Antara Punca Sukar Mengandung
Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya.
Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup. Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga.
Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.
Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.
Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudaratkan sekadar memudaratkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudaratkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak, mengandung. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.
Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.
Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.
Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.
Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?” “Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah. “Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin. “Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya. Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab "belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh.. Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak), amalkanlah nasihat berikut:
Elakkan:
Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
Makan junk food
Makan junk food
Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan cermai
Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan pizza
Makan burger dan nugget
Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia. Namun ironinya ialah di negara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi. Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah.
********
artikel ni dah lama aku simpan
tak ingat jumpa kat web mana
sajer aku letak kat sini
untuk rujukan kepada sumer
4 comments:
Haha.. ada kaitan kah dgn entry aku membeli jeruk di Pulau Pinang tu. Hahahaha..
Based on rezeki, ada org suma dia tibai..tp da nak rezeki Tuhan kasik ada je.. :))
hahhaa.. betul tu, kes ko g penang kan? tu lar
ni cuma amalan2 jer, kalau Allah nak bagi, belsah apa pun dapat jugak....
** weh, jgn kecik ati tau, aku tak niatkan apa2 entry nih
oh my! thank youuu so much for this entry.. i tak tahu lak junk food is one of the cause.. minum susu lembu ek? orite! i'll do it.hehe
junk food ni kalau ikutkan kita yg normal pun tak elok kan?
effa, nak kaww cari la susu segar dari ladang....
Post a Comment