KaMu HeBat

Top Comment :

Wednesday, June 2, 2010

LaNGkaWi .... [review]



Ni aku nak citerkan pasal trip ke Langkawi pada isnin ari tu
Bergerak dari rumah lebih kurang pukul 8.00pg pagi sebab aku dah janji ngan aida 8.30pg kat jeti
Tak jauh sangat pun, ngam-ngam kul 8.30pg aku sampai ke Jeti Kuala Kedah.
Yerp, aku dihantar oleh ayah sebab Encik B kejer...
 plus kalau dia antar kang alamatnya tak sampai la aku sharp kul 8.30pg tu.
Mesti ada sesi makan langsat di pagi hari nanti.
Dah la aku pun tak familiar sangat dengan jalan-jalan kat sini.
Back to story..
Aku dah punctual sampai, alih-alih aida text bagitau dia lambat sikit, so aku tak berani la nak beli tiket dulu. Mana tau, kot tak sempat nak sampai, burn jer kang.
So, aku lepak jer la kat jeti dan dia sampai lebih kurang pukul 9.00pg.
Terus pegi beli tiket pukul 9.30 pagi.Naik feri New Frontiers 5.
Harga tiket dari Jeti Kuala Kedah - Jeti Kuah RM23.
Sampai Jeti Kuah lebih kurang pukul 11 kot. Lupa nak tengok jam.
Terus amek teksi ke cawangan. Target nak buat kejer cecepat. Boleh nak merayap.

Malam tu kitorang stay kat sini.


Hotel Langkasuka

view dari bilik

 
Kupon breakfast for 2


Sebelah malamnya pulak, kawan aida datang ambik kitorang pegi makan. Tapi sebelum tu aku mintak bawakkan kitorang ke Ismail Group.
 Aku nak beli coklat..
 untuk diri sendiri ngan ada pesanan dari opismate.
Kejap jer kat Ismail Group tu. Dah malam, orang pun ramai sangat.
Lagipun kitorang pegi weekday
Kalau pegi minggu depan, anak cina makan pengatla yer...
cuti sekolah maaaa........



Ni jer yang aku beli.

Kisses tu order dari opismate.





Cadburry & toblerone tu untuk aku la.
Wajib beli kalau ke Langkawi




Dan tak lupa senduk kecik untuk mak aku.
Senang kalau nak serve sup ker hapa ker dalam mangkuk besar


Pastu terus pegi makan kat sini.
sorry  aku tak sure kawasan mana tempat nih tapi tak jauh la dari Jeti Kuah.

Bamboo Beach Restaurant

Kami order
Koew Tew Tomyam 
Nasi Goreng Ayam
Nasi Paprik
Tembikai Susu
Air Longan
Teh O Ais Limau
Harga : RM22 ++
Tomyam tu memang rekemen la, pekat giler. Isi pun banyak
Takder la macam sesetengah kedai tu..
Tomyam serai plus bawang jer, dah tu kuahnya cair.
[ sorry, tak snap pun gambar.. aku malu ]

Lepas tu pulak, terus pegi Dataran Helang
Pegi kejap jer sebab hujan lak tetiba.
Tak merasa la nak buat aksi terbang helang kat sana.

Ni gambar sekitar Dataran helang tu

gambar helang tak clear la pulak





Dalam pukul 10, kitorang terus gerak balik hotel. Tapi sebelum tu singgah kejap kat Pekan Rabu Langkawi [aku ingat Pekan Rabu ni kat Alor Setar jer ada]
Ada macam ala-ala night market kat depan tu tapi tak banyak sangat gerai dia
So, kejap jer la kitorang singgah.
Balik bilik, tido.

Besoknya pukul 7.30pg dah terpacak kat coffe house untuk brakfast
aku cuma makan bihun goreng + telur mata + sosej + baked bean ngan coffe
aida lak ambik nasi goreng ngan jus oren
Pukul 8.15pagi, driver sampai dan terus ke opis untuk sambung kejer.

Dah settle kejer sumer, terus mintak driver antarkan ker Jeti Kuah.
Mau balik dah.
Sampai sana pukul 12.30tgh/hari, terus amik tiket pukul 1.00tgh/hari.
Jalan-jalan jap kat mall tu.
 Aida belikan key-chain untuk adik bongsu dia.
Pastu pegi tapau roti kat bread story sebab kami tak sempat nak lunch.
Dalam pukul 2.30ptg dah selamat sampai kat Jeti Kuala Kedah.
Malas nak susahkan ayah aku, terus amik teksi balik rumah
RM40. hambek ko!!!
nasib baik boleh claim tapi kena tunggu hujung bulan la pulak.

Last but not least

ni namanya Jambatan Tok Pasai ker pasal kat Kuala Kedah.
Tinggi wei....



koleksi resit-resit aku.
Harus diclaim


*********

 cadangnya mau buat family trip kat Langkawi hujung julai nanti
harap-harap menjadi la
aku dok teringin nak naik kabel car tapi tak tercapai-capai la hasrat nan satu tu



 

No comments: