KaMu HeBat

Top Comment :

Sunday, December 26, 2010

KeNaPa JaDI CaMNi?

closing akaun bagi gov adalah dalam 2 peringkat
peringkat 1 ~ dalam tahun semasa di mana bil-bil sehingga November perlu diselesaikan bayarannya
peringkat 2 ~ tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) adalah bagi bil/tuntutan untuk bulan Disember di mana invois perlu dikeluarkan dalam bulan berikutnya.
Tempoh AKB akan dibuka pada 2 sehingga 6 Januari 2011
 28 - 31 Disember adalah tempoh masa bagi memproses semula baucar-baucar yang diquiri oleh JANM


besok adalah 27hb Disember 2010
hari untuk closing akaun peringakt 1
tapi hari ni kenapa ramai pulak dari unit kewangan yang EL (3/5 staff)
ishh.. tak paham la aku mentaliti sesetengah orang ni
jangan ingat kewangan sama dengan bahagian lain
memang la majoriti satff akan habiskan cuti tahun bila dah hujung2 tahun macam ni
tapi BUKAN untuk kewangan
masa ni adalah masa yang amat kritikal
semua pembayaran harus dipastikan berjalan dengan lancar
aku yang dah settle kejer pun tak bercadang nak bercuti
SIL aku bertunang pun aku tak balik tau semalam
standby kot ada kes-kes yang tak dijangka
tapi jadi hairan aku
bila diorang ni boleh jer selamba EL
tak terpikir ker kerja yang bersepah kat atas meja nun
ingat sempat ke nak siapkan sumenya by besok
jangan harap aku nak tolong hokeh
aku akan jadi seorang yang berkira kalau berhadapan dengan manusia yang berperangai sama macam tu


teringat pulak masa kat opis lama
agak happening
makan-minum semua kat opis
istilah kami dulu dulu masa closing
makan baucar, minum baucar, tido baucar
stay back sampai malam adalah normal
lagi la kalau dah sampai hari-hari terakhir
sampai rumah tepat @ selepas pukul 12 tengah malam adalah perkara biasa
sama-sama bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja-kerja
Cuti? memang semua dah sedia maklum
tiada istilah cuti pada penghujung tahun



2 comments:

PUANSTOBERI said...

Btul. Aku tgk sini pun camtu la Ryn. Derang pulun gak smpai setel.
Aku rasa cara HQ lain la ngan state nih. Tah..aku pun tatau (tau benarnya, tp takkan nak reveal ye dok.. teehheheh)

ryn said...

mmg nmpak nau bezanya... rasa cam pelik la pulak, masa kritikal pun boleh feel nak bercuti