KaMu HeBat

Top Comment :

Monday, August 30, 2010

ADa APa DeNGaN KeDaH



Hari ni aku nak listkan tempat-tempat menarik yang ada kat kedah
tetiba jer kan?
Ada yang aku penah sampai dan ada banyak jugak yang aku tak penah jejak
sajer nak letakkan kat sini
at least tau jugak aku nak menjawab kalau ada orang tanya
kang tak pasal-pasal aku lak yang tanya balik kat orang tu
giler semangat anak negeri nih





1. Pekan Rabu
Baazar / arked  milik orang Melayu di Kedah. Menjual pelbagai barangan seperti pakaian dan makanan [ dodol, kerepek, pekasam ]
Terletak Dalam Pusat Bandaraya Alor Star.


2. Kota Kuala Kedah
 Terletak di Muara Sungai Kedah. 10 km dari Alor Star.


3. Muzium Padi Gunung Keriang 
Berbentuk kumpulan padi yang diikat ada nama dia tapi aku lupa lak
Besebelahan Kolam Renang SUKMA .
Jarak 10 km dari Alor Star


4. Gunung Jerai.
Gunung tertinggi di Kedah. Di puncaknya ada resort,
muzium perhutanan, air terjun. Boleh sampai ke puncak dengan
kereta sendiri.


5. Tanjong Dawai
bersebelahan dengan Pantai Merdeka ingat tak lagu Cinta Pantai Merdeka?
Terdapat banyak jualan hasilan laut. Pelbagai jenis ikan kering , belacan, sotong
dan lain-lain


6. Jambatan Tok Pasai
. Jambatan yang merentangi muara
Sungai Kedah dan terletak di Pekan Kuala Kedah.
Jambatan terunik di Kedah.
10 km dari Alor Star.


7. Pedu Lake Resort
Tempat percutian yang di kelilingi tasik.
Berhampiran Ampangan Pedu (Pedu damp) sumber bekalan air bersih
negeri Kedah. Syurga pemancing & golf.
 
8..Air Terjun Bukit Hijau .
 Kawasan perkelahan dan mandi manda terbesar di Kedah.


9.Bukit Kayu Hitam.
 Berhampiran Universiti Utara Malaysia.
Terdapat Kedai Bebas Cukai dan Pekan DANOK Thailand.

10.Menara Telekom Alor Star
 Menara yang tertinggi di Alor Star. Ada restoran berputar di atasnya. (Sri Melayu).
Terletak dalam pusat bandar


11.Muzium Akeologi Lembah Bujang.
Muzium yang menunjukan sejarah awal kerajaan negeri Kedah
dan kedatangan hindu di Negeri Kedah .


12.Pulau Langkawi.
Under Water World, Pantai Cenang, Makam Mahsuri, Cabel Car
Pengangkutan adalah dengan menaiki feri dari Kuala Kedah/Perlis/Penang  & Kapal Terbang


sumber : google
 
 
 

2 comments:

puanstoberi said...

aku retu pegi muzium padi je.
Eh. ko tak masukkan pusat sains. bes juga wes pusat sains tu.

ryn said...

Aku muzium tu pun x sampai lagi, pusat sains lagi la.. Kena pegi dulu baru boleh nak cerita lelebih. Pic dr google ni x feel sgt nak berceloteh