KaMu HeBat

Top Comment :

Monday, August 30, 2010

KaCaP TerLaBik


Kacap terlabik a.k.a cakap terbalik
korang tau tak pasal jenis cakap nih?
aku rasa kacap terlabik ni glamer kat johor jer kot



*
*
*


mamat ni aka B yang bertanggungjawab
dalam memperkenalkan aku dengan cakap nih
memula kenal dulu cam pelik jer
lelebih lagi masa kat kampung dia
masa B dok sedap berborak ngan geng dia
aku ni cam jakun jer dengar
bila diorang dok selang selikan
dengan ayat2 terlabik nih
[ cehh.. kunun-kunun taknak bagi aku paham la ]


tapi kan...
lelama pas kapel
B nak jugak ajar aku
takder la terkulat-kulat kalau dengar kang
ok jugak
at least, kalau B nak bagitau aku something
kat dedepan orang
boleh la dia guna bahsa nih
aku??
sampai sekarang ni cam lembab sket la nak pic-up lampi katanya
kelu la 2-3 saat nak translate balik ayat dia
tapi kang
mesti aku jawab lam bahasa standart
tak reti aku nak bercakap camtu
kadang-kadang kat umah pun dia nak jugak guna bahasa nih
jangan si e-cha pun terikut dah nanti
penat aku nak paham




ADa APa DeNGaN KeDaH



Hari ni aku nak listkan tempat-tempat menarik yang ada kat kedah
tetiba jer kan?
Ada yang aku penah sampai dan ada banyak jugak yang aku tak penah jejak
sajer nak letakkan kat sini
at least tau jugak aku nak menjawab kalau ada orang tanya
kang tak pasal-pasal aku lak yang tanya balik kat orang tu
giler semangat anak negeri nih





1. Pekan Rabu
Baazar / arked  milik orang Melayu di Kedah. Menjual pelbagai barangan seperti pakaian dan makanan [ dodol, kerepek, pekasam ]
Terletak Dalam Pusat Bandaraya Alor Star.


2. Kota Kuala Kedah
 Terletak di Muara Sungai Kedah. 10 km dari Alor Star.


3. Muzium Padi Gunung Keriang 
Berbentuk kumpulan padi yang diikat ada nama dia tapi aku lupa lak
Besebelahan Kolam Renang SUKMA .
Jarak 10 km dari Alor Star


4. Gunung Jerai.
Gunung tertinggi di Kedah. Di puncaknya ada resort,
muzium perhutanan, air terjun. Boleh sampai ke puncak dengan
kereta sendiri.


5. Tanjong Dawai
bersebelahan dengan Pantai Merdeka ingat tak lagu Cinta Pantai Merdeka?
Terdapat banyak jualan hasilan laut. Pelbagai jenis ikan kering , belacan, sotong
dan lain-lain


6. Jambatan Tok Pasai
. Jambatan yang merentangi muara
Sungai Kedah dan terletak di Pekan Kuala Kedah.
Jambatan terunik di Kedah.
10 km dari Alor Star.


7. Pedu Lake Resort
Tempat percutian yang di kelilingi tasik.
Berhampiran Ampangan Pedu (Pedu damp) sumber bekalan air bersih
negeri Kedah. Syurga pemancing & golf.
 
8..Air Terjun Bukit Hijau .
 Kawasan perkelahan dan mandi manda terbesar di Kedah.


9.Bukit Kayu Hitam.
 Berhampiran Universiti Utara Malaysia.
Terdapat Kedai Bebas Cukai dan Pekan DANOK Thailand.

10.Menara Telekom Alor Star
 Menara yang tertinggi di Alor Star. Ada restoran berputar di atasnya. (Sri Melayu).
Terletak dalam pusat bandar


11.Muzium Akeologi Lembah Bujang.
Muzium yang menunjukan sejarah awal kerajaan negeri Kedah
dan kedatangan hindu di Negeri Kedah .


12.Pulau Langkawi.
Under Water World, Pantai Cenang, Makam Mahsuri, Cabel Car
Pengangkutan adalah dengan menaiki feri dari Kuala Kedah/Perlis/Penang  & Kapal Terbang


sumber : google
 
 
 

Sunday, August 29, 2010

NtaH

Hidup kita ni
tak pernah lekang dek dugaan kan?
patutnya di masa sekarang nih
aku turut berasa gembira
nak menyambut kedatangan hari raya
tapi kan.... ntah la
jiwa rasa kosong jer
rasa macam taknak raya jer tahun ni
boleh tak?
satu persatu dugaan melanda
aku terus berusaha untuk melawannya
tapi
sampai sekarang
hasilnya masih lagi samar-samar
tak pasti bila betul-betul akan berakhir

apapun
syukur Alhamdullilah
di saat aku dalam kesedihan
masih ramai yang prihatin
sentiasa di sisi
untuk memberi dorongan & kekuatan
agar terus tabah
terima kasih semua


di saat jiwang karat gundah gulana melanda diri



 

JaNgaN LeKa



Taktik Menculik kanak2 di Shopping Complex
Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB


Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu...
Terima Kasih

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA


sumber : tagged facebook





Thursday, August 26, 2010

SeLaMaT TinGGaL

Encik SimKad HotLinK





"
"
"
"
"

Dah bertukar kepada maxis post-paid
dedulu memang tak terpikir langsung nak guna line nih
takut terkejut bila dapat bil
aku ni jenis asal bosan jer call / mesej sana sini
layan borak
tak kira la B atau pun kengkawan
topup biasa la
kalau tak atas RM50 tu bukan aku la
kadang-kadang hari-hari topup
memang nahas la kalau nak pakai line
silap-silap makan megi jer hari-hari
tapi kalau dah sampai hujung-hujung bulan tu
tau lak aku ni berpuasa dari mesej/call tu
sebab tu aku keraskan hati takmo daftar line

sekrang ni
sajer jer nak menambah masalah beban
tapi okay  kot
mana ada dah gayut-gayut sekarang ni
call pun kalau ada hal jer
aku terpikir nak pakai line ni bukan apa
kadang-kadang ada masa yang urgent sangat nak call
boleh lak kredit zero
mau hangin jugak rasanya
padahal sendiri punya salah tak topup

Lagi satu
bila nak dibandingkan
kadar untuk postpaid adalh lebih murah dari prepaid kan?
ayat nak sedapkan hati neh


Here

:
:
:
:




 


Encik Maxis
terselit gak si hotlink neh

Wednesday, August 25, 2010

ALHamDuLiLlaH


Alhamdulillah
Ada jugak rezeki untuk raya nih
Banyak la kalau nak dibandingakn dari tahun lepas




********
dah.. dah
tak payah nak bukak list shopping lagi
cukup la ngan list yang sedia ada nih

membazir tu amalam syaitan



AkU YaNg PuRa-PuRa SiBuK


Sempat lagi nak update kat sini
Jap lagi nak kena masuk bilik meeting
ada taklimat sket dari JANM
pasal naziran pagi tadi
harap-harap tak banyak la yang kena
penat jugak kadang-kadang bila pikir
 kerja kat bahagian kewangan nih
semua kena bebetul ikut arahan
kot tak kang mau kena surcaj
lagi naya
bila SPRM masuk campur
mintak simpang la
masa kat opis lama dulu ada gak kes-kes besar
walaupun aku tak terlibat secara langsung
harap-harap kat sini ok la



:
:
:
:
:
:

tetiba lak kan......





Tuesday, August 24, 2010

MinGGu INi




Minggu ni
aku cam busy sket jer pun
Ada group naziran dari JANM
banyak gak dokumen yang nak kena prepare
InsyaAllah...ok kot nanti
Diorang nak datang besok
25 Ogos 2010
kengkawan kat gov... tahu tak apa makna tarikh di atas???

Status sekarang
hampir semuanya sedia untuk disemak


Tengah sesok-sebok semalam
dapat lak surat dari HQ
akan ada next audit kat sini
tapi tak sure lagi bila
berkerja keras la nampaknya









Sunday, August 22, 2010

ApaSaL Tak BaGiTaU AwaL-aWAL??


Datang jer opis tadi
dapat lak satu berita nih

*
*
*
*



korang nampak tak?
tak nampak !!!

Takper
meh aku besorkan lagi

kasi zoommmm sama dia


*
*
*
*




nampak kan?
patutnya dari awal ramadhan ari tu lagi
tapi ntah camner
opis aku ni lambat lak dapt surat
so, secara rasminya
hari ni la start
walaupun awal 1/2jam jer balik
tapi aku tetap jugak nak heppy-heppy
sebabnya
selalu kalau balik kul 5 pun
dah melemau kat tengah jalan nun
jem dek bazaar ramadhan

harap-harap kalau balik kol 4.30 nih
kurang la sket lemaunya nanti


kalau ikut perkiraan sama dengan KL nun
aku rasa setakat 15 minit tak dianggap jem pun kan?
tapi
sesejak dok kat kampung nih
keta berenti seminit pun aku dah rasa tak best
padahal bukannya tak penah bersidai kat tengah jalan berejam-jam pun masa kat KL dulu
dah biasa selesa kat jalan kot buat aku jadi camni








LaGi.. MeNu BerBuKa

BIHUN / MEE SUP UTARA


kena buat dedua sebab ayah aku sukerkan mee kuning


penambah rasa - cili, tauhu goreng, bawang goreng, lobak masin & daun sup



sup daging




My MoM's Nasi ULaM

ingat tak entry aku yang satu nih
sorry, malas nak link
citer pasal menu wajib aku masa bulan poser
dan
pasal aku teringin sangat nak makan nasik ulam



****************


semalam
mak aku dengan berbesar hati
telah menyediakan menu ni untuk aku
tak tau plak dia tau masak nasik ulam nih
aku tak penah pun tengok dia buat kan


bahan-bahannya :


nasi putih


mak aku guna ikan talang


kerisik


daun selom


pucuk gajus


pucuk cemumar


mak aku cakap selalunya banyak lagi ulam-ulam yang kena letak
tapi pada aku dah memadai la 2-3 jenis jer
ulam-ulam ni semua dipotong kecik untuk digaul bersama
nasi putih, kerisik, bawang goreng



 Tadaaaa.....




first time cuba
not bad la rasanya

imej : google



Thursday, August 19, 2010

Aku LuPa LaGi

masa kat opis lama dulu
aku ni boleh dipanggil macam penyelia exam la untuk kengkawan
mana taknya
aku la tukang bukak web JPA
daftarkan sekali nama-nama opismate aku
untuk pegi exam
pastu
aku la yang dok check kot-kot slip exam dah kuar
kalau kuar aku jugak tukang print bagi kat diorang
then, pegi bahagian admin untuk book transport
apa2 pasal transport memang aku la yang follow up kat admin
pegi exam naik keta jabatan
tak yah nak penat-penat drive
selalu exam kat Sapura Mines nun
korang tau jer la kan
susah gak nak ambik pubic transport sebab kat tengah highway

tapi
bila dah bertukar ke state ni
aku jadi lost ngan sume benda-benda tu
kat sini sorang-sorang
kalau ikut jawatan la, staff lain ada
aku memang aply untuk exam tu
2 lagi kali ni
PTK ngan KPSL
peginya??
dedua kedaung bak kata redmummy

ko tengok nih

PTK


KPSL

sebab apa aku tak pegi
lupa la wei
memang tau aku ada exam
tapi asik lupa jer
macam KPSL nih
baru kejap tadi aku teringat
check balik kat web
dah terlepas pun tarikh
sama arr ngan kes PTK aku tu

kalau kat sana tu
memang la aku yang organize sumer benda
tapi reminder nya sket punya ramai
kejap2 ingatkan aku

bukan tak note kat calendar aku nih
camner ntah boleh tak perasan lak
tak der rezeki lagi kot tahun ni
tak perla
tahun depan pulak la nampaknya tu pun kalau tak lupa jugak


***
exam ni untuk penjawat awam macam aku jer tau
kalo private tak der kot



AGaiN !!!





aku tak tau la
apasal lately suka nau letak quote cam ni
mebi dah tak der aktiviti sangat  kot bulan nih yang nak diwar-warkan
tak ke mana pun merayap
malam-malam berterawih
lunch hour pun statik jer kat opis ni
dah tak boleh nak buat sesi JJcM dah kan

apapun
sharing is caring right?

Like It

Pesan seorang teman :



"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
 Dia datangkan petir dan kilat..
 kita menangis dan tertanya-tanya,
 ke mana hilangnya sinar..
 Rupa-rupanya..
 Allah nak hadiahkan kita pelangi yang cantik.."


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
 kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yanglama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

 

Wednesday, August 18, 2010

KeLeBiHaN SEoRanG WaNIta

aku copipes dari FB



kelebihan seorang wanita

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

 
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

 
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.


Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.



Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


proud to be...


KeNapa???



kenapa
perjalanan hidup ni penuh dengan liku
susah kan nak dapat apa yang kita angankan
walaupun dah berusaha ke arah itu
tapi harapan....
masih lagi samar - samar

aku tak tahu
sampai bila harus bertahan
tekanan datang dari semua arah
buntu bila memikirkannya

Ya Allah
Kuatkan iman aku
untuk menempuh dugaan ini
dan
Kau bukalah hati hambaMU itu
untuk kembali ke pangkal jalan

tak perlu kata maaf
tapi
cukup lah dengan penyesalan yang jitu
dari dalam dirinya

andainya
apa yang Kau dah takdirkan untuk aku
aku pasrah
untuk menerimanya



40 days to go....
chaiyokkk




Tuesday, August 17, 2010

BenGonG Jer !!!




issshhhh
pantang betul la aku
dengan penyakit manusia yang satu nih

*
*
*
lately
selalu sangat aku dapat panggilan rindu
ntah mala'un mana ntah
tak der kejer sangat la kot
u always make my blood upstair la

ada dua no tapi aku syak dari orang yang sama
sebab 4 angka kat hujung tu sama jer

kalau dah berkenan sangat kat aku nih
meh la sini
setakat dok tepon tepon manja camtu tak payah la wei


atas sebab tu jugak
tadi aku dah berjaya mempost-paidkan line aku nih
hambekk.. dulu memang BIG NO untuk postpaid nih
aku ambik gov pakej [ dua nombor ]
hahhhh...
tak pasal-pasal jer kan
nak terminate terus
cam sayang lak sebab ramai yang dah tau
so, aku maintainkan dia as subline
 pelan2 jer step nak buang kan?
dan
tak pasal-pasal lak aku dapat tambahan 2 henset
kayooo henset la makcik rayo nehh !!!


kepada anoy tu
tunggu la ko
tak lama lagi dapat la aku tau saper ko
bukan susah sangat pun nak trace kan
cuma aku malas nak amek port sebelum nih
tapi disebabkan ko makin beria-ia
maka aku akan sambut dengan tangan terbuka




***
sistem kewangan kat opis aku dah kembali berfungsi
tak der la aku nak letak 2-3 entry sehari dah pas ni
orang dah ramai kejar aku
nak cepat dapat duit untuk raya



~ sekian ~



Monday, August 16, 2010

Kenangan Itu InDaH Kan??


Kejap jer aku rasa
Hari ni dah masuk hari ke-6 umat Islam berpuasa
korang ok tak?
ada yang ngelat?... tak baik tau

Kalau ikut perkiraan aku
Lagi 9 hari akan mula la berkumandang lagu lagu raya di mana mana
bukak radio tu memang conform la tak der lagu lain dah kan?
nasib la dah ditetapkan
lagu raya cuma boleh dipasang selepas 15 hari puasa sehingga 15 hari raya
[ media elektronik ok? kalau korang nak pasang kat umah masa bulan Muharam pun tak der sapa nak larang ]

Dah besar panjang nih
makin kurang meriah raya pada aku
sebab raya ni yang happynya kanak-kanak
mananya ko nak hepi kan ryn, dah kena kuarkan duit raya,...
dulu menadah jer kejernya

aku teringat masa kat kampung dulu
masa zaman remaja.... cewahhh
Meriah betul raya
memang dah jadi macam tradisi kat kampung aku setiap kali malam raya
kami adakan BBQ secara berjemaah
tong-tong duit...pegi pasar
cari ayam, udang, sotong, daging
preparation memang kaw-kaw wei
berhempas pulas dari pagi
demi untuk memastikan agenda berjalan lancar


selalunya kat kawasan rumah aku la tempat diorang jadikan markas membakar
mak aku pulak akan jadi cheff khas untuk menggoreng bihun @ mee
yang tensionnya
bukannya nak mulakan acara ehh, acara? awal-awal
kurang-kurang dah pukul 1.00pg barula nak start
mana tak lambatnya
nak tunggu warga perantau sampai ke kampung satu hal
yang dah memang bertenggek kat kampung lak
malam tu la baru sebok nak beli baju raya
haiiisshhhh

apapun
memang meriah la
sesambil tu pulak diadakan sesi berbalas pantun  meriam ngan kampung seberang sawah
kampung aku takder sungai ok, sawah jer yang ada




tapak pembakaran ayam & meriam


Hari raya lak
aku rasa 50% juadah kat umah tu conform disettlekan oleh geng ni jugak
geng kapcai di hari raya
kalau diorang ni datang
takdenya aku buat air dalam jag dah
memang terus budget masuk bekas air yang macam katering tu jer
penat weh
dari pagi sampai ke petang dok melepak kat umah aku
tu dah bukan tetamu dah




diorang tak buat aksi cam ni tau

lupa lak
dedulu.. masa kecik-kecik
aktiviti wajib malam raya
pasang pelita


aku tak main mercun ngan bunga api tau
macam takoottt jer
kang naya jer tak leh raya
hahahahaha


ok la...
tu jer nak citer
sajer nak mengimbau kenangan jap 

sekian