KaMu HeBat

Top Comment :

Monday, August 30, 2010

KaCaP TerLaBik


Kacap terlabik a.k.a cakap terbalik
korang tau tak pasal jenis cakap nih?
aku rasa kacap terlabik ni glamer kat johor jer kot



*
*
*


mamat ni aka B yang bertanggungjawab
dalam memperkenalkan aku dengan cakap nih
memula kenal dulu cam pelik jer
lelebih lagi masa kat kampung dia
masa B dok sedap berborak ngan geng dia
aku ni cam jakun jer dengar
bila diorang dok selang selikan
dengan ayat2 terlabik nih
[ cehh.. kunun-kunun taknak bagi aku paham la ]


tapi kan...
lelama pas kapel
B nak jugak ajar aku
takder la terkulat-kulat kalau dengar kang
ok jugak
at least, kalau B nak bagitau aku something
kat dedepan orang
boleh la dia guna bahsa nih
aku??
sampai sekarang ni cam lembab sket la nak pic-up lampi katanya
kelu la 2-3 saat nak translate balik ayat dia
tapi kang
mesti aku jawab lam bahasa standart
tak reti aku nak bercakap camtu
kadang-kadang kat umah pun dia nak jugak guna bahasa nih
jangan si e-cha pun terikut dah nanti
penat aku nak paham




3 comments:

lemonade said...

contoh kacap telabik camno?

ryn said...

Saya sayang awk >> yasa yasang wa,ak.. ¤nak blajar jugak ke sis?

Anonymous said...

owhh..yase nup teri kacap ni'i... :)