KaMu HeBat

Top Comment :

Monday, June 21, 2010

Hari Minggu Punya CiTer


Entry lapuk
**
bosan lak aku 2 entry sebelum nih ~ ~ langsung tak der gambar kan?


Aku tak der aktiviti khusus weekend nih
Memang jarang ada plan pun
Macam yang selalu aku bagitau kat sini
B cuma cuti pada hari ahad dan aku lak cuti jumaat & sabtu
Korang boleh nampak la kan memang cuti kami tak sama
Memang agak susah la nak plan apa-apa melainkan salah sorang haruslah bercuti [apply cuti maksud aku]



Memandangkan ari jumaat tak der apa-apa aktiviti
So, aku ngan mak pegi ke kedai langsir ari tu untuk pilih kain
Diorang dah lama pun datang ambik ukuran
Tapi kitorang jer yang tak buat follow up pasal material
Nak pegi malam mak aku taknak
Mak aku cakap nanti tak dapat tau bebetul kaler fabrik sebab ada effect dari lampu
Kena la pegi siang katanya
Kitorang pegi pun dah agak lewat, dalam pukul 4ptg dah
pusing-pusing kedai, last mak aku tukar lak design curtain dia
Ok la jugak pada aku, sebab still tak nampak semak sangat
Dah settle pilih kain, kira-kira budget sumer & done



Pastu kitorang gerak lak ke kedai perabot
Aku plan nak beli almari baju
Almari kat bilik tu super sendat dah aku rasa
Hari jumaat, tak banyak la kedai yang bukak
Terus pegi ke kedai perabot yang baru bukak kat pekan aku tu
Memang cecantik la design perabot dia
Mak aku pun dah berkenan sangat ngan satu almari untuk letak pinggan mangkuk nih
Tapi budget tak mengizinkan la pulak
Aku masih lagi dengan tujuan asal
Nak beli almari baju
Dah pilih-pilih, last aku berkenan dengan yang satu nih
Kaler pun lebih kurang jer ngan set bilik aku [gelap banyak sebenarnya]
Ada banyak compartment untuk letak pakaian berlipat
Wajib ada sebab nak letak jeans B
Harga pun ok la pada aku.. RM300 + +
Deal.





abaikan meja solek aku yang bersepah tu

Dalam pukul 8mlm, almari tu dah selamat pun sampai kat umah aku
Nak mengemas baju lepas tu memang hazab la sket kan
Aku mengemas sensorang,
memang sengaja soh B dok luar jaga e-cha
Kang kalau aku mengemas ngan dia lagi haru biru
B ni cuma boleh bagi tugas basuh ngan sidai baju jer, part lipat-lipat memang dia fail



Tak sempat pun kemas malam tu..
Ada lagi baju-baju kat dalam kotak yang belum dikeluarkan
[ bukan taknak kuarkan sebenarnya, tapi kang lagi semak bilik aku sebab takder tempat nak letak ]
B dah sebok-sebok ajak aku kuar.
Takper la, aku sambung kemas ari sabtu lak



Keluar pun takder pegi memana sangat pun
Pegi mall kat pekan jer
Plan,
 B nak beli hadiah kawen untuk opismate dia
Dah settle barang dia, turn aku lak nak menyoping
Hahahaha
Takde plan gak aku pun nak beli apa
Last, bila naik kat tingkat 2, boleh lak terlalu kat depan satu kedai jeans ni
Dari luar macam best jer sebab korang boleh nampak satu kedai yang penuh dengan seluar jeans
[ aku lupa nak snap gambar kedai tu ]
Memang boleh tergoda la
Bila aku tengok brand, rupanya ni local brand, company dari Perlis
Gr Jeans... korang boleh tengok web dia kat sini
Tetiba jer rasa nak try jeans tu
Harga pun tak la mahal sangat, korang leh tengok kat web dia
B cakap ok, so haruslah aku sambar kan
Pastu dapat lak beg dia yang cantik.









Ari sabtu, lepas B pegi kejer
Aku teruskan misi mengemas bilik sampai la ke petang
Haaa.. tipu jap, macam mana tak sampai ke petang...
kemas-rehat-kemas-tido-kemas-makan, macam mana tak menyampai ke petang kan?

Tu jer la kot aktiviti hujung minggu aku
Dah abes dah



No comments: