KaMu HeBat

Top Comment :

Wednesday, September 29, 2010

TV3 vs TV9


yer kawan-kawan
tajuk entry aku pada kali ni
bukan nak citer pasal ni


atau pun yang ni




ni citer pasal 2 orang sepupu aku
memang ni la nama gelaran bagi diorang
sebabnya
dah menjadi tanggungjawab diorang berdua
untuk menyebarkan
apa-apa berita  untuk pengetahuan semua kaum kerabat aku

ni namanya TV3

aka Kak Ani
dia ni sepupu aku yang sulung
korang tengok gambar pun rasanya dah boleh agak kot tahap kekepohannya
dulu dia kejer sementara sebagai operator telefon kat SUK Negeri
memang nak kena sangatla tu
aku yang kat KL nun memang tak yah risau la kot ada info yang yang akan terlepas
memang tak dengan adanya dia nih
Kat Kedah tau jer, conform lagi 2 minit sedara yang kat luar Kedah gerenti jugak tau
kalau bergayut ngan dia ni tempoh MINIMA adalah 1/2 jam
kang kalau kejap benar mana sempat mau update sumer citer kan?
kadang kadang kalau tak dapat call aku kat handset
opis lama aku dulu tahap baik sket jer dar dok dalam gua, semedang jer line tarak
sanggup call sana sini semata-mata nak dapatkan no opis
tapi satu jer la dia nih
kalau ko betul-betul nak rahsiakan sesuatu hal dari orang lain
memang takleh la nak citer kat dia
memang dia akan pegang pada janji
tapi yang selalunya terjadi
akan terlepas cakap bila dah asyik sangat berpot-pet
dan bila dah terlepas cakap tu
mulanya nak buat muka ala-ala kaula bintang kaula bulan
takut nak kena bambu
kalau datang umah aku
dah sesiap dok dalam keta nak balik
dah start keta bagai pun
boleh lagi sambung borak
takat berborak dari dalam keta tu memang normal la kalau melebihi 20minit
kadang-kadang aku salute ngan orang spesis camni
idea diorang bercakap macam tak pernah kering kan?
 
 
ok, ni pulak TV9

kenapa dipanggil TV9?
sebab dia ni baru 2-3 tahun ni berjinak-jinak dalam hal ni
tapi boleh tahan la jugak walaupun masih peringkat junior
apa-apa berita mesti sepantas mungkin akan disebarkan
tapi akan lebih aktif kalau dia berada kat kampung la
sebab sekrang ni dia nih kejer kat KL nun
penah sekali kat tengah jalan
nampak lak keta abang long aku
terus kau secara sukarela menghabiskan masa dan minyak kereta untuk memfollow abang aku tu
dah conform tengah dating
harus la info berguna disampaikan secara pukal


tapi apapun
diorang ni tetap mengekalkan etika kewartawanan
hanya menyampaikan cerita yang sahih dan benar sahaja
aku rasa cam ok jugak dengan adanya dua orang nih
berita-berita berkaitan sedara akan sentiasa update jer


Tuesday, September 28, 2010

NaSiB BaIk DaPaT BaLik

ingat lagi citer pasal keta opismate aku yang hilang tu
ni link entry tu >> HiLaNg KeRETa

tadi akak tu datang kat unit aku
dia bagitau
keta tu dah selamat dijumpai oleh pihak polis
kat kat park Regency Hotel Alor Setar
tabik spring sama pihak polis
makin menunjukkan peningkatan
tapi banyak menda jugak la yang dah selamat
keempat-empat sport rim hilang
tayar spare
pastu, 4-4 tayar sedia ada pulak diganti ngan tayar yang dah botak
cd player pun yilek jugak

tapi tak per la
at least, ada lagi rupa kereta tu bila dapat balik
boleh lagi digunakan
cuma kena touch-up balik la mana yang dah terkopek tu
sian kat akak nih
2-3 tahun lepas keta dia dah kena pecah
siang hari lagi
sempat rembat satu laptop opis
tak pasal-pasal jer akak tu kena bayar balik

tak per la kak
orang yang diuji ni
selalunya Allah sayang kan?







Sunday, September 26, 2010

HiLaNg KeReTa

hahhh tajuk..
bukan propa kay..? ini betul-betul terjadi
tapi bukan kat aku la
kalau aku yang hilang keta tu
mau la meraung bagai
sapa tak sayang keta beb
dah la tu perkara wajib-bayar tetiap bulan kan
last, orang lain lak yang dapat hasilnya

ini citer pasal opismate aku
keta dia hilang ari sabtu lepas bersamaan 18 september 2010
aku baru tau ari rabu lepas jer
memang lambat dapat berita sebab aku ni jenis tak amek port sangat hal orang kat opis nih

dia hilang keta masa pegi shopping kat satu mall kat alor setar nih



ikutkan cerita
parking tu berdepan dengan pintu masuk dekat ngan food court
berani betul la pencuri nih
kat tempat terang-terang camtu pun dia leh buat kejer
cari sumber top-up duit raya ke bang ?

memang jadi blur la akak nih
sian dia....
dah la Ibu Tunggal
sumer hal anak dia yang kena uruskan
memang patah kaki la bak kata orang
yang dihadapkan sangat tu bukanla keta yang grand-grand pun
ni jer pun

pegi la sekodeng keta yang best sket
dah tentu la masyuk kalau rembat pun
ni tak..
kalau dapat tangkap dek polis pun tak berbaloi la weh
walaupun dah buat report polis
tapi harapan nak daptkan balik keta nih memang la tak sampai 50% aku rasa
mesti dah abes diorang operate dah pun
pastu tu bila pegi komplain kat pengrusan mall
boleh lak diorang bagitau
dah banyak kali kes hilang keta ni jadi kat situ
kat tiang parking yang sama ngan akak tu pun ada jugak
hishhh
dah ramai orang ngadu
boleh lak pengurusan mall tu diamkan jer
tak der buat tindakan apa-apa ker
kang sesilap
takder sapa nak pegi dah ke situ
sapa yang rugi
nasib baik aku bukan pembeli tegar kat situ
tak koser la aku nak ke sana
jauh dari umah


so
korang-korang sumer
berhati - hati bila nak park keta tu
kalau boleh park kat depan pondok guard
kang tak pasal-pasal jadi mangsa
kat mana-mana pun dah macam tak selamat sekarang ni kan?
pesanan untuk diri sendiri jugak








ConTeST RaYa

setakat nih
aku nampak ada 2 contest yang diajurkan
yang ada kaitan bau-bau bacang  dengan raya

satu undangan dari  SuHaiDa SuPaLiO




dan satu lagi kat blog PnStoBeRi




*
*
*
dukacita adalah dimaklumkan
aku tak akan join kedua-dua contest nih
sebab...
tahun ni memang mood raya aku adalah pada tahap 45%
so..
memang tak der la gambar-gambar yang diambil
kalau ada pun cuma gambar e-cha sajor
memang aku pun tak tau apasal
mood raya aku menjunam giler
mebi sebab banyak sangat masalah yang datang kebelakangan nih

oleh itu
aku harap tak der yang berkecil hati
nanti kalau ada contest-contest lain aku join k?

***
jangan lak serik ajak aku pas ni keh....




Thursday, September 23, 2010

MaKaN2 BerSaMa CoUSiN


Sorang sepupu aku neh
raya ke-4 baru sampai ke kampung
kena duty masa hari raya
laki bini pulak tu
sorang nurse kat HKL, sorang polis kat Cheras
anak tunggal diorang
sebelum raya dah selamat dihantar balik ke kampung
umo baru 3-4 tahun aiseh, lupa la pulak

agenda wajib setiap kali balik
mesti la terjah ke rumah aku
kadang-kadang tu pukul 11mlam baru nak mengetuk pintu
padahal masa tu aku dah nak hai hai bye bye dah pun
dia ni antara sepupu aku yang agak rapat la

request diorang sempena raya ari tu
nak makan handmade nasik ayam
ceh !!
selera tak agak-agak
nak jer aku tapau dari kedai
tapi sian la pulak kan
so.. ni la hasilnya






tu jer nak citer
~ sekian ~

Wednesday, September 22, 2010

HamBeKk Ko !!!

warning :
entry ini adalah bertujuan untuk melepaskan amarah yang terpendam
tiada kaitan dengan readers sumer ok?
**
comform ko takkan baca kan?
sebab menda2 tak bertamadun jer yang ko expert pun






aku tak pasti la
makhluk mana yang obsess sangat kat aku nih
kalau yer pun berkenan, agak-agak la kan - ayat perahsantan semata
ai dah kawen u

minggu ni bertalu-talu call masuk kan henset aku
kalau no lama aku tu kira ok la jugak sebab memang dah tersebar luas pun
yang aku pelik, call ke no yang baru sebulan aku pakai
dan sehingga hari ni
hanya orang-orang tertentu jer yang tau
tu pun tak lebih dari LIMA orang
mebi satu silap aku
aku penah sekali call b**gs*t ni guna no baru aku nih
tapi apa kes yang ko tak habis-habis nak ganggu hidup aku
dari dulu kan aku ajak bersemuka
apahal ko nak mengelak
sanggup keluar dari umah famili ko sebab tak nak aku cari
Fine !!
aku yakin pada hukum karma
what u give, u get back soon
aku tau sumer panggilan / misscall ni angkara ko
aku tak der hal
memang dah lali pun perangai  ko yang macam hanjeng tu
kita tunggu jer la
aku memang tak der niat la nak membalas perbuatan ko tu
tapi ko pun ISLAM kan?
kalau Allah tu tak balas sekarang
ko jangan lupa masa KAT SANA nanti
mebi Allah bagi ko peluang nak menabung dosa dulu puas-puas


baru kejap tadi
dia buat hal lagi
bertalu-talu bagi aku misscall
memula aku ok jer
pastu dah geram sangat
aku antar satu mesej kat no tu
korang tau apa aku tulis..?
ni ha
*
*
" lg sekali kau miscol aku, aku sumpah kau mampus kena langgar dek keta. Aminn "

terus sentap tak call dah pastu
padan la muka
suka suki jer nak kacau orang
kot yer pun takder kejer
hormat la orang lain kan?
aku ni kalau marah memang tak terjangka perkataan akan kuar dari mulut
kira naseb la ko dapat mesej nih

list no-no orang yang tak bertamadun tu
016-6705754
no ni la yang bertuah sebab dapat mesej kat atas tu
012-6019453
misscall aku pukul 2-3 pagi, dah tu siap antar mesej nak kenal bagai
silap orang la. aku tau taktik murahan ko nak cari salah aku tu
012-6618666
yang ni plak sore mamat cina, aku angkat jer terus cakap silap no.
013-9657609
cara mamat ni cakap macam sabahan.sarawakian/indon pu yer jugak


memula pikit betul la kot orang salah no
cuba bersangka baik
tapi hati aku kuat mengatakan ada udang di sebalik mee

***
"ko" yang aku maksudkan tu adalah seorang perempuan
[ yer ker PEREMPUAN.. patut ada panggilan lain kot.. watevar ]



~ sekian untuk edisi melepaskan geram ~




Bye AyDa


ahad hari tu
opis aku adakan farewell party untuk sorang pekerja kontrak yang akan berenti
buat ala2 hi tea je pun
sebab last minit dapat tau citer
aku dah tau awal tapi admin yang baru tau
dia berenti sebab dapat kejer baru
Alhamdulillah
rezeki pengantin baru
12 sept 2010 selamat diijab-kabul
20 sept 2010 terus diminta melapor diri kat opis baru
jawatan tetap dan berpencen lagi tu
gred 41
sesaper kejer gov tau la kot kan apa pangkatnya?

pasni jangan lupakan kami kat sini dah la eik?


kiri: pegawai yang dirai
atas kanan : en.joy as MC
bawah kanan : soundman?


sekitar perjalanan majlis


kepada Pn Aida :
Selamat Berjaya
jangan lupakan kami kat sini
kepakaran anda masih diperlukan





PeRiT !!!!



Dah dua hari dah ni
seksa betul kalau nak makan
lelebih lagi makanan pedas
perit jer rasa
ni semua gara-gara ulser mulut a.k.a mata ikan
dah la dia jadi kat lidah
lagi la seksa
cecepat la sembuh duhai ulser....

gambar ehsan dari encik google
tak koser aku nak amek gambar
tapi ulser aku jadi kat sebelah kiri lidah








Monday, September 20, 2010

LaJaN-LaJaN RaCiK KaMaN

atau bahasa Malaysia rasminya disebut....
JaLaN-JaLAN CaRi MaKAn


*****
kejadian adalah pada sebelum poser
giler lama terperap kat dalam handset aku
dok mencari kabel hilang ntah ke mana
baru tadi dapat transfer ke pc neh


sebenarnya
port ni dah lama pun aku target
cuma tak berkesempatan nak singgah
ada sekali tu temankan B pegi mancing
dah penat-penat tu
kitorang plan nak pegi pekeka cendol
terus aku cadangakan tempat nih
agak jauh dari umah aku
dalam 20-30 minit gak kot
tempat ni kat highway menghala ke bukit kayu hitam
area changlon kalau tak silap aku

masa tu lebih kurang kol 4.30ptg
so, menu pun adalah ringan-ringan sajer
ringan bukan ikut timbang tau...

target utama adalah cendol pulut
marvellous


menu sampingan
cucur udang yang wallah


kalau dah nampak sate haruslah dicuba
tamak di sini


tempat yang dimaksudkan
*
*
*

Jo cendol pulut



~ ~ ~ ~
tema entry nih adalah
aku-dah-abes-kejer-dan-tak-tahu-nak-buat-apa-dah







ALaHai NuFFNaNG



memula aku berblogging ni dulu
tak tau pun apa sebenarnya fungsi nuffnang nih
yer la kan...
saya budak baru belajar
ambik galah tolong jolokkan
tapi hasil dari semangat kespyan yang tinggi kat dalam diri
akhirnya aku tau la sket-sket apa fungsinya
maunya tak pelik
hampir 99% blog yang aku singgah
ada jer logo lambang nuffnang

dah tau apa kelebihannya
maka aku pun dengan jayanya telah menjoinkan diri
ingat sajer jer nak cuba-cuba
kalau dapat hasil kira rezeki aku la tu

lagipun lately
banyak aku dengar baca ramai blogger dah boleh kaut untung cam berniaga juta-juta jer ayat
dengan hanya berblogging
dah ramai yang dapat BE la...
aku?
tahap kempen jer la yang dok menjengah
tapi ok la kan dari takder langsung
aiman tak kesah
lagipun aku nih kira blogger tahap amatur lagi
baru 4 bulan kot aku join nuffnang
so pelan -pelan kayuh la

korang nak tau brapa dah income aku setakat semalam....
masyukkk wa cakap lu
leh la kalau nak blanja korang karipap pusing pat lima bijik






since 16 may 2010



pasni
rajin-rajin la korang klik kat iklan aku tu eh?
aku dapat mimpi malam tadi
saper klik kat iklan aku tu
dia jadi cun lapan kali ganda dari biasa
erk.. sumpah aku tipu



 

Wednesday, September 15, 2010

KeNaPa La PuLAk....


hari ni aku langsung takleh nak buat per pun kat facebook
apahal ntah
nak update status, reply mesej, nyebok-nyebok kat wall orang
sumer tak boleh
nak post jer mesti kuar window nih



nak try besorkan, pecah2 lak gambo dia
sorry la sebab terpaksa seksakan mata korang



ada sesapa tau x?
pliss..pliss..plisss






SeLeRa KiTer BeRBeZa

Ok tak tajuk kali nih..
kalau dah tinggal 2-3 kerat jer kat opis
kejer pun cam malas jer nak buat
padahal penuh jer kat kat atas meja nih

masih lagi KIV citer part raya
aku rasa takder citer kot pasal raya
tahun ni memang sambutan raya aku tahap 45% sajor
so, tiada aksi gediqs kat depan kamera secara melampau

Taste makanan  korang selalunya sama tak ngan korang nyer kapel?
best kan?
senang kalau nak diajak makan2 kat memana pun
aku ngan B lain benar seleranya
aku ok jer, tolak batu ngan kayu jer kot
lelain sumer on
B ni....
banyak nau pantang larang
itu tak makan, ini tak leh terima dek tekak
rasanya senang tau apa yang dia tak makan dari yang makan
kalau fastfood tu cuma layan KFC, McD ngan KR jer kot
tu pun memang basic punyer meals dia ambik
ayam goreng / kentang
tiada istilah la mash potato ke, cheezy wedges ke
kalau kat kfc nun, ambik dinner plate
dia makan ayam ngan kentang
coselaw ngan mash potato aku lak yg tukang perabih
sebab tu kami order satu set jer kalau makan


ini memang BIG no la

Menu seharian
ayam, ayam dan telur ayam
kalau sayur pun takat kangkung, sawi boleh la dia jamah
yang lelain tu
tong sampah ni la yang tukang bedal
Dia lebih berselera makan nasi letak kicap ngan telur goreng dari menu berbagai-bagai tu
part ni aku suka jugak, sonag kojo ese nak layan



ada satu citer aku nak bagitau kat korang
B ni langsung takkan jamah apa-apa makan yang berasaskan cendawan
ada sekali tu aku tanya la
naper tak makan cendawan ni sebab aku memang giler kentang kalau ngan cendawan nih
korang tau apa dia jawab?
" dulu masa kecik-kecik B penah tengok sati citer kat TV, pasal satu family miskin... ada satu hari ni anaknya bawak balik satu guni kot cendawan & sumer makan dengan happy sangat. Pastu diorang sumer mati sebab cendawan yang diorang makan tu beracun "
hahhh?
tengokciter kat TV punya pasal sampai tak bleh makan
betul-betul sadis aku dengar
tak penah lak aku tengok citer tu
try tanya kat kawan aku penah tak tengok citer yang B cakap tu
ko tau dia cakap apa lak?
" aku tengok weh citer tu tapi idak ler sampai meroyan tak makan cendawan sampai sekarang"
see....

tu pasal makanan
ada lagi reason-reason tak logik dari mulut B yang di luar pemikiran aku
banyak sangat kot rasanya
nanti-nanti la kalau aku ingat aku buat part 2 lak


aku rasa ni jer kot yang B makan tapi tekak aku takleh nak terima

pic amek kat resepiraidah
ikan keli dan ikan2 yang seangkatan dengannya



Tuesday, September 14, 2010

HaTi RaSA BuHSaNNN...





pelik aku
camna la aku leh TERkerja lak ari nih
padahal sebelum raya ari tu
dah sesiap pun apply cuti full minggu nih
patutnya
ahad depan baru masuk opis
tapi tu lar
kebosanan tahap melampau pun yer jugak kat umah
rasa cam memanggil-manggil jer opis aku neh
bahaya betul kan??

kat opis baru ni baik lak aku kan?
appy cuti tapi datang kejer
kalau kat opis lama dulu
apply cuti satu hari
mau 3 hari aku bantai EL
nampak macam perubahan ke arah yang lebih baik kan
mau 3 hari 3 malam bebudak opis nun nak pecaya kalau aku citer nih
balik pun ok jer skrang nih
kot tak dulu
kalau dah sharp masa balik tu
memang berdesup jer aku blah
sampai penah sembunyi dalam toilet depan opis aku
sebab nampak bos aku nak balik opis
kes takmo kantoi la
bak kata bos aku di sanun
" si erin tu kalau dah 4.30ptg, ribut taufan pun dia redah sebab nak kuar dari sini "
aku tak penah la dengar ayat ni live dari mulut bos aku tu
tapi geng opis yang menyampai kat aku
giler la bila diingatkan balik perangai sengal aku nih
hari-hari kena letup dek bos aku yang bisisng itu
kenangan betul la


status :
masih lagi berdepan dengan masalah duniawi
bila la nak settle nih
raya pun tak brapa nak ada mood










MeNu RaYa

First day kat opis
takder mood sangat
ramai lagi blogger yang sebok beraya
udah-udah ler tu weh....

okeh
raya kali ni mak aku masak nasi daging
simple jer
malas nak masak bagai-bagai sangat
nasik daging
ayam goreng
kari/dalca daging
acar mentah









juadah sampingan yang lain

ketupat ni selalu dimakan bersama kari daging / serunding / rendang
pic kari daging lupa nak snap
tak sama ngan yang untuk nasi daging di atas yer
yang tu cam dalca sesikit
untuk cecah ketupat mak aku pekatkan sket kuah dia




semua jenis kuih dan kek  adalah dari kepakaran tunjuk menunjuk sajork




last but least

si e-cha berhari raya

boleh agak tak apa tema aku tahun nih?




Friday, September 10, 2010

SaLaM AiDilFitRi

***
sticky post
sehingga 1 syawal 1431
***************************************************************************************


Lebih kurang seminggu lagi kiter semua nak sambut hari raya kan?
apasal eh?
aku rasa masa kejap jer bulan pose kali nih
tak sedar pun...

okay
kat sini aku nak ambik kesempatan
nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

MOGA SYAWAL KALI INI
AKAN MEMBERI KITA
LEBIH KENIKMATAN DAN KEBAHAGIAN




Thursday, September 9, 2010

EsOk RaYa TaPi Aku.....


Masih lagi di sini

*
*
*
di pejabat aku yang terchenta
aku bercuti 3 hari jer selepas raya
kat sini macam strict sket
takleh nak ngelat-ngelat sangat
2 orang dari unit aku tengah bercuti skrang nih
tinggal aku ngan lagi sorang dok tunggu turn next week
sajer jer tau
padahal dah dekat-dekat nak raya nih
tak der sapa dah pun nak datang bertandang

dari semlam
memang dah tak der mood dah nak bekerja
tinggal pun 4-5 orang jer kat opis nih
plus
sistem kewangan aku pun dah on off pun dari semalam

jadi
ni salah satu cara aku menghabiskan masa seharian kat opis


Little Shop of Treasures


OK la
bye
nak sambung main lagi nih




Wednesday, September 8, 2010

BloGWaLkiNg AwArD






Award dari PnStoBeri
meh kita menjawab soalan pulak kali nih
bagus weh, aku memang takder idea nak menulis hari nih


Soalan 1
 Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
sunyi giler opis, tinggal brapa kerat jer manusia

Soalan 2
Apakah nama samaran anda? 
selalu orang panggil aku ryn / eryn /ezryn
takder la samaran pun, dari nama asal aku jugak
kalau zaman berforum2 dulu aku guna nama XYN


Soalan 3
 Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?

Mak, ayah, B ngan E-cha
[ aku letak 4 eh? nanti tertinggal lak sorang ]

Soalan 4
Panggilan untuk si dia?
Selalunya aku panggil si dia "B".... tapi kalau dah tahap sengal bantai jer awak

Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?

Hadiah? tak terpikir pun sebenarnya. Cukupla dia selalu berada kat sebelah aku

Soalan 6
 Blog mana yang anda selalu lawat?

Yang list  kat tepi sebelah kanan nih memang dah wajib dah aku jengah
tapi sebenarnya banyak jugak blog lain yang aku suka terjah walaupun aku tak sign kat "1 follow" tu


Soalan 7
 Tag 15 orang blogger
ramainya.....


PnShaLiN
HaRzHarUn
ThaLha
TheZaiLa
YoNgNaNa
HaNa YoRiE
AsLeeNda
LeMoNaDE


Ni jer yang aku nak tag


Korang buat tau?







Tuesday, September 7, 2010

YaNg PerTaMa Dan MunGKiN YaNg TerAkhIR



Balik dari opis semalam
tengok kat atas meja
ada sekeping kad raya untuk aku
hohoho
dapat jugak aku kad raya tahun ni
ingatkan sumer leka bere-kad
Dari seorang adik
yang agak baru dikenali jugak
TQ yer dik
kalau tak sebab awak
memang nan ado la kad raya untuk akak tahun nih



Encik B pun dah tak bagi kad raya
Dulu masa bercinta kemain lagi
Bila aku tanya
alasan dia dah dok seumah
tak payah la nak berkad-kad bagai
last kad dari B aku terima masa kitorang bertunang dulu
Lama dah tu
tahun 2007, sekarang dah 2010

Sebok nak mengharapkan kad raya
tapi aku sendiri pun sama gak
takder satu pun kad yang aku beli tahun ni tahun lepas pun sama gak
Dah takder feel dah nak antar2 kad nih
tag jer kat facebook tak jugak aku buat
aku bukan apa
jadi rimas bila ada orang tag aku kat facebook nih
penuh kat email satu hal
dah tu macam semak jer wall aku
dimaafkan la untuk kad raya
sebab tu aku tak suka nak tag orang melainkan ada menda-menda tertentu jer untuk dikongsi


****
tu jer nak update pagi nih
nak prepare bahan jap
kejap lagi ada sesi taklimat untuk staff
taklimat khas dari unit kewangan
jangan kena bambu dah la kang







Monday, September 6, 2010

BaHaya Ke TaK Eh?

Dua tiga menjak nih
jadi risau lak aku ngan perangai si e-cha nih
aku tak sure la ni normal ke tak
suka nau minum air teh "o"
kadang-kadang terjaga tengah malam pun
bila tanya
"e-cha nak aper? "
" teh"
penah gak aku buat tak paham
pegi buatkan dia susu
tapi minumnya sikit sangat
sesiang ni lagi la
asyik mintak teh jer mak aku cakap
tau pulak dia dok nyebut perkataan tu
umor dia baru 1 tahun 7 bulan
risau gak kang
takut kembong ke hapa
tapi tetiap malam memang aku sapu minyak yu-yi sebelum dia tido
ada cadangan tak
camner nak buatkan dia berenti minum teh tu
kalau tak buat kang
memang meraung bagai






Sunday, September 5, 2010

Duit RaYa


bukan duit hasil pecah tabung tau


Duit raya
antara sebab utama kenapa kanak2 suka bila menjelangnya raya
macam aku ni
umo pun dah masuk kategori hujung-hujung
memang tak der la nak dapat dah
harus memberi ada la kan
korang spend banyak ke eh untuk dut raya nih
aku? biasa jer
takder la sampai tahap beratus-ratus
mau makan mee maggi la nanti jawabnya
dan yang bestnya
ni tahun ke-2 aku tolong kutip duit raya bagi pihak e-cha
tahun lepas RM200 + kalau tak silap aku
pas tu lak
sehingga raya kali ni, aku masih jugak takder anak buah
InsyaAllah, tahun depan la kot dapat sorang
so, tunggu sajor duit raya dari pak long & mak lang e-cha
belah B dah ada la 3 orang
tapi tahun ni turn kampung aku, tak der la jawabnya
kalau bagi pun masa raya haji nanti la

Peruntukan duit raya aku setiap tahun
just untuk anak sepupu-sepupu aku jer
tu pun tak la ramai sangat
tak sampai pun 10 orang
pastu stanby untuk bebudak datang beraya kat umah

tahun ni tak dapat kot duit raya
tahun lepas ada jugak yang bagi aku duit raya
malu ai tau.....
masa kat opis lama pun sama jugak
beratus aku leh collect sebab masa tu kan tak kawen lagi
harus la akak-akak kesayangan aku kat opis menghulur duit
sukaa.....





ObLONG BuRgER

Dedulu kan
aku suka sangat makan
prosperity burger kat McD nih
tapi tu lar
kena tunggu Chinese New Year baru dapat makan
memang terangkat sangat
yang buatkan aku obses sangat ngan burger ni
lada hitam
ai kan peminat tegar lada hitam
sampaikan masa tengah tunggu hari nak bersalin tahun lepas pun
asyik dok berdoa jer sempat la makan burger nih sebelum bersalin
hahahaha
rezeki aku ngan baby
memang sempat la sebab aku bersalin 23januari
dapat tau burger nih dah kuar jer
terus call delivery
tau dah malam masa tu, kes malas nak kuar




Tapi sekarang nih
cintaku telah beralih arah
gara - gara oblong burger
memang la tak sama ngan prosperity nih
tapi lebih kurang jer kot
yang pasti sama
lada hitam
budget pun yer jugak
kat tempat aku rm3 jer satu
pastu leh lak makan setiap hari kalau nak
sedap weh
dok KL dulu tak penah lak aku nampak
tak tau la kot aku yang tak abes tawaf
kalau kat sini
merata tempat aku boleh jumpa
nak makan carik jer stall mat-mat burger
kat pasar malam pun bersepah orang jual





imej dari en google
aku nih kalau dah dapat makan
dah tinggal kertas baru teringat nak ambik gambar
takkan nak letak gmbar kertas lak
mau kena maki 15 hari tanpa henti kang