Kejap jer aku rasa
Hari ni dah masuk hari ke-6 umat Islam berpuasa
korang ok tak?
ada yang ngelat?... tak baik tau
Kalau ikut perkiraan aku
Lagi 9 hari akan mula la berkumandang lagu lagu raya di mana mana
bukak radio tu memang conform la tak der lagu lain dah kan?
nasib la dah ditetapkan
lagu raya cuma boleh dipasang selepas 15 hari puasa sehingga 15 hari raya
[ media elektronik ok? kalau korang nak pasang kat umah masa bulan Muharam pun tak der sapa nak larang ]
Dah besar panjang nih
makin kurang meriah raya pada aku
sebab raya ni yang happynya kanak-kanak
mananya ko nak hepi kan ryn, dah kena kuarkan duit raya,...
dulu menadah jer kejernya
aku teringat masa kat kampung dulu
masa zaman remaja.... cewahhh
Meriah betul raya
memang dah jadi macam tradisi kat kampung aku setiap kali malam raya
kami adakan BBQ secara berjemaah
tong-tong duit...pegi pasar
cari ayam, udang, sotong, daging
preparation memang kaw-kaw wei
berhempas pulas dari pagi
selalunya kat kawasan rumah aku la tempat diorang jadikan markas membakar
mak aku pulak akan jadi cheff khas untuk menggoreng bihun @ mee
yang tensionnya
bukannya nak mulakan acara ehh, acara? awal-awal
kurang-kurang dah pukul 1.00pg barula nak start
mana tak lambatnya
nak tunggu warga perantau sampai ke kampung satu hal
yang dah memang bertenggek kat kampung lak
malam tu la baru sebok nak beli baju raya
haiiisshhhh
apapun
memang meriah la
sesambil tu pulak diadakan sesi berbalas pantun meriam ngan kampung seberang sawah
kampung aku takder sungai ok, sawah jer yang ada
tapak pembakaran ayam & meriam
Hari raya lak
aku rasa 50% juadah kat umah tu conform disettlekan oleh geng ni jugak
geng kapcai di hari raya
kalau diorang ni datang
takdenya aku buat air dalam jag dah
memang terus budget masuk bekas air yang macam katering tu jer
penat weh
dari pagi sampai ke petang dok melepak kat umah aku
tu dah bukan tetamu dah
diorang tak buat aksi cam ni tau
lupa lak
dedulu.. masa kecik-kecik
aktiviti wajib malam raya
pasang pelita
aku tak main mercun ngan bunga api tau
macam takoottt jer
kang naya jer tak leh raya
hahahahaha
ok la...
tu jer nak citer
sajer nak mengimbau kenangan jap
sekian
2 comments:
sy dh ponteng posa bermula smlm. haha
ok la tu... cepat @ lambat kena gak ponteng kan
Post a Comment