KaMu HeBat

Top Comment :

Wednesday, July 7, 2010

KenaNgan Itu



Bila aku blogwalking kat blog-blog B2B
Teringat balik masa dok kelam kabut buat persiapan dulu
Aku takder masa yang lama untuk merancang sebenarnya
Sebab masa bertunang tu tak ditetapkan tarikh untuk majlis nikah
Cuma anggaran tempoh bertunang tu jer la
1 - 1 1/2 tahun bertunang

Masa tu aku pun ting tong gak kot
Macam tak ambik kisah sangat jer hal-hal kawen nih
Banyak search pun kat forum-forum jer
blog pun wujud pas kahwin dah

Tup-tup masa ikut B balik Johor
Mak dia dah bising-bising nak langsung cepat
Masa tu tak silap aku hujung 2007 dah
aku bertunang 25 disember 2006
Aku pun time tu blur jugak lagi
Maklumla, takder pengalaman buat majlis kenduri kat famili aku
aku ada sorang abang, tp sampai skrang tak sampai lagi seru nak kawen
Harus la aku yang mulakan dulu kan?
Diskas lebih kurang ngan famili aku via phone jer nih
Hujung bulan satu
Famili B pergi jumpa famili aku kat kedah untuk tetapkan tarikh
boleh aku pun sengal, ikut sekali rombongan tu dari KL balik kedah
Last, dua-dua famili setuju nak buat majlis pada 21 (nikah) & 22 mac (majlis)
Majlis kat belah B tak buat besaran macam la belah aku besar sangat kan majlisnya pun,
just cadangkan kenduri doa selamat jer
Masa tu dah hujung januari tau
Giler betul, masa tu baru aku terasa sebu otak dok pikir
lebih kurang dua bulan jer hokeh?
aku ngan B tak balik sekali ngan diorang ke KL
Kitorang sambung cuti sebab nak settle sikit-sikit dulu kat kampung aku
yang aku pikir nak cari pakej baju/make-up ngan pelamin jer
kalau korang nak tau aku tak tetapkan pun tema kaler masa nak cari baju pengantin
sebab
bila aku dah stick ngan tema, akan ambik masa nak cari baju mengikut tema yang aku nak
aku ngan B terjah jer butik-butik pengantin untuk cari baju yang berkenan di hati
last aku jumpa yang kaler peach / orange
memula berkenan yang kaler kuning terang, tapi B kata simple sangat
Ambik pakej simple jer pun
*
pelamin
make-up
deco meja makan
 tak ambik catering, orang kampung yang rewang
sepasang baju dengan aksesori
tudung, veil, kasut, payung, bunga tangan, crown

**
Pastu terjah pulak kedai perabot nak cari set bilik tido
nasib baik sebab aku bukan jenis yang super duper cerewet
so, 2 benda kat atas leh settle dalam masa kurang seminggu

pasal makanan lak aku langsung tak payah pikir
sumer tu mak ayah ngan abang long yang settlekan
kat kampung aku ada pakatan untuk majlis kenduri kendara nih
dioarang yang akan masak
pinggan mangkuk ngan khemah sekali sumer dah ada
tuan rumah cuma sediakan bahan masak jer

bila dah balik KL lak aku ni terhegeh-hegeh lak nak DIY bunga telur ngan doorgift
padahal bukan banyak sangat masa yang ada nak buat sumer tu
tapi hati ni cam beria jer nak buat
kes terkenan ngan exhosmate aku dulu la nih, tolong dia buat bunga telur
Dengan masa yang ada, ajak B pegi Nilai3 ngan Fah Lean kat Balakong
cari barang-barang untuk DIY
B memula dah bising cakap tak sempat
tapi buat mesti mau buat jugak
aku kan degil
Balik kejer jer aku dok belek menda-menda nih
tapi dating tetap jugak berjalan cam biasa
kadang-kadang sampai ke pukul 2-3pagi aku dok layang DIY nih
hasilnya
*
*
 korang jangan baget aku buat yang susah-susah

kotak nak isi coklat - beli kat sayangU, tinggal lipat jer [500]
sapu tangan ikat riben [500]
bunga nak letak kat pelamin [100]
ada lagi satu, xder gambar
sabun luve ikat net ngan letak riben [500]


pastu terjah lak mydin subang nak beli paper bag sebab tak cukup lak masa beli kat Nilai nun
beli sekali ngan coklat cumil nak letak dalam kotak tu nanti
lagi satu, mak aku pun dah siapkan gak packkan bauhu untuk letak dalam bag
Kak N adik angkat mak sponsor 1000 bijik telur
bunga/kotak telur sumer aku beli kat kampung sebab ada tempat boleh dapat murah
lagi satu kat kampung aku ada budaya menanam which bila kahwin si polan nun,
mak aku akan bagi bunga telur sekian-sekian banyak
bila sampai turn majlis kat umah aku lak, diorang akan bagi balik



kad kahwin lak untuk vip aku tempah kat medan mara jer
300 keping
yang biasa guna kertas kaler A4 tapi aku buat kad saiz A5separuh a4
yang tu adik aku yang designkan
aku lak guna harta opis macam harta sendiri
dengan sorang kawan
printkan  untuk 500 keping
bila dah siap kad akan jadi 1000 keping la




ni jer draf  kad yang aku ada
map ngan mukadepan ntah kat mana lak aku letak pun tak tau


apa lagi ek?
ok, baju nikah
ni lak ada citer sebaliknya
memula pegi tempah kat satu butik kat PKNS shah alam
buat baju kurung moden with minimum manik-manik
ambik sepasang ngan baju melayu B
dah tanya, dia kata boleh siapkan
masa tu pegi awal feb tak silap aku
harga tak la grand cam korang-korang
dah bayar deposit RM200
2-3 kali call asik tak siap jerk
ada sekali tu, kami call nak datang fitting
diorang leh cakap ok sebab baju tu dah siap
boleh lak bila sampai tailor tu asik bagi reason on the way jer bila SA butik tu call
lebih sejam tunggu
last aku fed-up, ambik baju B terus blah
diorang langsung takder call
nasib baik aku bayar RM200 jer, kira harga baju melayu jer la
dengan baju melayu B tu kami usung satu KL nak cari baju ready made aku
kaler off white
ada gak butik yang aku masuk kata sempat lagi kalau nak tempah
tapi aku taknak amik risiko dah
target kitorang memang nak beli ready made
Dekat seminggu dok mencari baru jumpa
Simple jer,
baju kebaya, ada manik sket-sket
aku terus on jer sebab masa tu dah awal mac pun
tudung ngan veil adik aku yang uruskan
hahhh,
kasut lak aku beli kat satu kedai biasa di seksyen 18 shah alam
tu pun last minit gak rembat


aku pegi kursus kawen pun dah pertengahan februari
gila terkejar-kejar
lepas dapat sijil, settlekan borang sumer
memula balik johor, pastu kedah lak nak submit borang
borang pun aku bantai soh sepupu aku pegi amek kat pejabat agama then pos kat aku untuk isi dulu
tu pun ada gak insiden bertekak ngan pegawai agama
aku call nak conformkan pasal HIV test, aku nak buat sekali ngan B kat HKL
tapi pegawai tu cakap hanya boleh buat kat klinik kesihatan kat kedah jer
aku dok rasa cam tak sempat jer nak buat sumer tu sebab plan nak balik pun untuk antar borang jer nanti
dah dia kata camtu, layankan jer la
nasib baik bila balik kedah
ambik masa 15minit jer untuk siapkan hiv test tu
giler cepat, cam tak cayer jer


PA system abang aku yang sponsor
Photo lak aku ambik kawan adik aku
ok la, tak mahal sangat pakej dia
cover untuk majlis nikah, hari majlis ngan outdoor
Gelang untuk batal air sembahyang beli kat PJ
Hantaran lak adik aku yang deco, kami just beli barang-barang
yang ni memang dah beli dah skit-skit dari awal tunang
Cadar aku beli kat Nilai, on the balik dari johor
tu jer la kot yang aku ingat





jom layan gambar lak


B nampak gumukss la kat pic nih


korang tengok baju pengapit tak sama kaler
pengapit B la ni, si a'an
memula cakap nak pakai kaler hijau, pastu tukar kaler krim
tu yang pengapit aku pakai krim pdhal dah siap bawak pun baju hijau dia
dah tak sempat nak tukar dah
hampeh jer mamat ni, spoilkan keadaan



macam mana lak pic nih leh tukor jadi sephia ntah


 

simple jer meja aku
menu pun simple gak, tak der udang panjat nenas bagai
aku yang nak camtu, kaler air ikut tema
tap ada ker diorang letak menu hati kat situ
bukannya kitorang makan pun

 

outdoor pun kat kampung sebelah jer
plan nak pegi tempat lagi satu tapi cam dah penat sangat
lalu kat sini tengok cantik jer tempat dia
redah jer la..
aku kan slumber

 

bye
nak balik dah

**
aku make up dekat butik
on the way balik tu jem giler nak pegi umah aku
umah aku kat kampung terceruk, tu jer satu jalan masuk
umah lak memula
 kenduri luar musim, ramai la free boleh datang
call abang long bagitau keta takleh nak masuk dah
nak jalan memang tak la
lebih dari 300m nak samapai umah
last, dia terpaksa kuar jadi polis traffik jap
masa tu B call diorang dah tak jauh dah nak sampai
[silap aku jugak, terlewat nak kuar g make-up]



 

3 comments:

LEMONADE said...

sis, preparation 4 my wedding next year dh 40% done. hehe sis ada nk sponsor ape2 x? hikhik

ryn said...

bagus, prepare awal2. tak kelam kabut jadinya nanti
sponsor? let me think 'bout it first.. ahakks

ryn said...

bagus, prepare awal2. tak kelam kabut jadinya nanti
sponsor? let me think 'bout it first.. ahakks