KaMu HeBat

Top Comment :

Thursday, December 16, 2010

TiGa "e" YaNG BuZyKaN Aku







semalam ada Taklimat Penutupan Akaun Bagi Tahun 2010
akaun sepenuhnya ditutup pada 6 Januari 2011
maknanya ada lebih kurang 3 minggu sajork untuk settlekan segala bayaran
yang paling serabut banyak adalah claim perjalanan dan Ot staff
sebab diorang cuma akan hantar selepas bulan disember berakhir
1hb adalah sabtu
paling awal boleh sampai ke sini adalah pada 2hb Januari
maknanya hanya ada masa 4 hari untuk settlekan bayaran
anggaran jumlah claim adalah sekitar 180 plus plus bagi tiap-tiap tuntutan

tapikan
sumer kat atas tu tugas orang lain
aku takmo masuk campur ambik tau
yang bebetul kejer aku jer yang perlu dijaga
yang hanya melibatkan bayaran kepada pembekal
setakat hari ni,
ada 4 bil jer lagi pun yang masih belum dibayar
tu pun sebab menunggukan LO/invois
aku rasa tahun ni
boleh kot aku tutup akaun dengan tenang dan bergaya
empat bil = 3 minggu?
terimaan hasil dan gaji tak der istilah tutup akaun pun
harusla bertambah senang hati aku
memang banyak masa aku nampaknya

cuma untuk awal tahun 2011
kena buat sedikit penyenggaraan untuk sistem-sistem kat atas ni
kena sediakan nombor baucar untuk digunapakai pada 2011
masih boleh rasanya nak berblogging macam sediakala


berbeza betul la dengan masa kat HQ dulu
rasa cam nak termuntah asik tengokkan baucar yang bertimbun nun
padahal standart tutup pun dah tengah-tengah Januari
lagi suka buat penutupan kat state
tak payah nak ber-overtime bagai dah
slumber jer boleh balik kul 5 petang
dan lagi state adalah tempat yang paling sesuai untu menambah ilmu di dada
kalo kat HQ, tugas adalah mengikut unit
macam aku dulu
stay kat unit vot again, korang boleh panggil unit vouge
kejer aku buat penyesuaian, siapkan report, forecast dan apa-apa yang berkaitan dengan peruntukan sahaja
tak der la pengalaman nak buat kejer-kejer lain pun
kat state ni pulak ala-ala one man show
sumer menda ko nak kena tau
apa taknya, kalo dah unit kewangan pun ada 2-3 ketul umat jer
memang la jadi cam kaunter pertanyaan

so far aku memang enjoy mengendalikan kewangan jabatan
walaupun jauh lari meninggalkan jurusan yang aku ambik masa study dulu
best woh kira duit riban-riban
walopun bukan duit sendiri dan hanya nampak figure kat sistem sahaja
jarang nak pegang duit sebenar
tapi ok la
kadang-kadang bengang dan kadang-kadang seronok



hari ni khamis
maknanya lagi lebih kurang 15minit jer nak balik
bye bye








No comments: