Semalam aku cuti.
Gara-gara nak pegi kenduri kawen adik schoolmate aku.
Dah lama sangat tak jumpa dia, rasa-rasa lebih kurang 12tahun kot.
Nasib baik la ayah mak aku still lagi dok contact ngan famili dia.
Tetiba cam teringat lak masa dok hostel dulu.
Lama tu, dari form 1 sampai la form 5.
Tetiap minggu, parent kitorang tak penah miss datang melawat.
Akhirnya, bukan kami jer jadi kawan, sekali ngan mak ayah pun berkawan jugak
Kalau tak silap aku ada la 5-6 family yang masih lagi berhubung.
Ari jumaat, tak der plan pun, lagipun Encik B kejer.
So, lepak jer la kat umah.
Petang baru bawak si kecik tu pegi jenjalan kat taman.
Dah la kuar dari taman tu dah hampir senja,
Encik B lak sebok nak pegi carik baju team England dia
Konon-konon England menang world cup la tahun ni
Aku? tak koser nak layan,
Brazil jugak menjadi pujaan hatiku.
muka dah macam nak carik gaduh jer si kecik nih
[ alemak, baru prasan lak aku letak bedak banyak sangat kat muka e-cha ]
Sabtu
Pepagi aku dah kuar ngan Encik B pegi pejabat pos
Aku ada order barang sini
Dah tu tak sampai lak, mebi masa posmen datang umah aku tak der kot
Settle sumer terus balik umah.
Lepas zohor sesiap nak ke majlis khatan anak biras pak cik aku
Macam rajin la pulak aku nak pegi nih padahal sebelum nama jer kenduri memang aku ka yang paling malas.
Dalam pukul 3ptg, kitorang gerak. Plan nak pegi tengok almari kat BigShip, tapi tutup la pulak.
Diorang pun nak sambut birthday Agong gak kot.
Then, teruskan perjalanan ke rumah pak cik aku.
Sampai umah lebih kurang pukul 6 ptg.
Ahad
Keluar awal gak ngan Encik B sebab nak pegi servis kereta.
settle pun dah dekat kul 12tgh/hari
Balik umah terus sesiap sebab nak pegi kenduri sedara ayah kat Kodiang.
Ni pegi dengan Encik B, ayah, mak ngan si kecik, e-cha
On the way tu memang hujan lebat sangat.
Nasib baik bila sampai jer kat umah kenduri, hujan dah berenti.
Dari Kodiang, terus lak ke Kuala Nerang, nak pegi kenduri kawen adik schoolmate aku
Jauh la weh.. somput aku kat dalam keta.
On the way tu singgah jap kat masjid mana ntah, lupa nak tengok nama tempat
Sampai kat rumah kenduri, lebih kurang pukul 3.30ptg.
Borak-borak jap ngan syikin, pastu terus gerak balik umah
Mak aku kira, ada 12 majlis kenduri sepanjang jalan.
Meriah betul kan kalau musim cuti sekolah.
salah satu view
** anda menghampiri kawasan kenduri**
Malam lak, Encik B ajak kuar
Nak meneruskan misi mencari jersi England
Tapi aku dah surrender.
Last, Encik B ajak kawan dia meneman.
so....
SELAMAT PENGANTIN BARU
KEPADA SEMUA YANG BARU BERKAHWIN
[ kalau dah lama kawen pun xper, kita ambik feel diorang ]
No comments:
Post a Comment