KaMu HeBat

Top Comment :

Tuesday, December 21, 2010

JiWA Aku Ni Tak StaBiL Kot




sebelum kawen dulu macam dah lama giler kawennya
kitaran kawan baik aku adalah tepat
dah boleh budget dah
genap jer 28 hari, pasti si dia menjengah
paling lewat pun sehari dua jer

tapi itu cerita dulu
sesejak lepas bersalin ni
dah jadi kacau bilau dah datangnya
lewat 2-3 minggu adalah normal
kekadang tu cuak la jugak kan
mana la tau kot e-cha bakal menampak adik
cuak sebab aku inginkan sedikit jarak
biarla e-cha puas bermanja dulu
umur pun tak sampai lagi 2 tahun lagi sebulan jer pun
pedulik la apa orang nak kata
janji aku tau apa yang terbaik untuk kami sekeluarga
e-cha menangis gulung guling aku boleh panik
lagi nak beranak reramai
( read : anak kecik ramai-ramai )
kang bebudak tak der apa-apa
aku yang lebih lebih gelabahnya
hah, kan dah termelalut pasal baby pulak
padahal nak cerita pasal kawan baik aku yang lambat menjengah
okeh, back to topic

aku dah google tadi mencari penyebabnya
sumber dari : Masalah Wanita



12 SEBAB MENGAPA HAID ANDA LAMBAT

Risau sebab haid tidak datang?
 Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang.
Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi :

Tekanan
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita
memang ada tekanan sekarang ni, kat tempat kejer. perihal perangai orang yang buatkan aku makin menyampah

Masalah kesihatan
 Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
dalam masa sebulan, dah 2 kali aku deman teruk, selsema ngan batuk-batuk. sekarang ni pun tak lega lagi batuknya.

Ubatan
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
takder pun buat masa ni. kalau makan pun cuma ubat ubat demam ngan batuk jer



Berlebihan hormon prolaktin
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
pening kepala tu biasa la tapi part susu tu idak ler pulak

Menyusu badan
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
yang ni memang tak la, aku menyusu badan pun setakat 2 bulan jer sebab tinggalkan echa kat mak masa lepas pantang. teruk kan aku nih?

Masalah tiroid
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
kekurangan berat secara mendadak? aku rasa tak penah lagi ada dalam sejarah hidup. kalo naik mungkin la ada

Gemuk
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
berat badan memang la naik kan? bak kata kawan aku, kat dunia ni.. hujan jer yang turun pun, lelain sumernya naik dan tak terkecuali la dengan berat badan. tapi rasa aku takder la melampaui batas pun kenaikannya

Terlalu kurus
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
terlalu kuruskah aku? mode : bermimpi di siang hari

Tersilap kira
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
tidak sama sekali!!
setiap kali datang bulan, aku notekan kat dalam henset sejak bertahun-tahun dulu. sampaikan masa nak pegi check pregnant dulu pun aku bukak balik note aku bila nak bagi data kat nurse. tanya la bualn brapa pun, mesti boleh dijawab dengan yakin

Monopous
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
lewat 40'an tak tapi aku lewat 20'an jer ke awal 30'an?

Pencegah hamil
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
aku amalkan kaedah semulajadi sahaja. hahahaha

Hamil
Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
kalau itu suratannya, aku terima.


3 comments:

puanstoberi said...

hormon kut eh?
Aku ni kawan baik tu mmg tetiap bln dia 'baik'. elok je dtg smpai kadang aku mcm nak marah. buat buat la tak dtg dlm seminggu, nak jga rasa teruja konon peknen kah? hahahaah.. tp Tuhan Maha Adil rite, kalo dia bagi camtu lagi aku gusar kan :))

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Tahniah, kalau betul lerrr.

ryn said...

Reen, aku pun rasa sbb hormon. Dah lbh krg setahun mcm ni. Yer, tuhan je yg tau apa terbaik utk kita. Bsb- kalau ada gud news ai bgtau kat sini ;->