KaMu HeBat

Top Comment :

Wednesday, June 16, 2010

haishh





Jam kat desktop aku dah tunjukkan pukul 5.15ptg
Tapi aku still lagi kat opis..
Why hah?
Memang dah standart aku balik kul 5.45ptg
Tunggu B pick-up aku kat sini sebab dia habis kejer kol 5.30ptg
Entry ni memang bukan entry ilmiah
Aku menaip ni pun sebab dah takder apa nak buat
yer ker? banyak kejer sebenarnya tapi MALAS

Takper la...
Aku just nak buat rumusan ceh! ayat.... tetang politik semasa kat opis aku minggu ni
Pening bila dipikirkan balik
Kisah ditukarkan dan taknak bertukar
Si A dah bulat hati hati nak kuarkan Si B dari sini
alasan, prestasi tak sebaik yang diharapkan
Si B pulak masih mengharap simpati untuk terus berada di sini even surat & pengganti telah ada
[pengganti pun berat hati jugak nak masuk ke sini]
Dan
Hal ni masih ting-tong tanpa ada keputusan yang mutlak
Si B ni bos untuk unit aku & Si A the big bos

Masalahnya sekarang dah jadi macam pepatah melayu
" gajah sama gajah bergaduh, pelanduk yang tersepit kat tengah"
[ aku tau susunan ayat peribahasa ni dah tunggang langgang ]

Tu lah situasi aku sekarang ni sama gak ngan levelmate aku la
Nak buat kejer pun dah takder mood
Kang sapa lak nak proofkan kejer-kejer aku nih?
Sebab tu lah hari prestasi kejer aku adalah sekitar 15% sahaja
[alasan paling best dan logik kan]
Dari pagi aku asyik dok blogwalking, facebooking jerk

Harap-harap esok adalah keputusan yang baik.
Malas la nak jadi pakar kaunselor kat sini
Mana aku reti nak khusyuk2 teliti dok dengar luahan hati orang nih

Ok lah, till then....
Nak kemas-kemas barang dah..
Chowww



2 comments:

puanstoberi said...

opis ko tak blok fb eh?? menarik... hehe

ryn said...

takpun
memula aritu mmg diorang blok, pastukan ada surat dr MAMPU tu.
Diorang bukak la balik.