cam pnstoberi jugak
  • susah nak mulakan perbualan, tapi bila dah kenal aku korang memang tak nyesal
  • aku ni orang kedah & dapat lak suami orang johor
  • ada sorang putri cute nama e-cha
  • suka sangat dengar muzik, lagu2 tapi lebih kepada rock kapak jer
  • suka gak baca novel tapi sekrang ni macam tak der masa la pulak
  • kalau aku marah, ntah hapa hapa jer aku leh hambur kat orang, so don't make me agry ya
  • paling tak suka spesis talam dua muka
  • suka jenjalan
  • ada orang cakap yang aku ni outspoken

3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them.

kepada semua yang baca entry award nih
aku wajibkan korang untuk buat essaiment ni
jangan nak ngelat lak



***
  



SaBar HadaPI KeSuSahaN




SABAR HADAPI KESUSAHAN TINGKATKAN TAQWA



Ketakwaan kepada Allah menuntut kita agar mempunyai sifat sabar dan menguatkan kesabaran kita sepanjang masa.
Tanpa sabar, mustahil manusia mencecah kaki menuju gerbang ketakwaan.
Apabila kita menyebut tentang takwa, beerti mestilah tunduk, patuh dengan segala suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya
Melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala tegahanNya sangat memerlukan kesabaran

sabar bukan saja berkait dengan kemarahan, sebaliknya ia bersifat menyeluruh di mana ia membabitkan soal kehidupan, sabar menghadapi dugaan hidup, sabar melakukan sesuatu perkara yang membabitkan tuntutan agama dan pekerjaan seharian dan sabar terhadap hawa nafsu sendiri

Abdul Rahman Abdullah Bin Masud ra berkata :
" aku masih terbayang Rasullah menceritakan mengenai seorang nabi daripada nabi sebelum Rasullah yang disiksa (pukul) oleh kaumnya hingga berlumuran darah.
dia mengesat darah di mukanya sambil membaca, bermaksud " Ya Allah, ampunilah kaum aku oleh kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui"
Keindahan sabar ini sangat nyata sekali apabila kita berjaya mencegah diri dari mengerjakan perkara mungkar walaupun kita berpeluang melakukannya.

Ramai yang mendakwa dirinya akan bersabar melakukan kemungkaran dan ini mungkin benar ketika kita tidak berpeluang untuk melakukan kejahatan.
Tetapi, bagaimana kalau sekiranya kita berpeluang, malah diberi tawaran dan kemudahan untuk melakukan kemungkaran?
Kita tidak melakukan zina kerana kita tidak berpeluang dan kita tidak melakukan pecah amanah ketika tiada peluang untuk melakukannya.

Tetapi adakah kita tidak akan melakukan zina dan pecah amanah walaupun kita berpeluang dan diberi peluang untuk melakukannya?

Bagaimanapun, janganlah kita meminta kepada Allah agar diuji kesabaran dan keimanan kerana kemungkinan kita tidak dapat bersabar sebagaimana yang dikehendaki.
Sesungguhnya manusia tidak terlepas dari malapetaka dn kesusahan dalam kehidupan seharian.
 Oleh itu, bersabarlah. Moga kita semuadirahmati Allah dan diberi kemenangan di dunia dan akhirat.

Riwayat Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasullah bersabda
" tiada seorang muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, dukacita, kesiksaan, kebimbangan, kemelaratan dan kesedihan, sehingga cucukan duri yang mengenainya melainkan dihapuskan  oleh Allah sebahagian dari kesalahannya."

Firman Allah di dalam surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud
""wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia di perbatasan negerimu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat keuntungan daripada Allah"

Kesimpulannya
marilah kita sama-sama mempertingkatkan kesabaran dalam melaksanakan amanah Allah, menjauhkan laranganNya dan menghadapi segala yang menimpa dengan penuh takwa.



***
ingatan untuk diri sendiri
aku nak jadi lebih sabar dari sekarang

sumber : harian metro @ 24 oktober 2010




ADaT BerTaNDiNG

kuciwa.. kuciwa.. kuciwa
hadoi la
camner eik leh plak terkandas malam tadi
patutnya dah boleh jejak Bukit Jalil dah pun
tapi tu lar, bak kata orang
bola tu bulat
apa-apa pun boleh jadi kan?

cehhh...
buat julung kalinya aku buat entry pasal bola kat sini
selama ni macam malas segan jer nak upkan entry camni
aku ni tak der la dikira peminat-berani-mati pun
cuma kalau ada game yang melibatkan team kesayangan kenari terbang tinggi
memang aku jarang terlepas nak tau keputusan
saper yang score, saper yang kena kad merah-kuning, saper yang tercedera

memula dulu bagi sokongan sendiri-sendiri jer
tak der la nak join memana kelab bagai
dah la aku ngan B berbeza ideologi pasal nih
harus la dia takkan sokong team aku nih
pastu dalam awal tahun 2008
aku join satu forum nih



diorang memang sangat la aktif
kat mana ada game memang cargas jer
siap ada pasukan gendang gendut tali kecapi lagi
tapi  aku ni tak der la aktif sangat pun
masa tu cuma bertindak sebagai informer
dok bagitau kat diorang game mana yang akan on secara live
kata kan kejer ngan RTM, tu jer la yang aku dapat tolong

 masa kat forum ni jugak la aku kenal ngan HKCLadies
dan menjadi lebih rapat bila aku bertukar balik ke Kedah ni
yang paling aku best
salah sorangnya adalah orang Brunei
akhirnya kan..
ada gak koleksi kawan dari Brunei aku nih
kot tak kat Malaysia jer la
sungguh tidak berkembang otak aku nih


Bila teknologi dah semakin canggih
group HKC terus beralih kepada facebook


harusla like kan?



untuk player kenari
kita cuba lagi tahun depan
jangan patah semangat & teruskan perjuangan



****
apapun
aku masih lagi merasa bangga
dengan pencapaian
DOUBLE TRIPLE 2007 & 2008
juara piala FA, Piala Super & Piala Malaysia









Tuesday, October 19, 2010

PeNaT



baru sempat nak menjengah blog
penat betul hari nih
tu lar jadinya bila dah lama bercuti orang kata lama, padahal 2hari jer pun
 perjalanan bermula pada pukul 7.00 pagi hari sabtu
dan tamat semalam lebih kurang 7.00 malam
Alor Setar >> Kuala Lumpur sepang >> Melaka >> Batu Pahat >> Kuala Lumpur >> Alor Setar
cerita kemudian

bila masuk jer ke opis
macam-macam ada kat atas meja aku tu
pastu ditambah pulak dengan kerenah birokrasi dalaman
bila pikirkan
mau jer aku blah dari sini
makin hari, makin menjadi-jadi pulak perangainya
salah orang lain, sebesar kuman pun boleh nampak
sendiri langgar peraturan
buat tak tau jerk

tapi kan
aku macam terdengar ada angin-angin gembira yang akan berlaku
kalau betul la kan, memang best
pertukaran pucuk pimpinan dengarnya
bagus la ... teringin aku nak bos baru pulak
bos yang betul-betul bos


okey, tu jer
ada masa aku hapdet lagi




Thursday, October 14, 2010

I'm ThE BoSs


Aku start kejer secara rasmi adalah pada 14 januari 2002
Dah lebih 8 tahun pun
bak kata orang "memang dah kering pun cop jari" aku neh
sepanjang aku kejer nih
dah 5 orang bos aku termasuk la yang kat tempat sekarang nih
2 perempuan dan 2 lelaki
dan bila aku kat kewangan dan ditempatkan di HQ
dah pastila bos aku adalah seorang akauntan
memang betul la kan apa yang orang selalu cakap
betul-betul berbeza bila dibandingkan bos lelaki dan perempuan
dan secara peribadi aku lebih sukakan bos lelaki





bos pertama : lelaki
masa tu memula masuk kejer kat gov ni la
orangnya nampak serius tapi sebenarnya amat sempoi
senang bekerja dengannya
selalu luangkan masa untuk buat lawatan YB dari meja ke meja
kau nak cuti?
ambik la berapa hari pun
janji tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna

bos kedua : lelaki
masa ni aku diasingkan pengurusan dari kementerian
dan ditempatkan di bawah jabatan
muda lagi orangnya, baya-baya aku je kot
tapi dengan bos ni tak lama
dalam 2-3 bulan jer
dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atas sebab kesihatan
tapi orangnya memang ok sesangat
senang untuk bekerjasama


bos ketiga : lelaki
dia ni dipertanggungjawabkan untuk ambik alih tugas bos ke-2
memula cam gerun jer nengok
tak penah nak senyum kat orang masa kat tempat lama
tapi rupanya tu watak sampingan jer
sebenarnya memang sangat ok
bekerja keras
memang aku betul-betul respect bos yang nih
kena bantai kaw-kaw masa meeting pengurusan pun
boleh lagi tersenyum kat depan kami
amat mementingkan masa
pegi cafe pun selamba sensorang
kalau reramai nak kena tunggu semua habis makan baru leh gerak
buang masa katanya
tak banyak bercakap
aku ingat lagi satu ayat dari dia
" orang akaun ni jarang bercakap sebab kejer kena teliti"
memang betul pun tak banyak cakap dia nih


bos keempat : perempuan
bermula la saat saat kekusutan dalam hidup cewaahhh
memang tak brapa ok la anginnya
anyik kena letup jer kami
dengan emosinya yang tak menentu
suka suki jer nak marahkan orang
asyik kena bodek baru la nak ok
memang tak kena la ngan jiwa aku dia nih
aku ni mana la reti nak bodek-bodek orang bagai
aku kan outspoken ~ kata orang itu
tapi satu la aku puji bos yang sorang nih
masa ko mengandung
automatik ko akan dilayan bak puteri
buat la apa pun
takkan dimarah punya
dan akan ada la adegan-adegan ambil kesempatan di situ
nama anak aku si e-cha tu pun
dia yang mintak
suka sangat dengan nama aisya
tapi dia takder anak perempuan
so, sebagai tanda kenang kenangan aku selitkan nama tu kat anak aku


bos kelima : perempuan
disebabkan aku kat pejabat negeri
dah tak der la bos yang bertitlekan akauntan
bos besar aku adalah pengarah
tapi yang aku maksudkan kat sini adalah bos kat seksyen aku
hadoiii
mau ketuk kepala 88 kali bila ingatkan pasal dia nih
hahaha.. dia la yang aku maksudkan
tapi apapun, hidup harus diteruskan
terpaksa la bersabar
dah nama pun SYMP kan?


Tuesday, October 12, 2010

APaBiLa KeTaM MeNgaJaR AnaKNya BerJaLaN BeTuL

naper tajuk2 entry aku bulan ni cam pepanjang jer eik?
dah.. abaikan



korang penah tak ada dalam situasi macam ni
paham kan maksudnya?
kadang-kadang tu boleh la kita abaikan
kalau dipikirkan sangat, otak sendiri yang merana
tapi bila dah hari-hari mengadap manusia jenis ketam nih
boleh jadi angin satu badan wei
bak kata ex-opismate aku nan sorang nih
" ini sudah mendatangkan kemarahan"

situasi 1
ada la somebody kat opis aku nih
kira pangkat atasan la dari aku yang tahap kerani cabuk ni
kalau bercakap
itu tak kena, ini tak betul
orang tu buat tak ikut pekeliling la
orang ni langgar akta la
tapi bila kena kat diri sendiri
siap boleh kuar ayat camni
" saya arahkan kamu untuk bla..bla.."
boleh camtu
mana hilangnya ko punya akta2 tu
pada aku la kan
kalau dah kat orang lain tak boleh
secara automatik
tak boleh secara keseluruhan la kan ,mana boleh kejap ok, kejap tak ok


situasi 2
ni kat facebook aku
memang la aku ni spesis on-off tudung ni
aku pakai masa datang kejer jer
sangat tidak baik aku ni, InsyaAllah.. aku dalam usaha untuk  pakai secara sepenuh masa
 tak payah la nak komplen terang-terang kat gambar aku
macam la dia tak tau kan
dari dulu lagi kan aku macam ni
boleh pulak buat ayat-ayat terkejut di situ
yang peliknya
2-3 hari lepas tu
dia pun sama letak gambar tak bertudung kat facebook
padahal dia ni yang aku tau memang bertudung
dengan bangga pulak tu dok komen kat pic tu
aku sebenarnya tak kisah pun korang nak letak pic apa
tapi bila sebok dok komen pic2 aku
tu yang aku pun nak jadi mami jarum gak tu
prinsip hidup aku senang jer
aku tak kacau hidup ko, ko pun tak payah la kacau hidup aku
kritiria orang macam ni la yang aku perlukan untuk nyahkan dia dari list friend aku kat fb nun
ayat separa kejam di situ



***
ketam memang berjalan ke tepi eh?
aku tak khatam lagi part biologi alam nih









TeRiNgIN NaK SaRAP MeNDa NiH



ni menu bekfast aku ahad lepas kot
beli kat pasar pagi taman wira mergong
hahaha, kantoi mrayap masa opis
ni sumer gara-gara ngidam ibu mengandung la
dia teringin nak makan buah langsat
tu yang menonong pegi cari
tapi hampeh, takder pun jual kat sana
last sambar la yang ini buat bekfast
 errr... bukan sarap sebenarnya sebab kami tapau, dah tu makan pun dah tengahari dah



pic ni : opismate aku yang punya sebab aku nyer dah selamat dingap masa tu
sama jer tapi aku letak telur hancur sebab tak makan telur masin

 

dimakan  pulak bersama nescafe ais memang la wallah

kepada ibu mengandung kusayang
pas ni kiter pegi carik lagi ok?
tunggu la bila line clear sket kalau nak mencilok tu
mebi 14nov - 06dis ok kot?
bila kucin tiada maka berjogetlah tikus sekaliannya






Monday, October 11, 2010

ADaB MeMbERi SalaM

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim.FM .
Ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.Antaranya tentang bab memberi salam.Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salamdari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"
--Beri salam - "assalamualaikum"
--Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.Sesama lah kita memberitahu kawan-kawan yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orangYahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

 

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yangbermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkandia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.Semoga ada manfaatnya.


kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni



****************
~ walahualam ~
aku kena tag kat FB
sajer nak letak kat sini
kalau ada salah & silap harap dibetulkan
















Sunday, October 10, 2010

TaMbaH DuiT ASB KiNI Di HuJUnG JaRI



ceh tajuk
cam berilmiah jer aku rasa bila buat entry tajuk-tajuk camni
selalu dok membebel ntah hapa hapa ntah


menda ni pun aku baru jer dapat tau
tu pun lepas dok membebel bebel kat sorang kawan aku nih
bukan bebel apa
cuma cakap kat dia cam leceh jer nak pegi masukkan duit kat ASB ni
aku bukan per
boleh jer kalau nak buat potongan gaji
lagipun memang kerja aku pun dok potong gaji orang kan
potong gaji ~ dengan kebenaran hokeh? kot tau mau kena hempuk dok memandai potong gaji orang
tapi cam malas jer sebab nanti makin merundum la jumlah bersih kat sebelah kanan payslip aku tu
sekarang pun dah ada potongan lain kat situ
insurans, JPA & bla..bla...
okeh, back to topik
memula login dulu kat web Maybank2U
pastikan the real adress maybank2U
bukan apa skrang kan banyak sangat email yang suruh kita update data la
tau-tau ke web lain
tu tak per lagi
kang tak pepasal duit kita yang sememangnya sikit kat dalam akaun tu
menjadi semakin sikit ni citer duit aku la, korang takper, banyak duit
kalau takder akaun maybank2u
sila daftar dulu okeh?



dah login?
bagus !!!
pastu klik kat investment dan klik lagi kat asnb unit trust



 




 
kena daftar dulu kat situ
masukkan no akaun ASB dsb
tapi isnin hingga jumaat jer
kalau offline takleh daftar
diorang akan ambik masa 3 hari bekerja untuk sahkan data kita
lepas tu baru la kita leh start menabung via maybank2u



ni aku try bukak tadi
status : offline sebab ari ni ari ahad


~ sekian ~



CaNtIk !!!

10.10.10
[ 10 oktober 2010 ]

cantik kan tarikh ni?
mesti ramai yang bernikah kahwin hari ni kan?
yang aku tau Dr SMS kiter ngan Dr Harlina
pastu kalau tak silap aku Aqasha si pelakon itu
saper lagi ekk?
blogger2 yang under group b2b pun mesti ramai yang aim tarikh ni

pada aku
takder apa yang nak digembar gemburkan sangat
hari yang biasa
still lagi datang kejer cam biasa
lagi satu,
aku tak suka pilih tarikh yang menjadi tumpuan
tak pasti sebab musababnya
tapi aku memang tak berkenan
contoh masa kitorang nak kawen dulu
kami sepakat melangsungkan seminggu selepas cuti sekolah
kalau buat masa cuti sekolah
kesian kat tetamu nak kena kelam kabut makan sebab nak ke tempat lain pulak
tapi sebenarnya sebab utama
aku sengaja cadangkan majlis sebelum gaji
at least, ada bekalan lepas tu
memang kena maki dek opismate dulu
sebab dah la buat sebelum gaji
jauh weh nak datang dari KL ke Kedah
tapi Alhamdullillah, sampai jugak diorang ke majlis aku


tarikh yang penting bagi aku
adalah semalam

09.10.2010

sebab?
semalam hari lahir B yang ke-30



buat B :~

SELAMAT HARI LAHIR
MOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI
SAYANG AWAK SELALU
hari ni baru nak letak kat blog, takper lambat kat sini jer






Thursday, October 7, 2010

Mau ReHAT sAMPai LeBAM



Mau rehat. Tu jer nak bagitau.
Penat seminggu di opis.

~ update ~

huhuhuhu
penat giler minggu lepas
dua orang punya kejer terpaksa aku cover sensorang
dah la serentak banyaknya
time tu la jugak kena siapkan pelarasan kenaikan gaji untuk staff
60% dari jumlah kakitangan
dengan aku ni yang memang zero part gaji
memang betul-betul mencabar jiwa la
pastu ditambah pulak dengan aplikasi segala "e" yang ada
e-perolehan yang buatkan aku pening
dah la bertalu-talu sampai bil-bilnya.


aku sebenarnya ok jer kalau nak tolong orang lain
tapi bila pihak sebelah sana tu cam tak betul langkah
tu yang aku jadi 45% ikhlas tu
dah la main hilang camtu jer dari opis
bila call tak berangkat
baik bini ataupun laki
tak der rasa tanggungjawab langsung
orang call tu bukannya niat nak mengganggu korang tengah beristirehat ke hapa
cuma orang nakkan penjelasan
kalau orang lain tanya
dengan confidentnya kau jawab dah ambik cuti tanpa gaji
kebendanya? selai surat pun kami tak nampak

****
dah kena tindakan tahan gaji
baru terhegeh-hegeh nak call
cakap dah sihat dan buleh kejer la
kalau gaji tak kena tahan gamaknya sakit jer semedang







StReSS Di TeMPaT KeRJA


Pengurusan Stress di tempat Kerja

Pendahuluan
Stress atau tekanan perasaan adalah tindakbalas tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai
cabaran dan tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan dan cabaran tersebut mungkin merupakan
perkara-perkara yang datang dari luar, atau mungkin juga datang dari fikiran diri sendiri
(misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stress seringkali digambarkan sebagai
sesuatu perkara yang buruk. Namun dari perspektif lain, sesungguhnya setiap orang
memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.


Gejala Stress
gejala atau tanda-tanda stress di tempat kerja yang dapat disimpulkan iaitu:

a) Prestasi kerja menurun.
b) Semangat dan tenaga untuk bekerja menurun.
c) Komunikasi dengan orang lain terganggu.
d) Murung.
e) Cepat naik angin atau marah-marah.
f) Kurang potensi pemikiran yang bersifat kreatif dan kritis.
g) Mengambil keputusan secara mendadak.
h) Melakukan perkara selain kerja seharian seperti melepak.


Cara mengatasi
 pendekatan yang dapat dipraktikkan untuk mengatasi stress di tempat kerja iaitu:

a) Pendekatan rohani.

Solat dengan khusyuk.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari
baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya,
ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya
sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan
kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali)
 bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Bacalah al- quran kerana sesungguhnya al-quran adalah penawar bagi hati.
Firman Allah bermaksud:
 “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran,
ataukah hati mereka terkunci?”
(Surah Muhammad: Ayat 24)

Sentiasa senyum.
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda :
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah"
(Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Bersendirian/ bermuhasabah diri.
Hadis Qudsi yg bermaksud, "Barangsiapa yang tidak redha dengan
qadha'Ku(ALLAH), dan tidak bersyukur dengan pemberianKu, dan tidak sabar
dengan ujianKu, maka carilah Tuhan selainKu."

Sentiasa berzikir.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah”. Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati
manusia."
(QS: Ar-Raad: Ayat 28)
"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati."
[Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]

 Berkasih sayang.
Hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana
kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan
shuhada yang menyukai mereka "
(riwayat Attarmizi)



b) Pendekatan fizikal

Tarik nafas dan bertenang.
 Bersenam.
Mengurut.
Hobi.
Berehat sebentar.

c) Pendekatan individu/ organisasi

 Meluangkan masa bersama keluarga (bercuti).
Berbincang bersama isteri atau suami, teman, rakan sekerja, ketua jabatan, atau keluarga.
Berjumpa kaunselor, ustaz atau ustazah, atau doctor untuk mendapatkan
nasihat.



Sumber rujukan
http://pakarhowto.com/, surihati_ku, 10 cara mengatasi stress
Portal aku ingin sukses, 17 tips mengatasi stress dalam hidup dan di tempat kerja
Portal komuniti muslimah,  http://www.hanan.com.my/



 

Waallahu’lam…….

JaNGAN BaCA TuLiSaN INi





JANGAN BACA TULISAN INI


Jangan baca tulisan ini.
Itu adalah larangan yang cukup tegas.
Jelas, tajuk di atas melarang anda membaca tulisan ini. Persoalannya kenapa? Ya! Tentunya disebabkan dalam tulisan ini tidak mengandungi apa-apa maklumat yang berguna untuk anda, jadi kenapa anda harus membacanya. Oleh itu, sebaiknya anda berhenti sahaja daripada terus membaca tulisan ini. Banyak perkara lain yang anda boleh buat dari membaca bahan yang tidak memberi apa-apa manfaat untuk diri anda tetapi kenapa anda terus membacanya sedangkan sudah di larang sampai pada perkataan ini pun anda masih membacanya, kenapa? Apakah anda tidak faham apa yang saya katakan di atas. Sudah, hentikan saja. Sia-sia anda membacanya. Sampai di sini pun anda tidak mendapat apa-apa maklumat. Hanya tulisan yang hanya meminta anda jangan membacanya. Tapi kenapa anda terus membacanya juga. Jangan berfikir panjang, hentikan saja. Betul!. Sia-sia saja anda membacanya. Anda bukannya jenis makhluk yang tidak tahu membaca. Betul bukan? Tapi kenapa anda masih membacanya. Tolonglah!. Jangan lagi anda membaca tulisan ini. Tapi kenapa anda berdegil. Sepatutnya sebagai orang yang tahu membaca anda tidak membaca tulisan ini. Cukup dengan membaca tajuknya lalu anda pergi sahaja dari sini. Tapi, kenapa anda masih membacanya sampai di sini pun anda tetap membaca tulisan ini. Sudahlah, jangan membaca lagi.



 
p/s : Adakah anda membaca hingga nokhtah terakhir?






Wednesday, October 6, 2010

SekiTaR MajLiS

ni entry tertangguh namanya
kejadian sebenar adalah pada 26 September 2010

Majlis Jamuan Hari Raya
dianjurkan oleh pejabat aku
Bertempat di Foyer Zon A, Bandar Mu'adzam Shah

Tahun ni aku memang langsung tak libatkan diri
sudah kepenatan pada tahun lepas
jadi, biar sajo orang lain yang handle
aku pun pegi kejap jer
tak sampai pun setengah jam
cam buat U-turn jerk kekdahnya
pegi, capai sate ngan lemang
settle makan
balik sambung kejer
betul-betul berkhidmat untuk negara neh

Semalam pulak - 05 Oktober 2010
Majlis Jamuan Aidilfitri
untuk sumer jabatan persekutuan kat Bandar Mu'adzam Shah
yang ni berlangsung kat dewan besar
pun sama jugak
aku pegi U-turn sajor
sesampai, pekena kuah lontong ngan nasik himpit
pastu cari rojak buah
chowww....
Takdak mood mau bersuka ria
kerja aku melambak kat atas meja


gambar pun aku amek guna henpon jer












~ sekian ~